بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
PULAU BINTAN: Penyengat Dalam Gambar
Inilah gambar kenangan yang sempat saya rakamkan ketika kembara sejarah ke Pulau Penyengat 3 Mei 2011 yang lalu. Meruntun jiwa ini bila lihat sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu hanya tinggal bahan pameran.
|
Selepas 5 minit |
|
Gambaran Penyengat zaman dulu |
|
Makam Raja Ali Haji |
|
Pintu Istana Sultan Abdul Rahman |
awak ni.. orang suruh delete gambar ni tak delete hehe. orang belum standby awak ambi hahaha.. dahlah ..awak ni memanglah
BalasPadamTetangga kita sebelah itu punya banyak sejarah/prasasti/cagar budaya...pastinya tak semua yang mampu dirawat sebaiknya : )
BalasPadamOhhh patut ler si Fazli xajak kite he he....
BalasPadamNext time, boleh je kalau nak ikut. bukan ada apa2 pun... :)
BalasPadamSendu ya?
BalasPadam??
BalasPadamwah saya tak mengexplore sampai sini....
BalasPadamSaya dihantar tukang becak asli Pulau Penyengat. Kebetulan dia pandai membaca isi hati saya (gemarkan segala sesuatu tentang sejarah) jadi saya dihantarkan ke sini. Menurut dia, inilah bekas istana Sultan Abdulrahman (Sultan Riau-Lingga ke-4 dan yang terakhir) sebelum Kesultanan ini dipaksa bubar oleh Belanda.
BalasPadamkalau pengen. Boleh ke sana lagi kak, saya masih simpan nomor telp tukang becak yang baik itu
Sultan Mahmud Syah lll /Raja Mahmud/ Yang Dipertuan Besar Johor-Pahang-Riau-Lingga ke XVl (1761-1812).
BalasPadamPemerintahan dilaksanakan oleh Yamtuan Muda lll, Daeng Kamboja dan Raja Haji Fisabilillah/ Engku Kelana. Sultan Mahmud Syah III memerintah di Hulu Riau, Bintan. Pada tahun 1787 memindahkan pusat Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga ( Kerajaan Johor-Riau) ke Daik Lingga dan Mangkat pada tahun 1812, dimakamkan di belakang Mesjid Jami’ Daik Lingga (Mesjid Jami’ Sultan Lingga) dan digelar Marhum Mesjid. :
info lanjut :
http://www.pariwisatalingga.com
http://www.bundatanahmelayufm.com
makasih infonya. Salam kenal dan selamat berMultiply. semoga bisa aktif di sini.
BalasPadamSaya mahu melihat kubu tok moyang saya Raja Haji, bagaimana ke sini dengan mudah kalau dari Kuala Lumpur?
BalasPadamKalau dari KL, boleh ambil bas ke Johor Bahru, atau berkenderaan sendiri dan tinggalkan kenderaan di sana sebelum lanjutkan perjalanan ke Terminal Feri The Zone, Stulang Laut. Ada tiga trip feri ke Tanjung Pinang. sebaiknya ambil Feri sebelah pagi supaya kita dapat sampai ke sana jam 1.00 petang, jadi sempatlah cari tempat penginapan. Makam Raji Ali Haji terletak di Kompleks Makam di Pulau Penyengat, jadi saudara harus ke sana. Jeti ke Pulau Penyengat di sebelah saja dengan jeti tempat saudara mendarat dari Malaysia. Tambang ke sana kurang dari Rp50,000 (saya lupa amaun tepatnya). Pulau Penyengat sangat kecil, jadi kita boleh keliling pulau naik motor dalam kurang setengah jam. Ada ramai tukang ojek yang boleh di sewa sesampai di Jeti Pulau Penyengat. Selamat berkelana.
BalasPadamAs Salam dan selamat berkenalan.
BalasPadamIn sya Allah saya akan kesana dalam 2 minggu lagi. Jika sudi diharap dapat dikongsi no telp tukang becak yg baik hati tu.
As salam saudara Fazli, saya rasa saudara mungkin terkeliru antara Raja Haji dan Raja Ali Haji. Sebenarnya nama mereka hampir serupa tetapi orangnya berlainan. Raja Haji atau lebih dikenali dengan nama Raja Haji Fisabilillah Marhum Teluk Ketapang adalah YDP Muda Riau ke 4. Beliau adalah pahlawan yang menentang Belanda dan gugur di Teluk Ketapang Melaka. Beliau juga adalah adik beradik kepada Raja Lumu yang bergelar Sultan Salehuddin Sultan Selangor yang pertama. Keduanya adalah anak kepada Daeng Cellak iaitu salah seorang dari Opu Bugis 5 beradik yang terkenal dalam sejarah.
BalasPadamSementara Raja Ali Haji pula adalah cucu kepada Raja Haji melalui anak Raja Haji yang bernama Raja Ahmad. Raja Ali Haji terkenal sebagai pengarang Tuhfat Al Nafis.
Kesimpulannya perbezaan antara mereka berdua adalah - Raja Ali Haji bin Raja Ahmad bin Raja Haji Fisabilillah. Maafkan saya.
Versi Tuan sama dengan yg kami perolehi..
PadamTerima kasih atas makluman. Saya sebenarnya dah lupa dalam catatan saya yang mana ketika kekeliruan ini timbul hingga membuat encik (TANPA NAMA?) sedar.
BalasPadamUntuk ulasan lanjut, diharap encik TANPA NAMA dapat sertakan nama panggilan supaya senang dirujuk ketika saya baca dan membalasnya.
Salam kenal...saya suka baca artikel perjalanan anda...seronok
BalasPadam