Ada yang tahu lokasi Pulau Krismas
dan Pulau Cocos, Wilayah Samudera India Australia?
Di mana itu?
Baiklah, dalam bahasa Inggeris, wilayah
ini diberi nama Australia's Indian Ocean Territory, satu wilayah kepulauan
yang merangkumi Pulau Cocos dan Pulau Krismas yang geografinya lebih dekat
dengan alam Melayu. Penduduknya juga terdiri dari orang-orang ras Melayu dan
beragama Islam.
Wilayah luar Australia ini terletak
350KM dari pantai selatan Pulau Jawa, 1500KM dari Johor dan sejauh 3000KM dari
pantai terdekat di tanah besar Australia. Melihat sisi geografi, tidakkah andai
heran bagaimana wilayah yang secara fizik dan sosial lebih dekat dengan alam
Melayu ini boleh terlepas ke tangan ras bukan Melayu?. Apakah gerangan sejarah
yang terjadi sampai kedua pulau ini kini jadi sebahagian wilayah Australia, sebuah negara Eropah
di Asia? Mari kita kaji.
Antara kedua-dua pulau ini, Pulau Cocos
terletak paling jauh, lebih ke tengah di Samudera India, dan lebih dulu dihuni
oleh orang Betawi dari Banten. Malah pusat pentadbiran pulau ini juga
miliki nama yang hampir sama, Kampung Bantam. Dalam bahasa Melayu dialek Cocos,
Pulau ini dinamai Pulau Kileng (Keeling), sayangnya tak terdapat bahan yang
boleh dirujuk tentang asal-usul nama keling. Bagaimanapun orang Pulau
Cocos satu masa dulu memanggil duit yang mereka gunakan sebagai rupee, jadi
mungkin ada kaitan dengan India. Apakah orang Cocos yang bersusur galur dari Banten (Jawa) itu boleh dianggap Melayu? Ya. Sekarang mereka mengaku mereka adalah orang Melayu Cocos, dan bahasa mereka dipanggl bahasa Melayu Cocos.
Dalam perlembagaan Australia, terdaftar satu kumpulan etnik yang dipanggil 'Melayu'. Mereka yang menghuni di dua pulau inilah yang melahirkan generasi Melayu Australia seperti yang ada pada hari ini, malah bahasa Melayu diajarkan sebagai bahasa kedua di kedua pulau ini. Lebih bangga, Malaysia miliki reputasi baik hinggakan siaran TV dari Malaysia dibenarkan bersiaran melalui satelit TV di sana.
Dalam perlembagaan Australia, terdaftar satu kumpulan etnik yang dipanggil 'Melayu'. Mereka yang menghuni di dua pulau inilah yang melahirkan generasi Melayu Australia seperti yang ada pada hari ini, malah bahasa Melayu diajarkan sebagai bahasa kedua di kedua pulau ini. Lebih bangga, Malaysia miliki reputasi baik hinggakan siaran TV dari Malaysia dibenarkan bersiaran melalui satelit TV di sana.
Pulau Krismas yang terkenal dengan
ketam merah pula, jauh lebih muda. Setelah berdekad Pulau Krismas dibiar
terlantar di tengah lautan, terpencil dan disisihkan, barulah ia disapa
kumpulan pelayar British dan Belanda pada abad ke-7. Waktu itu, pelayar dari syarikat East India
Ship Company menamakan pulau tersebut sebagai Krismas sempana ketibaan beliau pada
Hari Krismas, 25 Disember 1643.
Sejarah kemasukan Pulau Krismas dalam peta penjajahan British bermula bila seorang pengkaji alam dari England menyerahkan laporan kajiannya tentang kepelbagaian hasil alam yang ada di sana. Dia kemudian menggesa kerajaan Inggeris menakluk seluruh pulau seluas 135 kilometer persegi
itu pada tahun 1888. Cengkaman British ke atas Pulau Krismas makin jelas setelah
seorang pelombong British yang tinggal di Pulau Cocos membuka satu petempatan
kecil sementara di Flying Fish Cove, untuk memudahkan memungut galian fosfat
bagi keperluan perusahaannya yang makin maju di Pulau Cocos. Petempatan sementara ini menempatkan tawanan British yang berasal dari Tanah Melayu dan China.
Pulau Cocos dan Pulau Krismas kemudiannya diletakkan dibawah pentadbiran Negeri-negeri Selat bersama-sama Singapura, Pulau Pinang, Melaka dan Labuan. dan ditakbir secara bersama dengan Perusuhjaya Fosfat British sehingga tahun 1942.
Pulau Cocos dan Pulau Krismas kemudiannya diletakkan dibawah pentadbiran Negeri-negeri Selat bersama-sama Singapura, Pulau Pinang, Melaka dan Labuan. dan ditakbir secara bersama dengan Perusuhjaya Fosfat British sehingga tahun 1942.
Pemerintahan Negeri-negeri Selat ke atas Pulau Cocos dan Krismas berakhir selepas pendudukan Jepun. Ketika Jepun menyerah kalah, kedua pulau ini ditadbir oleh Pemerintah Junta British untuk Malaya dan Singapura. Selepas kemerdekaan
Malaya pada 1957, kedaulatan kedua-dua pulau ini tergabung menjadi sebahagian dari Singapura yang ketika itu menjadi negeri naungan Ratu British. Akhirnya pada tahun 1958 barulah ia diserahkan kepada Australia atas permintaan
kerajaan Australia sendiri. Australia membayar £2.9 juta kepada Singapura
sebagai pampasan berdasarkan nilai pasaran mineral fosfat di sana.
Pada tahun 1968, pentadbiran kedua pulau ini dikelola oelh seorang pentadbir, namun mulai tahun 1997 Pulau Krismas dan Pulau Cocos disatukan ke
dalam satu wilayah yang sama yang dipanggil Australia's Indian Ocean Territories,
diketuai seorang pegawai daerah yang berpusat di Pulau Krismas.
Kedua pulau ini mula menerima
kedatangan pendatang luar yang menggunakan bot tradisional dan perahu nelayan
pada tahun-tahun 1980an hingga 1990an terutama dari Indonesia. Semenjak tahun
2001, pulau ini jadi sasaran pencari suaka ke Australia dari timur tengah.