بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
FOTO: JELAJAH LAOS - Tat Kuangxi
Album: Jelajah Laos - (Edisi Khas - Tat Kuang Xi)
Lokasi: Tat Kuang Xi
Keterangan:
SUBHANALLAH! Antara 'keajaiban' dunia yang ada di Luang Prabang ialah Airterjun Kuangxi (Tat Kuangxi). Air terjun berwarna biru bersama formasi batu-batuan semulajadi yang seolah-olah dibentuk. Saya tak lepaskan peluang saksikan betapa indahnya air terjun ini, dan mengagumi betapa sempurnanya ciptaan Tuhan. Saksikan.
Subahanallah.. Sejuk ke tempat ni..
BalasPadamSejuk.suhu di sana 11ºc
BalasPadamLovely photos. Thanks for sharing.
BalasPadamSama mcm air terjun di Emerald Pool, Khlong Tom, Krabi dan BantiMurung, Makassar... subhanallah...pelik..kenapa warna biru...
BalasPadamsubhanallah. cantik
BalasPadamBerapa kdalamn tuu
BalasPadam