Penduduk kampung Sogment mengerumuni sempadan Kyrgyz-Uzbek. Perselisihan politik sering memencilkan penduduk daerah kantong ini dari dunia luar. |
Ini ialah artikel terjemahan dari artikel asal berbahasa Inggeris. Sengaja saya siarkan dalam Istana Cerita sebagai bahan bacaan, mana tahu kalau-kalau negara di Asia Tengah ini menjadi destinasi tujuan kita satu hari nanti. Selamat Membaca.
Rutin harian Kamol Azizov tak jauh beza dari orang-orang kampung di Lembah Ferghana. Pergi kerja jalan kaki setiap pagi, dapatkan barang keperluan dari pasar terdekat, dan laksanakan tanggungjawab sebagai anak kepada orang tuanya yang tinggal di kawasan sekitar.
Rutin harian Kamol Azizov tak jauh beza dari orang-orang kampung di Lembah Ferghana. Pergi kerja jalan kaki setiap pagi, dapatkan barang keperluan dari pasar terdekat, dan laksanakan tanggungjawab sebagai anak kepada orang tuanya yang tinggal di kawasan sekitar.
Di sebalik semua ini, Azizov terpaksa lintas sempadan beberapa kali untuk lakukan semua urusan itu. Kampung Azizov,
Chashma, terletak di seberang Sokh, sebuah wilayah Uzbekistan yang terkurung dalam wilayah Batken, sebuah provinsi di Kyrgyzstan. Natijah dari semua ini ialah, pasar terdekat untuk Azizov sebenarnya terletak di
luar negara.
"Rumah saya tak sampai 300 meter dari sempadan
Kyrgyz" jelas Azizov. "ada beberapa rumah di kawasan kejiranan kami, rumah
saya sendiri terletak dalam wilayah Sokh tapi lamannya di kawasan Kyrgiz. Di Kampung Chashma, dalam
sebuah keluarga ada bermacam warganegara. Dulu Ibubapa kami sejak sekian lama telah terdaftarkan sebagai warga Kyrgiz,
tapi anak dan cucu mereka sekarang mendaftar sebagai penduduk Sokh, semestinya warga Uzbekistan. Rumah-rumah mereka dibataskan dengan kawad berduri. Banyak pos kawalan Kyrgyz di
mana-mana, jadi kami sukar bergerak."
Seperti penduduk Sokh yang lain, Azizov terbiasa
berpergian dengan pasport setiap masa. "Kena tahan dan digeledah di
Imigresen Kyrgyzstan sudah suatu yang lumrah dalam hidup kami," Kata Azizov. Pertelingkahan dengan jiran warga Kyrgyz tentang hak ternakan meragut di padang rumput, selalunya menambah kusut suasana yang sudah serabut akibat perbezaan politik dan budaya.
Kyrgyzstan pada hujung bulan lalu telah berhenti beri permit kepada
penduduk Sokh menggembala ternakan di padang rumput Kyrgyz. Situasi ini beri kesan ke atas mata pencarian seluruh isirumah warga Uzbekistan di Sokh. Tanpa padang rumput, atau membiarkan ternakan kambing,
biri-biri dan lembu memerap saja dalam bangsal, menimbulkan ketegangan luar biasa
buat penduduk kampung.
Akibatnya sebahagian penduduk Sokh dilaporkan menyerang kenderaan milik warga Kyrgyzstan yang melintas masuk ke wilayah serpihan Uzbek itu.
Jirannya warga Kyrgyz pula membalas dengan menyekat lebuhraya utama yang
menyambungkan seberang Sokh dengan wilayah lain di Uzbekistan, dan minta wang
tebusan.
Kemaskan Langkah
Pegawai kedua negara pernah bersidang bagi membincangkan
persengketaan ini termasuklah perbezaan pendapat tentang pemilikan wilayah Sokh yang kontroversi. Akhirnya sebuah perjanjian dapat ditandatangani. Bagi meredakan ketegangan kedua-dua negara, Uzbek berjanji menarik keluar kereta perisainya yang dibawa masuk ke Sokh semasa serangan
militan Uzbek ke atas Kyrgyzstan pada 1999.
Pihak Kyrgyz pula, walaupun belum bersedia perbarui permit untuk penduduk
Sokh mengguna padang rumput, mereka janji akan kurangkan kawalan
keselamatan di kawasan sempadan.
"Ini berita baik," kata Azizov. "bila kami
ke ibukota Ferghana, atau ke bandar terdekat di Rishton, mahu-tak-mahu kami terpaksa lalui
sekurang-kurangnya lima kawalan keselamatan Kyrgyz. Mereka periksa passport dan kereta kami. Kadang-kadang mereka tahan kami dengan sangat lama dan sesetengah dari mereka rampas duit."
"Walaupun masih di kampung Chashma, setiap kali ke pasar
terdekat yang terletak dalam wilayah Kyrgyz, kami perlu lalui kawalan tentera Kyrgyzstan, mereka periksa kami sambil minta duit," kata Azizov.
Terangkum di kawasan pergunungan seluas 325 kilometer persegi,
Sokh merupakan serpihan terbesar Uzbek yang terletak di Kyrgyzstan. Merumitkan lagi
keadaan, hampir semua penduduk Sokh seramai 65,000 itu justru etnik Tajik.
Ada lapan semuanya daerah terserpih di Lembah Ferghana, empat darinya milik Uzbek yang terletak di kawasan Kyrgyzstan, sebuah kampung Kyrgyzstan bernama
Barak terletak dalam wilayah Uzbek, dua serpihan Tajikistan di kawasan Kyrgyz serta sebuah lagi kampung milik Tajikistan bernama Savak dalam wilayah Uzbek.
Tompok-tompok daerah terserpih ini terbentuk sejak pemerintahan Soviet Union lagi. Ia dibentuk berasaskan bahasa utama yang dituturkan majoriti penduduk.
Sokh, bagaimanapun terkecuali. Tak siapa tahu bagaimana
wilayah yang majoritinya etnik Tajik, boleh diserahkan ke Uzbekistan. Ramai orang di
Lembah Ferghana ini percaya, seberang Sokh adalah bukti ciptaan pelik pemimpan-pemimpin era-Soviet.
Ada 26 buah sekolah dan empat kolej di seberang Sokh yang mengandungi kira-kira 20 buah kampung ini. Semuanya beroperasi dalam bahasa Tajik. Begitu juga media massa, termasuk saluran
berita, hiburan TV, dan surat khabar "Sadoi Sokh" (Suara Sokh)
Semangat Politik di Kampung.
Situasi pelik ini telah menyebabkan penduduk Sokh terdedah
kepada ketegangan politik tiga negara.
"Bila terjadi pertelingkahan antara Kyrgyzstan dan
Uzbekistan – di Bishkek, atau contohnya di Andijon, Uzbekistan tutup pintu sempadan, lalu mereka pergiat kawalan keselamatan." kata Bolta, penduduk
Sokh yang enggan dedahkan nama penuh. "Bila sempadan Uzbek ditutup, bererti kami terputus hubungan;
kami tak dapat masuk ke tanah besar Uzbekistan di seberang sana dengan mudah. Bayangkan kalau anda perlu hadiri
pengebumian, atau perlu ke hospital kerajaan, anda tak dapat hadirkan diri kerana penutupan sempadan, tak siapa tahu bila ia akan dibuka."
Landasan udara atau stesen keretapi yang beri khidmat kepada penduduk Sokh terletak lebih kurang 120 kilometer di bandar Ferghana, ibu kota
provinsi di tanah besar Uzbek. Sedangkan pekan terdekat dalam wilayah Uzbek ialah Rishton, 70 kilometer dari Sokh, juga di tanah besar.
Tidak ada bas harian atau keretapi menghubungkan Sokh
dengan bandar lain. Kereta peribadi atau teksi ialah satu-satunya angkutan
umum, tapi tak semua penduduk Sokh mampu memiliki.
Kali terakhir yang membuat penghuni Sokh terpinggir ialah ketika kerajaan Uzbektistan tutup sempadannya dengan Kyrgyzstan sewaktu terjadi rusuhan di
Bishkek, april tahun lalu. Sebelum kes ini pun, Sokh sudah lebih dulu terkesan akibat perbalahan politik antara Uzbekistan
dan Tajikistan.
Berdekad lamanya universiti di Tajikistan jadi tumpuan anak-anak lepasan sekolah di Sokh sambung kuliah atas alasan sama bahasa dan budaya.
Tapi sejak hubungan antara Tashkent dan
Dushanbe mulai renggang, Pegawai Pendidikan Uzbek tak lagi iktiraf ijazah dari universiti Tajikistan. Lepasan sekolah di Sokh ditinggalkan tanpa pilihan kecuali memilih
universiti-universiti 'dalam negeri'.
Setelah terputus hubungan budaya dan pendidikan dengan Dushanbe,
perpustakaan di Sokh pun terputus bekalan buku-buku dan bahan terbitan dari sana. Sekarang perpustakaan
utama di Sokh hampir tak ada bahan baru.
"Tapi tak semuanya buruk," kata Azizov,
"Tinggal di daerah terserpih ini ada juga kelebihannya. Semua orang di
Sokh ini fasih tiga bahasa – Uzbek dan Kyrgyz, sebagai tambahan kepada bahasa ibunda
kami, Tajik – tanpa perlu ikuti sebarang kelas bahasa.
"Sebenarnya kami tak peduli politik, tapi politik dah beri
kesan yang besar dalam hidup kami," kata Akramjon, penyanyi amatur
berusia 41 tahun yang enggan dedahkan nama penuh.
Rutin hidup sehari-hari yang seperti ini bahkan telah muncul dalam 'yovailo', lagu
tradisional orang-orang Sokh. Yovailo adalah lagu cinta, dinyanyikan oleh lelaki muda pada majlis-majlis perkahwinan
atau keramaian, termasuk ketika menuai gandum.
Beberapa tahun terakhir, lirik yovailo diselitkan tema baru
– seperti kisah perjalanan panjang, penantian panjang, dan keterasingan.
Dalam sebuah lagu, Akramjon luahkan kisah sedih hidupnya kerana terperangkap di daerah serpihan. "ku duduk di atas batu, di
Sokh aku menunggu" lantunnya. "damai masih jauh di balik gunung.
Ingin aku ke Tashkent agar tidak kepingin atau pindah ke Jizzah, agar jiwa dapatku serah, namun aku
tak mampu untuk tinggalkan Sokh ku."
sdr Fazli ke sana ker... good to see u update this blog again. where is your next destination..?
BalasPadamInfo yg menarik!
BalasPadamBtw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.
Blog kami www.thetravelling3o.com
Terima kasih!