بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Kundasang - Kaki Gunung Kinabalu, SABAH

Kundasang sebuah pekan kecil di kaki Gunung Kinabalu. Ia lokasi singgah yang makin popular dan menempatkan pelbagai penginapan berbilang kelas buat para pendaki. Hawa dan lanskap di sini sama seperti di Cameron Highland kalau di Semenanjung. Namun ia masih lebih asli. Alamnya masih belum terlalu diteroka. Penempatan belum padat. Masih banyak ruang yang masih belum dihuni. Cuma saya dapat kesan begitu banyak pendatang Indonesia mula hijrah ke sini, dimulakan dari pekerja bawahan hingga ke peneroka tanah - Suatu yang sangat menyakitkan mata memandang. Selain panorama Kundasang, ada juga tarikan lain iaitu Memorial Perang Kundasang sempena peringati konvoi tentera bersekutu Britain, Australian dan New Zealand yang diserang hendap Jepun dalam perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu.

Saksikan foto hasil rakaman saya. 

Kabus Kundasang

saujana

mulai berkembang

sejuk nyaman

banyak sayur

mukabuminya

dan petempatan

terpadu

tumbuh

banyak rumah pendatang

ke kampung Muhibah

sudah sampai

kabus dan sayur

tapak semaian

cari penginapan

rumah kampung (Indonesia?)

penginapan murah

Memorial Perang

Makam Tentera Australia

tanda ingatam

tiga sekutu

dihias cantik

laman Inggeris

melihat jauh

abadikan

kenangan

dan alam

cantik

dan tersusun

gerai bunga

tumbuh melata

banyak pilihan

banyak pengunjung

aneka barangan

Pekan Ranau hanya 4KM

balik Kota Kinabali

180 KM

lanskapnya 

kabus menenggelamkan

Kinabalu Park - mulakan pendakian di sini

hujang sepanjang jalan

di tanah tinggi

Taman Marin Tengku Abdul Rahman - Kota Kinabalu, SABAH

Masa terluang sebelum Perjalanan ke Brunei, saya sempat luangkan masa ke Taman Marin Tengku Abdul Rahman, di Kota Kinabalu, Sabah. Taman Marin ini hanya 5KM dari bandar Kota Kinabalu. Pusat penerangan taman ini, terletak tak jauh dari Pasar Filipina, dan pengangkutan ke sana dapat diambil di jeti yang ada di situ. Tapi saya beranikan diri minta penduduk Pulau Gaya bawa saya ke sana. Kebetulan, Pulau Gaya sendiri salah satu dari lima Pulau yang diwartakan sebagai Taman Marin selain Mamutik, Manukan, Sapi dan Sulug. Dari semua lima pulau ini, Pulau Gaya paling besar dan berpenghuni. Awas, banyak pengusaha bot tanpa permit turut usahakan pakej perjalanan ke sana. Anda disarankan berhati-hati kerana risiko terdedah jika berlaku kemalangan kerana mereka tak berinsuran. 

Saksikan gambar hasil rakaman saya. 

Bandar KK dilihat dari laut

Kampung Pulau Gaya

Air Jernih - Pulau Mamutik



Selamat Datang - Taman Marin T.A.R.
.
kesan sejarah penempatan suku Suluk

tumpuan pelancong

abadi kenangan

pasir landai

pantai yang tenang

tapi meriah

boleh mandi

dan snorkling

bot pelancong

nampak ikan

Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

ada chalet

penumpangnya hanya saya

menggamit untuk datang lagi 

balik KK

 kami Bajau

ini kampung kami

Sampai bandar KK