بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
Taman Marin Tengku Abdul Rahman - Kota Kinabalu, SABAH
Masa terluang sebelum
Perjalanan ke Brunei, saya sempat luangkan masa ke Taman Marin Tengku Abdul Rahman, di Kota Kinabalu, Sabah. Taman Marin ini hanya 5KM dari bandar Kota Kinabalu. Pusat penerangan taman ini, terletak tak jauh dari Pasar Filipina, dan pengangkutan ke sana dapat diambil di jeti yang ada di situ. Tapi saya beranikan diri minta penduduk Pulau Gaya bawa saya ke sana. Kebetulan, Pulau Gaya sendiri salah satu dari lima Pulau yang diwartakan sebagai Taman Marin selain Mamutik, Manukan, Sapi dan Sulug. Dari semua lima pulau ini, Pulau Gaya paling besar dan berpenghuni. Awas, banyak pengusaha bot tanpa permit turut usahakan pakej perjalanan ke sana. Anda disarankan berhati-hati kerana risiko terdedah jika berlaku kemalangan kerana mereka tak berinsuran.
Saksikan gambar hasil rakaman saya.
|
Bandar KK dilihat dari laut |
|
Kampung Pulau Gaya |
|
Air Jernih - Pulau Mamutik |
|
Selamat Datang - Taman Marin T.A.R. |
.
|
kesan sejarah penempatan suku Suluk |
|
tumpuan pelancong |
|
abadi kenangan |
|
pasir landai |
|
pantai yang tenang |
|
tapi meriah |
|
boleh mandi |
|
dan snorkling |
|
bot pelancong |
|
nampak ikan |
|
Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
|
ada chalet |
|
penumpangnya hanya saya |
|
menggamit untuk datang lagi |
|
balik KK |
|
kami Bajau |
|
ini kampung kami |
|
Sampai bandar KK |
Terima kasih, saya cukup terhibur membaca penulisan saudara.
BalasPadamTerima kasih, saya cukup terhibur membaca penulisan saudara.
BalasPadam