“Bus paling pagi berangkat jam 10 siang, mas. Tapi masih
tergantung” Begitu
kata mbak penjaga kaunter bas Pelangi di Terminal Penumpang Batoh, Banda Aceh. Sebenarnya ada enam armada bas lain di sini, tapi setiap satu kaunter yang saya tanya, jawapannya semua sama. Bas belum mahu jalan kalau tidak cukup penumpang. Kami disuruh tinggalkan nama dan nombor telefon. Tiket hanya dijual bila penumpang sudah ramai. Sistem apakah?.
Jadual berangkat pukul 10, terlewatkan begitu saja. Bas tak bergerak. Penumpang belum ramai. Kami terus duduk membunuh waktu, menunggu dan terus menunggu. Jadual pukul 11,
pukul 12, pukul 1, pukul 2, pukul 3, semuanya tak bererti. Jadual pada waktu-waktu tertera tak ubah sekadar daya tarik untuk mengaburi mata pelanggan. Kami lewatkan hari yang berharga ini begitu saja.
Hajat mahu sampai ke Medan paling lambat pakul 8 malam, sudah sangat mustahil tercapai gara-gara jadual perjalanan yang tidak dipatuhi. Sahih kami harus rangka kembali pelan perjalanan ini.
Hajat mahu sampai ke Medan paling lambat pakul 8 malam, sudah sangat mustahil tercapai gara-gara jadual perjalanan yang tidak dipatuhi. Sahih kami harus rangka kembali pelan perjalanan ini.
Terminal Penumpang Batoh yang
katanya terpadu ini cuma megah saiz. Tapi malu-malu kucing terima tamu. Penumpang
sangat kurang. Ruang-ruang yang luas sebesar dewan hanya kosong. Tidak
difungsikan. Paling, hanya dihuni pengemis letih yang tumpang tidur di lantai. Hari ini, terminal penumpang tingkat provinsi yang katanya termagah di seluruh Aceh, hampir jadi gajah putih. Tingkap,
jubin, cermin, pintu, cat, bangku, semuanya sudah tanggal. Saya tak habis fikir
kenapa jadi begini. Sebuah perancangan yang gagal.
Masa yang masih ada,
saya sekadar mundar-mandir ke segenap bangunan. Ia memang sebuah gedung yang sunyi, kosong, kotor dan menakutkan. Masuk dari arah jalan besar, ada pondok pengawal yang kutip tol. Mungkin saya tahu apa puncanya bangunan semegah ini jadi rumah hantu. Mungkin tol itulah sebabnya kenapa terminal ini tak maksimum difungsikan.
Kami masih menunggu hingga jam 4 sebelum dihubungi melalui telefon. Bas Pelangi sudah menjual tiket. Ongkosnya 250ribu rupiah seorang. Geraknya pukul 5 petang nanti. Bererti ada satu jam lagi buat kami. Tapi penumpang sudah mulai ramai. Kami sudah pasti dapat sampai ke Medan jam 5 pagi. Tapi tentunya tak sesuai untuk nginap kerana keretapi ke Tanjung Balai bergerak jam 12.00 pada hari yang sama. Tak apalah, syukur dapat bas.

Bas bergerak tepat waktu. Tapi kami masih belum boleh tarik nafas lega kerana Tuhan masih mahu menguji. Dari semua bangku yang tersedia, bangku kami paling cacat. Ia sudah sedia basah. Lebih parah, perjalanan ke Medan ditempuh dalam hujan. Air menitik masuk dari tingkap yang bocor, tepat membasahkan muka kami. Anehnya dalam keadaan uzur begini, aircond bas masih dipaksa berkerja. Kami jadi seperti salji yang mencair.
Tambah malang lagi, bas yang katanya ekspress ini masih mahu berhenti di setiap pekan kecil, dan angkut penumpang lain. Ruang yang memang sudah penuh ini makin jadi seperti sardin. Di sumbat-sumbat selagi ada udara. Ruang tengah antara bangku kanan dan kiri pun dipasang bangku bolehalih. Kapasiti asal 32 penumpang, diisi 42 orang. Sangat lebih muatan. Ditambah barang bawaan, kawasan meletak kaki pun dikorbankan buat tempat menyimpan.

Lebih tersiksa, bas rosak dua kali di tengah jalan. Perjalanan terhenti 3 jam. Situasi sesukar ini
mengingatkan saya kisah kembara saya di Myanmar dan Kemboja dulu. Begitu sulitnya sistem mobiliti di negara ini di
mata saya. Tingkat kesulitan ini menyamai kesusahan yang pernah saya tempuh di negara-negara itu.
Perjalanan kami sampai di Terminal Terpadu Pinang Baris, bandar Medan lebih kurang jam 9
pagi. Lambat empat jam dari jangkaan. Kami turun dan segera cari tandas. Sudah jadi suasana biasa di Indonesia, calo sering tolak-menolak. Perayu mendesak-desak tanya penumpang mahu lanjutkan perjalanan ke mana. Kalut sekali. Di manapun di Indonesia, suasananya memang seperti ini. Tapi Azzam belum arif tentang itu. Mulut ramah dia
tak tegar menolak pertanyaan. Akhirnya kami terperangkap buat kesekian kalinya.
Kami dipancing Arif agar memakai khidmatnya. Arif kemudi becak yang super parah untuk hantar kami ke stesen keretapi.
"Saya ini orang Melayu" akui Arif. Begitu teruja dia ceritakan perihal Melayu di Medan. "Melayu hari ini sudah terusir dan mulai mengesot perlahan-lahan ke pinggir" Sambung Arif menyalahkan Cina, Jawa dan Batak. Tak cukup dengan itu, Arif ceritakan pula kesusahan keluarganya. “becak ini pun sering mogok, rantainya dah mau putus. Arif pinta simpati. "adik bisa bantu abang tak?” Sambung Arif tak malu-malu.

Keramahan Arif yang luar biasa itu rupanya berhujung muslihat. Tak salah lagi memang kami termakan umpan. Saya pantas minta Arif
turunkan kami di mana-mana. Tak sanggup terus dirayu. Takut makin banyak
duit kami melayang. Arif setuju, tapi dia masih meminta-minta. Kami beri
100ribu. “tak cukup”. Tambah 200ribu,
juga tak cukup, Arif mahu 300ribu, satu jumlah yang melampau untuk jarak
sedekat ini. Saya semakin meluat. Terlalu sering bertemu dengan orang lapar
wang. Kami sambung jalan kaki ke stesen keretapi. Mujur sudah tak jauh.
“Mohon maaf tiket kereta api ke Tanjung Balai, sudah habis” Ini kata-kata tajam dari jurujual tiket di stesen keretapi Medan yang serba mewah. Kemegahan stesen keretapi ini menyakinkan saya bahwa Indonesia (baru?) menang satu. Megahnya gedung ini jauh tinggalkan mana-mana stesen keretapi seluruh Malaysia.
Rupanya episod malang kami belum berakhir. Kepala saya ligat fikirkan solusi lain supaya kami tiba ke Tanjung Balai hari ini juga. Azzam sarankan kami balik semula ke Terminal Pinang Baris. Mungkin ada bas ke Tanjung Balai dari sana.

Menuju ke Terminal Pinang Baris
bererti naik becak lagi. Padahal saya dah hilang semangat bertanyakan sebarang
orang di pinggir jalan. Tapi kami tak ada pilihan. Upah taksi, tentunya jauh lebih
mahal. Mujur nasib kami baik. Ada becak yang jujur meletak tarif standard
50ribu sekali hantar, dan sanggup pula carikan kenderaan buat kami sambung
perjalanan ke Tanjung Balai.
Sampai Pinang Baris, kami diperkenalkan oleh tukang becak itu kepada seorang lelaki yang katanya punya kenderaan untuk ke Tanjung Balai. "Kalian naik trapel (travel)" kata lelaki itu.
Sampai Pinang Baris, kami diperkenalkan oleh tukang becak itu kepada seorang lelaki yang katanya punya kenderaan untuk ke Tanjung Balai. "Kalian naik trapel (travel)" kata lelaki itu.
Tak fikir
panjang, kami ikut saja arahan lelaki tadi. Disuruh tunggu, kami tunggu. Disuruh ke seberang
jalan, kami lintas. Minta ongkos 100ribu, kami bayar. Biaya semahal itu untuk tarif travel 50ribu seorang.
“naik, naik, duduk di bangku paling belakang, nanti
ramai penumpang lain”. Arah lelaki tadi. Van yang katanya sejenis travel itu sudah sampai. Kami pun percaya. Tapi ia bergerak sangat perlahan dan berhenti semula satu kilometer ke depan.
Di sana, ada enam ‘penumpang’ lain naik serentak. Semuanya lelaki. Salah seorang dari mereka ambil tempat duduk di sebelah Azzam. Selebihnya duduk di dekat pintu. Wajahnya ganas-ganas.
Di sana, ada enam ‘penumpang’ lain naik serentak. Semuanya lelaki. Salah seorang dari mereka ambil tempat duduk di sebelah Azzam. Selebihnya duduk di dekat pintu. Wajahnya ganas-ganas.
“mau ke Tanjung Balai ya, bang?” seorang bertanya. Saya jawab ya. Suasana senyap seketika.
“minta rokok bang” minta lelaki tadi sambil menoleh Azzam. Lima lagi penumpang lain tak kelip mata lihat kami. "Ada apa ini?" Saya kehairanan. Mereka saling pandang seolah sudah saling kenal. Wajah masing-masing seperti mahu makan orang.

“Kalau mau
selamat, serahkan uang kalian” Ugut lelaki itu. Suaranya
keras. Situasi yang tenang sudah mulai kalut. Kami hairan dan takut. Perompakan apakah ini?
Seperti tak percaya. Semua lelaki yang tadi menyamar jadi penumpang kini siaga
mencederakan. Mereka mengugut kami dengan senjata. Rasa mau lari,
tapi van masih bergerak. Kami tak mampu bertindak. Sudah terkepung.
Demi nyawa, kami relakan dalam paksa bila duit kami dibahagi-bahagi. Sudah puas membuli, kami diturunkan pontang-panting
tak tahu arah. Sudah kehabisan duit pula. Mujur ada ibu muda bawa anak yang kebetulan mau
ke Amplas. “kalau mau ke Tanjung Balai,
jangan ke Pinang Baris” kata ibu itu. Baru kami tahu kenderaan awam dari Medan
ke arah selatan dan barat, hanya ada di Amplas. Bersama ibu itu, kami lanjutkan
perjalanan ke Stasiun KUPJ (Koperasi Usaha Pinggir Jalan), Amplas. Mujurlah jaraknya tak
terlalu jauh. KUPJ inilah sebetulnya van travel yang akan ke Medan.
Terminal KUPJ Amplas |
Ongkos KUPJ ke
Tanjung Balai hanya 35ribu rupiah. Terlalu murah untuk jarak 180KM. Jauh lebih murah
dari naik becak 14km di bandar Medan. Jarak ke Tanjung Balai sama seperti jarak dari Kuala
Lumpur ke Tangkak. Tapi perjalanan ditempuh selama lima jam. Perjalanan lalui beberapa
pekan kecil yang pernah saya dengar. Tebing Tinggi, Lima Puloh, Kisaran dan
banyak lagi.
Tapi suasana di semua tempat yang pernah saya dengar namanya itu jauh tersasar dari jangkaan saya. Wilayah yang dulunya pernah dimiliki Kesultanan Melayu
Islam itu, kini ditempati penduduk Batak penganut Kristian. Di sepanjang jalan
saya lihat banyak gereja selain masjid berselang-seli. Meski di kampung-kampung yang kelihatan begitu Melayu, penghuninya belum tentu semuanya Islam. Sebuah suasana yang tak biasa kalau kita lihat di Malaysia.
Pekan Tanjung Balai, Asahan |
Pukul 6.00
petang kami sampai Tanjung Balai. Nuansa Malaysia sudah mulai terasa. Ringgit diterima dalam beberapa transaksi. Lebih-lebih
lagi di kaunter tiket Feri Jetstar Ekspress di Jalan Hos Cokrominoto. Di restoran, menu teh tarik, dan teh-O sudah dikenal.
Malam itu, kami nginap di Hotel Hayani dengan tarif 250ribu semalam. Inilah hotel paling mewah sepanjang kembara kami. Sebagai balas dendam selama tidur beberapa hari dalam kondisi yang memprihatinkan.

bas perantara dari ke pelabuhan |
Pagi itu, 29
Disember 2015, Kami awal-awal sudah siap menunggu di depan kaunter feri Jetstar Servis. Orang sudah
ramai. Masing-masing bergilir dibawa dengan bas ke pelabuhan. Eh, baru saya sedar
kamera semi-dslr saya sudah tak ada di sisi. Hilang, mungkin kecurian ketika kami dirompak di Medan kemarin. Ia benar-benar suatu musibah.