بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
Bigfoot ada di Johor
11 Feb - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menegaskan, Bigfoot atau mawas memang wujud di dalam hutan negeri ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan. Menurut beliau, pengesahan itu dibuat berdasarkan kepada sumber maklumat yang diperolehi daripada Orang Asli. "Laporan tentang adanya Bigfoot di Johor memang betul. Ini berdasarkan sumber maklumat Orang Asli. Jadi laporan akhbar itu memang betul. "Bigfoot ada di Johor dan KOSMO! ada di Johor," katanya memulakan ucapan pelancaran akhbar Kosmo! edisi Johor terbitan Kumpulan Utusan di Danga Bay, di sini hari ini.
Akhbar kompak edisi Johor itu menggunakan maskot Bigfoot sebagai gimik pelancarannya. Menteri Besar berkata, beliau yakin dengan sumber Orang Asli itu memandangkan mereka mempunyai kebolehan untuk mengesan binatang termasuk Bigfoot berdasarkan jejak dan bau. Kisah Bigfoot mula menjadi bahan percakapan umum apabila Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow percaya haiwan yang selama ini dianggap mitos, benar-benar wujud ekoran beberapa insiden orang ramai terserempak dengan makhluk itu. Menurut beliau, antara kawasan hutan yang diyakini didiami binatang itu ialah di Tanjung Piai, Mersing, Kahang, taman Negara Endau-Rompin dan Kota Tinggi. Ekoran pendedahan itu, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) telah mengadakan satu ekspedisi menjejaki haiwan gergasi itu di Hutan SimpanSungai Madik, Kahang tetapi gagal menemui sebarang kesan kewujudannya.
Sejak itu, kisah kewujudan Bigfoot di negeri ini mula mendapat perhatian akhbar-akhbar tempatan dan luar negara malahan menjadi salah satu topik paling tinggi pencariannya di Internet. Beberapa agensi berita asing mendakwa kerajaan Johor sengaja memperbesarkan isu kewujudan Bigfoot bagi menarik perhatian pelancong mengunjungi negeri itu dan mendakwa ia sebagai gimik ketika filem King Kong ditayangkan di seluruh dunia. Baru-baru ini, Abdul Ghani mengumumkan cadangan penubuhan pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar binatang tersebut untuk menjalankan penyelidikan, pengesahan dan penjejakan Bigfoot. "Pasukan tersebut bertujuan mencari lokasi sebenar Bigfoot berada dan kemudian menghantar satu lagi pasukan untuk mengesan dan menjejakinya, " kata beliau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kawan2 saya kat Kota Tinggi!, Ulu Tiram juga sebok citer pasal 'BigFoot' nih!....kalo betul2 ader apsal diaorang tak buat kajian dgn lebih terperinci dgn. bantuan badan2 berkenaan. Ini satu penemuan yg menakjubkan! jangan jadi macam kat barat tue! citer jer lebih!.....
BalasPadam