Dulu masa kecil, aku tak pernah tahu bahawa suku-suku pribumi yang ada di Malaysia ini rupanya bersusur-galur dari ribuan pulau-pulau yang bertaburan di seluruh Nusantara. yang kini menjadi sebahagian dari Indonesia . Sangkaan aku, suku-suku seperti Jawa, Bugis, Minang, Mandailing, Boyan, Banjar, Batak, Buton dan suku-suku lain yang semuanya diiktiraf Melayu (mengikut tafsiran Malaysia) memang berketurunan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak azali.
Seingat aku, ketika di sekolah dulupun, aku tak pernah diajar tentang adanya kawasan lain yang sebenarnya merupakan tanah asal suku-suku tersebut sehinggalah aku mengerti sendiri melalui pembacaan dan pergaulan dengan segolongan warga asing di Malaysia . Hingga sekarang, aku yakin ramai masyarakat keturunan suku-suku ini di Malaysia yang tak tahu dari mana asal-usul mereka. Apa lagi untuk tahu lanjut tentang tanah leluhur mereka.
Ketika di sekolah dulu, pernah juga diterangkan bahawa orang Negeri Sembilan berketurunan Minang dan berasal Sumatera Barat. Itu sajalah yang selalu disebut di sekolah. aku pula tak pernah berminat mengetahuinya selepas itu.
Tapi sejak menjadi seorang pekerja (lewat tahun-tahun 90-an), aku telah mula didekatkan dengan perkara ini ketika tinggal berkongsi bilik dengan dua pekerja asing warga Indonesia . Walau ramai yang membantah, aku tetap nekad tinggal dengan Harno dan Nasiman kerana tiada pilihan.
Dari mereka berdua, aku mula tahu sedikit tentang Jawa. Walaupun aku juga berdarah Jawa, tapi aku tak pernah merasa ada hubungan dengannya sebelum ini lebih-lebih lagi dengan tanah seberang. Paling penting, melalui mereka aku telah didekatkan dengan bahasa Jawa yang sebelum ini aku benci mendengarnya termasuklah ketika dituturkan ibu bila berbicara bersama abangnya.
Dan dari mereka berdua, aku juga dapat tahu bahawa orang Bugis yang banyak di Johor dan Sabah , Malaysia ini rupanya berasal dari Sulawesi .
Dari mereka juga, aku tahu bahawa teman-temanku dari suku Banjar yang semuanya kelahiran Parit Buntar, Perak rupanya punya nenek-moyang di Banjarmasin , Kalimantan Selatan.
Aku juga diberitahu, orang Mandailing dan Batak yang kononnya bengis-bengis dan misai melentik yang ramai bermukim di Perak rupanya bermigrasi dari Sumatera Utara.
Aku juga dimengertikan bahawa, lagu ‘la au be’ yang suka aku dendangkan itu adalah lagu Boyan yang berasal dari pulau Bawean.
Aku juga kaget bila diberitahu, kawan karibku dari suku Buton yang berasal dari Tawau, Sabah itu rupanya punya leluhur di Pulau Buton dekat Sulawesi .
Ah…. Lalu apa yang memang asli dari Semenanjung ? Aku selalu tertanya-tanya.
Terima kasih pada Harno dan Nasiman yang banyak menyedarkan aku tentang ini. Di mana ya kamu ketika ini……………? Harap kita bertemu lagi.
Aku juga diberitahu, orang Mandailing dan Batak yang kononnya bengis-bengis dan misai melentik yang ramai bermukim di Perak rupanya bermigrasi dari Sumatera Utara..........................hahaha that'ssss funny :----)
BalasPadamSiapa tahu andapun ada darah leluhur dari Indonesia Bang? :)
BalasPadamya... kerana itu kedua negara ini tidak harus bermusuhan.............
BalasPadamBetyullll....
BalasPadamHe..he...
BalasPadamFazli..wong Jowo to kowe mas? (Orang Jawa agaknya awak...)
Ayolah ke Jogja..ini rumah aku.. nanti kuajak ke Candi dan Keraton..
Tenang...tak bisa bahasa Jawa tak apa2..di Jakarta ramai orang Jawa yang dah berkawin-mawin disini pun anak2nya tak faham lagi, memang agak pelik bahasanya...
At least...jangan kacang lupa kulitnya kan?
kacang itu kini mengumpul kembali kulit-kulitnya yang telah dibuang bersepah-sepah..satu-persatu
BalasPadamEmang kenapa fazly...takut mereka buat jinayah ker?
BalasPadamsebenarnya ada orang M'sia yang takut nak bergaul dengan orang Indonesia kerana pada masa itu ramai TKI iligal. Kalau yang illigal, ramai menganggap TKI ini akan buat apa saja untuk mengelak dari ditangkap polis contohnya seperti mencuri ic (ktp), mencuri duit buat dihantar pulang dan lain-lain. Saya pun sangat berwaspada pada mulanya. tapi semakin lama, rasa bimbang itu hilang sama sekali. Kedua-dua rakan dari Jawa Timur ini sangat baik dan sangat islamic. Sebanarnya manusia tak kira apa bangsa sekalipun semuanya sama. di Malaysia ini pun ada orang yang jahat.
BalasPadamYah, demikianlah, kadang kita manusia ini acap berburuksangka kepada suatu kaum, padahal belum tentu kaum yang diburuksangkai itu benar-benar buruk....iya toh?
BalasPadamhei pren, aku ni orang bawean asli ( Bawean Island ) mungkin di negri loe terkenal ama sebutan BOYAN, salam kenal....
BalasPadamSalam kenal. Betul, di Malaysia, Boyan itu merujuk kepada orang Bawean. Tak tahu sebutannya boleh bertukar. Salam kenal.
BalasPadam# ini mungkin gambar naga yang ke-10. Hehehe...bercanda aja ;-)