Dialek Johor-Riau Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:
Saya - disebut sayě Apa – disebut Apě Berapa – disebut Berapě Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan
Anda – disebut anda Merdeka - disebut Merdeka bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut: Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul) lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul) sabar - disebut Bunyi ‘o’ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ Tidur – disebut Tido Telur – disebut Telo Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut: Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě) Pergi - disebut Pegi Berjalan - disebut Bejalan Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu. Variasi tersebut dapat dilihat dibawah: Ejaan Standard Johor-Riau Johor Pesisir Barat & Utara Melaka Besar Besa Beso Besau Lebar Leba Lebo Lebau Sabar Langgar langga Langgo Langgau Tukar Tuka Tuko Tukau Dialek Negeri Sembilan Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. (contohnya tidak disertakan disini) Dialek Perak Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan) Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah Saya Sayě Sayěě Saye Apa Apě Apěě Ape Berapa Berapě Berapěě Berape Nota: Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’
Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh) BM Malaysia Perak Selatan Perak Tengah Kamu Koměě Kome Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara) Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara Ejaan Standard Dialek Utara Saya Saya (mengikut sebutan Dia Dia (mengikut sebutan Mana Mana (mengikut sebutan Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:
Ejaan Standard Dialek Utara Bergetar Bergetaq Ular Ulaq Telur Teloq Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’ Ejaan Standard Dialek Utara Pasir Pasiaq Baligh Baliaq Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh: Ejaan Standard Dialek Utara Kambing Kambin Kuning Kunin Anjing Anjin Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):
BM Standard Dialek Utara Awak / Kamu Hang Mereka (bunyi ě) Depa (sebutan Sekejap Sat Kenapa (bunyi ě) Awat Pergi Pie Kelapa (bunyi ě) Nyoq
Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah: Dialek Utara Dialek Utara (Perlis) Kasut Kasuit Pulut Puluit Dialek Kelantan (kecek kelate) Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca) Ejaan Standard Dialek Kelantan Kawan Kawe Bulan Bule Terang Teghe Tenang Tene Bukan Buke Tangan Tange Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’ Ejaan Standard Dialek Kelantan Apa Gapo Hamba Ambo Mana Mano Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard Ejaan Standard Dialek Kelantan Satu (dua, tiga empat…) Se (dua, tiga empat…) Saya Kawe / ambo Awak / Kamu Demo Bagaimana Guano Cakap Kecek Duit Pitih Gaduh Gocho Juara Jogho Kelapa Nyo Kawan / sahabat Saing Dialek Terengganu Ejaan Standard Dialek Terengganu Makan Makang Ikan Ikang Bukan Bukang Badan Badang Pun Pung Zapin Zaping Kemaman (nama daerah) Kemamang Jalan Jalang Hujan Hujang Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan) Ejaan Standard Dialek Terengganu Dialek Kelantan Apa Apěě Gapo Mana Maněě Mano Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :
Ejaan Standard Dialek Terengganu Jumpa Jupěě Sampai Sapaa Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut: BM Standard Dialek Terengganu Duit Piti Selalu Sokmo (ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan) Dialek Pahang Dialek Sarawak Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak BM Standard Dialek Sarawak Saya Kamek Awak / kamu Kitak Dia Nya Tidak Sik Jangan Sikboh Ini Itok Sini Sitok Itu Ya Situ Siya Mana Ne Dimana Sine Cakap Madah Orang Sidak Cantik Kacak Sombong lawa Lama Lamak Jumpa Temu Kucing Pusak / pusa Anjing Asok Ayam Manok Ya Auk dan banyak lagi perkataan dalam dialek Dialek Sabah Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasa
Biarpun banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.
ini adalah versi yang kedua. versi pertama telah terhapus tanpa disengajakan. Haraf Maaf |
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
Serba sedikit tentang dialek-dialek Melayu di Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bambangpriantono wrote today at 5:49 AM ET, edited today at 5:49 AM ET
BalasPadamBisa (boleh) kasih contoh lebih rinci ndak?
Jangan serba sedikit, serba banyak juga boleh...:)
bambangpriantono wrote today at 5:49 AM ET, edited today at 5:49 AM ET
BalasPadamBisa (boleh) kasih contoh lebih rinci ndak?
Jangan serba sedikit, serba banyak juga boleh...:)
ini jawapan untuk Cak Nono.........
BalasPadamSebo banyok?
Guano demo? sikit tokse, nok banyok pulok. Takdok doh. Idea belum tubit. Sat nanti kawe tamboh. Demo tunggu deh...... (Kewe ni kecek Kelate, mo pehe dok?)
Buat Cak Nono & Wan, ampun..... minta diulang 'reply'nya. Reply kamu yang dulu telah terhapus dengan tidak sengaja.
BalasPadamAmpyun..samo bae lah pacak disiko (sama saja disini) dak metu reply-nyo, diulangi ya
BalasPadamKenapa harus serba sedikit, serba banyak juga gak masyalah kok...:)
ini pun ulangan dari reply saya.... (terhapus gara-gara anak-anak saudara (keponakan)yang nakal barangkali)
BalasPadamDemo nok banyok?? sikit tokse, nok banyok pulok. Guano demo..? Kawe takdok idea doh ni. Belum tubit. Sat nanti kawe tamboh. Demo tunggu deh......
(kawe ni kecek kelate, mu pehe dok?)
Hehehe, nyanda apa-apa, dan...
BalasPadamKita ada tunggu ngana pe carita-carita apalai vor beking conto macam Kelantan pe bicara do'e...so pasti kita tunggu akang....
Melayu pe dialek macam rica-rica kua'
(kita cuma tau sadiki apa ngana kata lai) :))
Ditunggu deh pokoknya....
Fuyoo...., baguihnya hang. macam-macam hang tau no.... tapi awatnya dialek tu pelik sangat? Dialek apa tu...? Hang habaq mai....
BalasPadamOh, yang saya bicara dalam reply tadi itu Melayu ala Manado...Sulawesi Utara Dan, heheheh...coba saya kasi tahu sedikit..
BalasPadamNgana = kau, kamu
kita = aku, saya
vor = untuk (asalnya dari bahasa Belanda 'voor')
pe = kependekan dari punya...
contoh : buku saya di Manado jadi kita pe buku
beking = bikin
kua', do'e = ungkapan...seperti kata 'lah'
Tunggu akang = tunggukan
nyanda = tidak
Hehehehe...itu tadi kita pe penjelasan sadiki parkara Manado pe dialek...:)
Maaf ye...:)
Ada teman dari Bengkalis (Riau)..kalau bercakap dialek seperti ini juga:
BalasPadamAwak pegi lah puto-puto paso, tak de duit pun tak pe lah...
(Kamu pergi aja putar-putar pasar, nggak ada duit nggak apa-apa lah)
Ya..Bengkalis kan deket sama Johor pesisir barat ya?
good information, terima kasih
BalasPadamSama-sama. Info ini tidaklah bagus sangat. Banyak lagi yang kurang.
BalasPadamcool info though..hehe..but yea...i'm just curious to know more about melanau language and people around the world....though i'm mixed of malay brunei-melanau..but yea...curiousity,i might say that brought me here.
BalasPadamMelanau...? emm.... saya cuba
BalasPadamtak tau nak cakap pa... peliaq besaq hahahaha
BalasPadamini = tok
BalasPadammana = ney dmana = dsiney
anjing = asuk
ya = aok
ni bahasa apa? bahasa Melanau ke bhs Melayu Sarawak?
BalasPadamAku orang melayu sarawak lah..
BalasPadamMlayu serawak ada byk gik dialek yang jarang didengar..
Ooooo.. bagus tu. Aku nak dengar bole?
BalasPadamKalau ada masa, apakata, 1st entry ko dlm blog nanti guna bahasa Melayu Sarawak. Aku sbnrnya nak cuba buat tp, aku punya sarawakian's friend xnak tolong plak.
ehem... aku org melanau..
BalasPadamdekat bahagian mukah la..
BalasPadammula2 org dgr, mmg bahasa pelik ar..
contoh untuk bahasa melanau igan/mukah:
BalasPadamaku = kew/ akew
kamu = kaau
tidur = tudui
makan = keman
jalan = makau
siapa nama kamu? = sai ngadan kaau?
berapa? = jenew?/dakai?/kalai?
rumah = lebuk
hem.... Selamat datang ke laman aku....
BalasPadamTQ... boleh tambah pengetahuan.. Tapi nampak pelik la bunyinya.
BalasPadamne ada pelik bunyi ya mun ko dtg swak klak boleh ko nengar mcm2 bahasa yg best2..anyway thanks for the info..coz aku byk member2 dr semenanjung malaysia yg dialeknya mcm2..mun dpt tambah2 juak dialek yg lain juak..hehehe..wassalam!
BalasPadamkaki = soko
BalasPadambilik air = pa'engan
sambal belacan = buje chappii
kenapa = arapa
cantik = gege
cucu = kompoi
pakaian = kolampi
sihat = beras
saya = bule
engkau = bekna
buruk = cubek
diak site teji bak belajer idak2 bahasa... ko nda bei ateng melanau, even melanau itself pun bei idak2 dialect..
BalasPadamdiak = good
teji = like this
bak = to
belajer (belajar) = study
idak = many
bahasa = language
ko (kew) = I, me
nda = not
bei = have, to own, am (depend on the sentence usage)
ateng = true
faizal, tahniah atas usaha saudara memberikan penerangan yang serba ringkas tentang dialek di negara kita.
BalasPadamcuma bahagian dialek kedah saudara telah homogenkan sebagai dialek 'utara'. Rasa saya tidak pernah wujud kerajaan 'utara' yang menuturkan loghat atau dialek utara. asalnya dialek itu dituturkan tentulah merujuk kepada suatu kebudayaan atau kerajaan, sebagaimana saudara sebutkan dalam dialek johor-riau berasal dari kerajaan johor-riau. dialek 'utara' yang saudara maksudkan saya rasa tentulah merujuk kepada dialek kedah yang wujud sejak abad ke 8 lagi, yang wilayah penuturnya merangkumi setui (satun), perlis, p.pinag hingga ke krian yang suatu ketika dahulu dibawah takluk kerajaan kedah. penutur ini ada kerabatnya hingga ke tenanserim (selatan myanmar),ranong, pathalong, trang (selatan thai (segenting kra)). kerajaan lama penutur dialek ini dipanggil Langkasuka yang merangkumi segenting kra, kedah dan pattani. sebab itu ada persamaan antara beberapa dialek kedah dengan dialek pattani/kelantan cuma disebut dengan nada dan tekanan yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama. terima kasih.
Sama-sama. Terima kasih kerana sudi bagi info. Memang asalnya saya menganggap dialek kedah lebih tepat. cuma kerajaan Kedah Tua pada masa ini sudah tidak wujud lagi. hanya yang tinggal pecahan-pecahan jajahannya saja dan pecahan-pecahan ini mempunyai dialek yang sedikit berbeza antara satu sama yang lain. contohnya antara dialek di Daerah Krian dengan Perlis. Persoalannya, adakah mereka masih menganggap daerah tempat tinggal mereka sebahagian dari Negeri Kedah. Tentu tidak. jadi untuk menyatukan sub-sub dialek ini bagi menggambarkan ianya berasal dari satu akar, maka itu saya namakannya dialek utara yang mengandungi Perak Utara, Kedah, Penang dan Perlis.
BalasPadamboleh disebut begitu. kedah besar itu tidak wujud lagi. namun jika ingin membuat rujukan atau penerangan secara ilmiahnya harus menyebut akarnya. umpama orang besut tidak mengatakan mereka bercakap trengganu atau cakap besut tetapi bercakap sialek kelantan, begitu juga orang nogori 9, dialek nya minang walaupun negara minangkabau sudah dipecah-pecahkan menjadi daerah-daerah kecil.
BalasPadamhal ini disentuh disini supaya orang kita tidak lupa akar dan tahu asal usul...
helo... rasa beruntung sbb terjumpa lelaman ni... sbb saya dan kawan2 saya sedang buat projek perbezaan di antara sebutan melayu johor-riau dan sebutan melayu baku Majlis Bahasa Melayu Singapura. Kalau tidak keberatan boleh saya tahu sumber untuk entry journal awak ini? terima kasih =)
BalasPadamyupp, Alahai... sorilah minenyours, kajian ini bersumberkan bahan yang banyak yang sudah tak dapat saya nyatakan. Salah satunya dari buku teks bahasa Melayu STPM. Selain itu, Ia juga berdasarkan pengamatan peribadi saya sendiri sebagai orang Melayu Johor yang punya rakan-rakan dari pelbagai tempat di seluruh Malaysia. Untuk membantu, salah satu bahan yang berguna untuk kajian kamu mungkin majalah Dewan Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selamat berusaha....
BalasPadamIboh lupak org iban, cina, bidayuh dan macam-macam bangsa di Sarawak boleh kelakar melayu Sarawak...Kira macam universal lah..Mun sik pande kelakar pun boleh paham juak. =P
BalasPadamsalam...saya pelajar linguistik di UKM begitu tertarik dengan laman web ini.memandangkan thn ini saya mengambil Dialektologi,saya harap laman ini diberi menambahan baru yang lebih luas.terima kasih.
BalasPadamterima kasih kerana menyokong. InsyaAllah, kalau ada sumbernya, saya akan tambah
BalasPadamboleh tak bg sistem vokal dialek kedah n perak yg penuh...kalau ada info,htr e-mail kat sy...dlm m'gu nie gak...ni e-mail nyer..yaya_dieya@yahoo.com..htr tau...nk wat assignment nie..huhu
BalasPadamhalloooowww......
BalasPadamnumpang promosi ya:)
ada tas import, keren2 lhoo...
merek LV, BONIA,GUESS,PRADA,FENDI, CHLOE, VERCASSE, DLL
visit our web
http://ellabutik.com
or
http://ellabutik.multiply.com
wish u all the best,
terutama sama yang udah pinjemin tempat bwat promo ini
smoga sukses slalu
salam. saya nak bertanya, ada tak novel atau cerpen2 yang menggunakan bahasa dialek dalam penulisan mereka? boleh kongsi kan?
BalasPadamsalam admin,
BalasPadamsaye duk Tganu, saya ada rgamai gok sedare & saing2 (member) yang duk Klantan, Perlis, Penang, Perok, Selangor& Negeri Sembilang, Pahang, Johor & Saboh(buleh katakn seme negri la dlm Malaysia ni)
info ni jugok dapak menolong saye dalam memahami bahasa awoknye(mereka)kalu saye ke rgumah iao
dok la kene ejek bile nok cakap(tidaklah saya diejek oleh dialek saya apabila berkomunikasi dengan mereka)
information on this page good for those in Southeast Asia especially for Malaysian & Indonesian
boleh merapatkan silaturahhim anatara dengan yang lain melalui dialek ;)
salam...saya sarawakian....original melanau mukah...evendo bahasa melanau memang banyak jenis...melanau mukah dah terbahagi ikut kpg...kpg tellian slang dia lain, kpg petanak lain, kpg penakub hilir dan kuala lain hahaha kalau dengar sure berbelit otak...
BalasPadamlets we learn 2gether...
BalasPadamSaya baru bangun tidur = akou japan migak tudui
saya nak mandi=akou bak temok
saya nak jalan sekejap=akou bak makau jujok
saya tengah banyak kerja=akou tengah idak kereja
saya tengah memandu kereta=akou tengah madou keretak
saya tengah memasak=akou tengah pisiek
awak apa khabar=inou degah kaau?
saya sihat=akou diak un
hehehe banyak lagi...tu baru melanau mukah...lom melanau matu,daro,bintulu,dalat,oya ;)
ada lagi satu bahasa suku kaum di sarawak yang perlu kawan2 tahu..bahasa kaum mirek...sukukaum ni tgl di area miri dan baram....hehehe
BalasPadamokla...
buat ape tadi?=upeih d'dem aou?
saya tengah membaca=koy masey tih
saya sayang awak=koy sukak go aou
saya tengah memandu=koy hukaik metukar
saya tengah mengemas luar rumah=musai amin yeh balui
apa khabar=abear aou
okey la...nanti share lagi info
Terima kasih infonya belasen./
BalasPadamNegeri Sembilan, Negeri Kampar Perak, Kuantan, Pahang selain terpengaruh dari bahasa minangkabau, juga dipengaruhi oleh bahasa dan tradisi adat istiadat budaya yang dibawa oleh masyarakat Kampar ,Kuantan, dan Rokan dari Provinsi Riau, Indonesia. Loghat dan dilaeg Kampar, Kuantan dan Rokan berbeda dengan loghat dan dialeg Minangkabau :)
BalasPadamSalam, . Saya merupakan pelajar pengajian Bahasa Melayu di UKM . Saya amat tertarik dengan usaha saudara mengetengahkan bahasa - bahasa dialek yang terdapat di Malaysia.Ini serba sedikit membantu dalam pengajian saya. Diharapkan laman ini akan memberi info yang lebih lagi.Terima kasih
BalasPadamsalam... nak tnyer sal bahasa melayu daerah ni...
BalasPadamsbb saya ada projek nak recoard suara seluruh malaysia..
ada perbezaan ke dlm 1 negeri tu bahasa yang popular kt negeri tu? nak kene ikut daerah ke?
misal kata, nak sebut nama tempat... kan dalam 1 negeri terdapat daerah kan?... setiap daerah tu lain2 ke sebutannyer...
boleh bagi negeri, dan daerah yang loghatnyer bila sebut nama tempat tu berlainan...
Uchak
BalasPadamTerima kasih, saya mendapat banyak maklumat daripada laman web ini.Saya memerlukan lebih banyak maklumat tentang perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau. Harap dapat membantu.
Allah peliharakan Sultan
BalasPadamNugrahkan diə, segalə kehormatan
Sihat dan riə, kekal dan makmur
Luasan kuasə, naungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan
Mungkin lirik lagu kebangsaan negeri Johor di atas dapat memberi jawapan tentang soalan anda. Perhatikan huruf 'ə', - dalam dialek Johor, akhiran 'a' dalam ejaan BM standard, contohnya ejaan 'apa' bunyinya tetap jadi 'apə'.
alhamdulillah...saya jumpa laman ni....saya perlukan lebih banyak maklumat berkaitan bahasa melayu johor riau, mahasa melayu standart dan bahasa baku. kalau dapat boleh banu saya.
BalasPadamCuba bincang pasal bahasa Banjar - Sapa nering, napa tekuriheng. Bagawik qada, awak gin uyuh nering ' world cup '.
BalasPadamSape faham terjemahkan ok.
salam..laman ni mmg bgus la..sy ni klntanese tp mnetap kat sbah..msalh sy ialah sy tidak bgitu pndai brtutur dialek sbah ni..skit2 boley la..slalu je kne ejek ngan kwn2 aduyaii..hik3 bley x spa2 yg sdi ajarkn atau bg more information about dialek sbah ni..
BalasPadamkalo dr penakub hilir cmna lak bunyinya?
BalasPadamSaye orang melayu-jawe johor.. Dalam bahase jawe pun ade jawe halus dan jawe kasar.. susah nak faham kalau tak reti cakap jawe..
BalasPadamiya. makasih komentarnya.
BalasPadamSalam.. saye dari melayu pontianak
BalasPadamSalam.. saye dari melayu pontianak
BalasPadamsalam dari Melayu Lingge (Kepulauan Riau)
BalasPadamnak tengok bahse Melayu Lingge (loghat Johor-Riau) sile ...
www.visitlingga.com