بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Singa Pura-pura

Singa pura-pura

Konon sejarah,
Kerana seekor singa
Sebuah pulau bertukar nama  
Dari Temasik menjadi Singapura.

Ah, itu sebenarnya dusta
Kerana tidak ada singa di Nusantara
Kerana tempatnya di Afrika

Ini mungkin satu kiasan
Atau ramalan karyawan silam
Untuk mungkin nanti
Singapura menjadi sebuah negeri
Yang asing di Nusantara

Pandai kau berpura-pura
Dari Temasik ke Singapura
Negeri Singa bertaring dua
Habis rosak susu sebelanga

Nusantara bukan tempatmu
Egomu dan sombongmu bagai singa
yang gah kononnya gagah
Sedang kami hanya pelanduk
berteduh di pohon melaka

Kau asing
Kau bukan Nusantara
Kau mungkin dari Afrika atau Timur Asia
Tempatmu bukan disini.

Bertaring mulut ternganga
meludah air liur ke muka kami
Tercemar Selat Tebrau
Hanyir Pantai Lido

Kami Melayu tersalah sangka
Kau Temasik.
Bumi Sri Paduka Maharaja.
Milik Sultan Iskandar

Mungkin kau lupa sejarah dulu.
Wakil Temagi pernah kami cincang
Jangan cuba kau ulang
Belajarlah dengan dalam
Ingat keturunan silam
Jangan berani tunjuk belang

Tapi kau singa.
Sanggup makan anak sendiri
Tatkala berebut induk
Kau tidak akan tunduk

Minumlah kau air hanyir
dari liurmu bercampur keringat kami
Batu Putih sudah hitam
Udara bersih sudah kelam
Laut cantik sudah dalam
Kau korek dalam diam
Nelayan kami memukat minyak hitam.

Dideklamasikan sempena
USMalumni.
Pulau Pinang 2006

21 ulasan:

  1. Ini sisindiran untuk tetangga ya? kalau dipikir-pikir sih iya juga...kami juga turut menderita karena pasir dari Kepri diambilin tuh...(cuma satu contoh aja)

    BalasPadam
  2. ....kasihan dgn. anak jati, yg di anak tirikan...umpama melukut di tepi gantang,menumpang di negeri sendiri.....Temasik ohh Temasik....

    BalasPadam
  3. Bagi kami (terutama Johor) banyak derita yang kami tanggung berpunca dari negeri yang satu ini. Kalau boleh dia diangkat, mahu saja kami hanyutkan dia jauh dari kami.

    BalasPadam
  4. duhh tega buagett loe Cak!!....heheehe..

    BalasPadam
  5. Maafkan saudara melayu kami di Singaparna..eh Singapura
    Kak Lily, Bang Paejal, Rozy, Muhammad, Nor....

    bukannya kami membenci awak semua...
    bukannya kami tak nakkan Singapura didekat kami..
    hanya terkadang kami kompius...
    bukankah kalau nak dihormati, dimana bumi dipijak-disitu pula langit dijunjung?
    Ngapo pulak majority (chinese+India) tak dapat ber'bahasa melayu'?
    kononnya bahasa jiran2 mereka...yang tersebar diantara lebih 17.000 pulau2
    dan dicakapkan oleh lebih dari 200 juta tetangga2 mereka?
    Haiyaaaa....I can't speak bahasa -lah....
    itu jawabanmu dari duluuuu
    Ayo Singapura....leburkan diri anda
    Jadilah Cina dan India yang memartabatkan budaya setempat....

    ps: buat yangngerasa Melayu Singapura....mohon maaf banyak2
    Tak ada kesalahan anda sikit pun....
    Pemerintah anda aja yang perlu memelayukan dikit...

    BalasPadam
  6. Buat melayu singapura, jangan lupakan jatidiri anda.

    BalasPadam
  7. Iya saya juga begitu, harap kawan2 kat Singapore tak kecik hati.....

    BalasPadam
  8. Kadang tega itu perlu...hehehehe...
    Sori dori mori stroberi ya buat temen2ku Melayu Singapura...

    BalasPadam
  9. Mungkin dalam hal ini Cina Indonesia, India Indonesia, Arab Indonesia bahkan keturunan Indo masih lebih membaur, dan yang kubangga juga budayanya juga sudah banyak tercampur dengan budaya setempat..belajar dari Cina Indonesia juga ya...

    BalasPadam
  10. Teman kuliahku cina Bandung namanya Jaja Handaya...ngomong sundanya halus banget...urang sunda asli (prbumi) juga bakal kalah lembut bertuturnya..
    Ada yang liat Kontes Dangdut TPI-3 nggak? itu India asal Medan (namanya Ramesh)... membaur banget gitu...
    Kalo liat Singapura kesannya bukan di dunia Melayu...
    kayak di Daratan Cina gitu...

    BalasPadam
  11. tapi lagu kebangsaan (National Anthem) masih lagu melayu kok...."MAJULAH SINGAPURA"

    BalasPadam
  12. Kalau merujuk dari apa yg anda katakan, sebenarnya situasi sama berlaku di Malaysia. Di sini pun orang Cina dan India segan nak cakap Melayu (BM). Malah semakin ramai yang langsung tidak mengerti BM. Mujurlah penduduk pribumi masih majoriti di Malaysia, bolehlah BM terus bernafas walaupun tidak lancar.

    BalasPadam
  13. tinggallah lagu kebangsaan mereka 'Majulah Singapura' yang menjadi satu-satunya warisan Nusantara yang tinggal. Tapi baru2 ni ada berita baik yang sempat saya baca dalam The Star yang laporannya bermaksud :
    "Singapura labur puluhan ribu Dollar untuk kembalikan Bahasa Melayu agar dapat difahami semua rakyatnya memandangkan Negara singa itu dikelilingi 250 juta penutur BM/Indonesia. Ia juga turut melihat perkara ini sebagai peluang bisnes.

    BalasPadam
  14. Saya juga minta maaf kalo tulisan ini menyinggung Melayu Singapura. Sebenarnya anda terkecuali

    BalasPadam
  15. Ya semoga aja jatidiri melayu anda yang di Singapura nggak sampai lenyap...sedih kalo sampei begitu

    BalasPadam
  16. Pertanyaan awak dah aku jawab, sile bile nok gi lihat...:)

    BalasPadam
  17. ada satu lagi bahasa kawad tentera polis singapura tuh bahasa Melayu....sebak dada fikir-fikir soal ini...

    BalasPadam
  18. sedih.., tapi apa yang boleh kita buat....

    BalasPadam
  19. Kenapa begitu benci Spore? Saya jugak jadi berfikir untuk tak mampir kesana waktu melancong ke Msia, soalnya boss saya cakap kalau seseorang yang bernama depannya Muhammad atau Ahmad pasti diintrogasi dahulu di kantor Imigrasi, ditanya2 macam kita ini seorang teroris, makanya saya tak mau. Takut urusan tambah runyam...soalnya nama saya depannya Ahmad (Ahmad Karim) dari pada timbul perkara walau saya bukan teroris mending saya hindari saja deh...

    BalasPadam
  20. Saya tak benci Spore, tapi benci dengan pemerintah Spore. Terkilan dengan sejarahnya.

    BalasPadam