Menjelang cuti hari ulang tahun (hut) kemerdekaan Negara yang ke-49, saya sempat berlibur di beberapa kawasan di bandaraya Kuala Lumpur. Lokasi pertama, saya habiskan waktu pagi dengan melawat ke Taman Burung Tertutup Kuala Lumpur. Inilah kali pertama saya melawat taman ini sepanjang 4 tahun berhijrah ke ibu negara.
Sesuai dengan motto "Mengantarabangsakan Kuala lumpur" Taman burung ini dilihat bersepadan dan menepati kreteria yang digariskan dalam Rancangan Struktur Kuala Lumpur yang baru. Rata-rata pengunjung yang melawat taman ini (hari ini) terdiri dari pelancong asing yang kebanyakannya dari Eropah dan Asia Barat. Saya sempat berbual dengan seorang pelancong Arab yang katanya amat teruja (excited) melawat Taman Burung Tertutup yang dikatakan terbesar di dunia ini (largest covered bird park).
Ramai peniaga jalanan mengambil peluang cuti umum ini untuk menjual cenderahati hasil kerjatangan mereka di kawasan taman. Seorang daripada mereka telah sering saya lihat menjual lukisan diwaktu malam di satu sudut tepi di Sungei Wang Plaza. Tertarik dengan karyanya, saya menempah selembaran kertas darinya untuk ditulis nama saya sekreatif yang mungkin. Hasilnya tidak menghampakan. Saya lantas bertanyakan upah atas khidmatnya itu. Dijawabnya "Lua Pooloo". Sejurus menjelaskan RM20 seperti diminta, saya terpandang sekumpulan pelancong Jepun yang rupanya sejak awal merakamkan aksi semasa peniaga itu sedang menulis nama saya.
Selepas rakamannya diketahui, mereka dengan segera meminta izin dari peniaga itu untuk menyambung rakaman seterusnya. Saya sempat mengingati jawapan peniaga itu ketika memberi izin: "Okay, Okay, no problem. You Japanese ah?" Pertanyaan itu segera dijawab pelancong Jepun terbabit "Yes, I'm Japanese. And You?" Soalan ini disambut bangga oleh peniaga tersebut "I'm Chinese". Saya yang berada disitu terkejut bercampur sedih dengan jawapan yang diberikan. Malang sekali setelah 49 tahun merdeka, masih ada warganegara yang gagal menyebut "I'm Malaysian".
Dengan keupayaan bahasa Melayu yang terhad dan katahati yang masih mengaku 'saya orang Cina' , saya malu melihat peniaga itu.
Menjelang tengahari, saya panjangkan liburan hari ini ke sebuah pusat beli-belah di pusat bandaraya. Ketika sampai, saya terlihat satu permainan yang dibuka untuk pengunjung pusat tersebut. Dari soalan yang diajukan, saya pasti permainan itu khas untuk rakyat Malaysia yang menyambut hut kemerdekaan. Semua soalan berkisar tentang sejarah negara dan pemimpin-pemimpin terdahulu. Saya perhatikan semua pesertanya terdiri dari warga Malaysia sendiri. Apa yang menyedihkan, pertandingan yang dijalankan dalam bahasa Melayu pada awalnya bertukar ke bahasa Inggeris sepenuhnya semata-mata kerana ada peserta yang tidak fasih menjawab dalam bahasa kebangsaan itu. Sekali lagi terbit perasaan marah dalam hati lebih-lebih lagi pada ulang tahun hari yang bersejarah ini.
Dalam mood yang mula merundum, saya pulang semula ke rumah. Hari yang sepatutnya indah rupanya berterusan duka. Saya tercari-cari apa maksud kemerdakaan yang sebenarnya diimpikan oleh pejuang-pejuang terdahulu semenjak negara dijajah pada 1511. Dan setelah ratusan tahun berjuang mempertahankan Tanah Melayu, akhirnya kemerdekaan ini 'dikongsi bersama' dan orang Melayu dijanji hak ketuanan, bahasa, agama dan isitadatnya terpelihara. Padahal tergadai.
Belum sampai sebulan hati ini 'dilukai' oleh kata-kata hina dari Syarifah Amani, pelakon Melayu yang tidak sedar diri; yang berbunyi "i sound stupid when i speak Malay", kini terluka lagi. Dan petang tadi ketika menonton rancangan Muzik-muzik di TV3, ia tercalar lagi bila rancangan berbahasa Melayu itu bertukar bahasa apabila pengacaranya Chyril Samad menemuramah sebuah kumpulan muzik lama yang terdiri dari masyarakat keturunan India dalam bahasa Inggeris. Nampak seolah-olah pengacara berketurunan Melayu itu mahu menunjuk-nunjuk akan kefasihan bahasa Inggerisnya sedangkan orang yang ditemuramah begitu fasih berbasa Melayu.
Saya terfikir lagi: Apa yang akan jadi pada Malaysia nanti?
she look like stupid when she doesn't speak, when she speaks hmm she is stupid.
BalasPadamhehehe.......
BalasPadamYah, begitulah realita yang harus dihadapi....sama kalau aku bicara bahasa Inggris ke sesama Indonesianya..ah, janggal benar
BalasPadamDi Malaysia keadaannya tidak sama seperti Indonesia. di Malaysia kalau sesama warga Malaysia bercakap bahasa Melayu, lebih nampak janggal. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi hanya diatas kertas. Itu realiti di Malaysia ketika ini.
BalasPadamLama-lama jadi bahasa Inggris dong bahasa resminya...ah, turut prihatin
BalasPadamtak tau lar En. Fazli camtue lar hakikat nyer kita di Malaysia nie, terutama warga kota. Pada fikiran mereka berbahasa Inggeris/English itu melambang status (ada clas gituu) hehehe...tetapi tengok lar cam pelakon pompuan tue! belakon tak sebarapa! belagak lebih!! tetapi saya buat tak tau jer! lantak dia orang larr.....
BalasPadambukan ngelarang orang berbahasa Inggeris/bahasa asing donk Cak....malah skrg di sekolah rendah (SD) ada beberapa matapelajaran yg udah diajar dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Saya juga bersetuju kalo di Universitas2 di Malaysia bahasa pengantarnya ditukar kepada bahasa Inggeris. Ini bertujuan supaya kita lebih fasih/menguasai bahasa itu, tetapi ada segolongan lupa (atau pura2 lupa) dgn. bahasa ibundanya...nah ini yg mendukacitakan....
BalasPadamaih poniang kapalo den...
BalasPadamapo yang poniang jang......?
BalasPadamMemang idak dilaranglah kita bicara bahasa Inggris, aku sendiri ya ngerti banyak kok..xixixixixi. Nah, golongan-golongan pelupa bahasa ibu ini yang perlu diluruskan...jangan dibina..sakan..hehehehe
BalasPadamCoba kongsi seorang Malaysia yang tersedar akan pentingnya memartabatkan bahasa ibu:
BalasPadam(puan sarah di sarahia@yahoo.com)
Aku ni pelajar aliran Inggeris sebuah sekolah convent. Waktu aku sekolah dulu, semua subjek diajar dalam BI kecuali BM dan Agama Islam. Lencana sekolah pun berlambangkan salib walaupun aku ni Islam. Seronok nak mampus sebab boleh cakap Inggeris macam bertih gorenglah! Dijadikan cerita aku pun dapatlah rezeki dihantar belajar ke negara bekas penjajah kita dulu. Belajar selama 3 tahun, seronok melampau-lampau sebab boleh cakap orang putih. Tapi jeng ... jeng ... apabila terlalu lama dilingkungi mat-mat saleh ni, satu hari aku terfikir, kenapa aku beriya-iya cakap Inggeris sedangkan diorang sepatah haram tak kisah satu sen pun pasal bahasa aku. Kalau diorang sampai kat Malaysia pun, kita ni terpaksa bertuan-tuan berbelit-belit lidah nak memahamkan nama tempat kat diorang dalam bahasa Inggeris.
Fikiran aku ni pulak jadi kalut lepas berkenalan dengan seorang sahabat dari Jepun. Orang Jepun ni taulah, sepatah haram Inggeris tak reti. Kat UK tu, orang Jepun bukannya nak cakap Inggeris, dibantainya cakap Jepun sampai akhirnya mat-mat saleh tu angkat bendera putih dan cari kamus nak paham apa maksud yang dia cakap dalam bahasa Jepun tu.
Ini buat aku terkedu. Aku merenung kembali ke belakang dan cuba mencari susur-galur aku sendiri.
Balik ke Malaysia,aku berjanji dengan diri aku sendiri, aku tidak akan bercakap bahasa Inggeris kecuali keadaan memaksa. Aku bangga jadi bangsa Melayu yang memartabatkan bahasanya sendiri.
Gimana?
Yang lain lagi..nih…
BalasPadamEn.Iz Shah di jpg8@yahoo.com
Ada apa dengan bahasa Malaysia?
Jika subjek sains dan matematik akan diajarkan dalam bahasa Inggeris, apa salahnya?
Sudah tentu ada salahnya (meskipun tidak dinafikan ada betulnya). Perlaksanaan ini dilakukan kerana penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar serta graduan bangsa Melayu dikatakan berada di tahap yang sangat lemah. Jika ini puncanya, sudah pasti ada pihak yang tertanya-tanya, bahasa Inggeris yang lemah maka diapakan pula bahasa Melayu? Penyelesaian tentulah membabitkan bahasa Inggeris sahaja kerana itulah punca masalah. Tetapi yang diganggu tetap bahasa Melayu/Malaysia.
Tidak ada salahnya mengajar dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. apa yang penting cara dan sistem pengajarannya. lihat sahaja masyarakat jepun...mereka sukar berbahasa inggeris tetapi pencapaian mereka dalam segala bidang hebat.
Tetapi kita harus ingat yang bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan kita. adalah lebh elok unutk kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
Setuju? Dok setuju? Setuju aje ah…
Iya...aku tidak akan bercakap-cakap dalam bahasa Inggris kepada saudara serumpun. Biarpun sering salah paham, dan hanya menyisipkan kata2 Inggris bila terjadi kebuntuan kosakata sebagai alat bantu..bukan sebagai bahasa utama.
BalasPadamSekali lagi aku akan bercakap dengan orang Melayu dengan bahasa nasional...dan saling membetulkan serta meluruskan bila ada salah paham..
yyuukkk
apabila hal ini terjadi aku akan menggunakan bahsa Inggris. Nah, kes/kasus ini adalah kes urbanisme...sepertinya mereka merasa itulah bahasa Inggeris yang baik dan benar tetapi ternyata tidak.....
BalasPadamErr..saya sokong yang ini kerana itu yg saya rasakan apabila berbahasa Melayu dengan warga Semenanjung (seMalaysia tahu perbezaan slang/dialek di antara masyarakat di Tanah Borneo dengan yang di Semenanjung Msia). Macam nak tergeliat lidah ni bila nak 'tune' kan ke slang Semenanjung. Akhirnya, bila dah tak dapat nak ikut cara saudara yang di sana bertutur, terus keluar Bahasa Inggerisnya.
BalasPadamSaya teringat seorang teman berkata, "Bahasa rasmi di Malaysia ialah Bahasa Melayu(baku) tetapi kenyataannya, yang di Tanah Borneo, BM nya terlebih baku dan yang di Tanah Melayu pula terkurang bakunya.:) BM bahasa rasmi di atas kertas? Ya, diakui ada kebenarannya.
Baru lepas membaca jurnal/item/8 En Fazli tadi...wah, nampaknya saya byk ketinggalan perihal bahasa ni. Tidak pula saya sedar/tahu yang sebutan baku telah ditukar kembali ke asalnya pada akhir 90-an :)
BalasPadamidea sebutan mengikut ejaan (bahasa baku) telah diketengahkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Tujuannya untuk manyatukan BM yang terdiri dari pelbagai dialek di seluruh negara, dan mungkin juga bagi menyeragamkannya dengan sebutan di Indonesia yang lebih dominan. Selepas DSAI dipecat, semuanya peninggalannya digugurkan termasuk idea BM baku. Sejak itu, BM baku tidak lagi wajib digunakan dalam urusan rasmi.
BalasPadamSaya dari Panitia Bahasa salah sebuah di IPTA Malaysia. Ini senario sebenarnya. Bahasa Baku TIDAK DIHAPUSKAN. Orang keliru tentang BAHASA dan SEBUTAN. Yang tidak diguna/pakai sekarang ialah akhiran [a] boleh juga disebut [e] bagi orang Selatan (Johor, Selangor) dan tidak lagi dianggap melanggar hukum BAKU. Yang lain tetaplah BAKU atau sekarang disebut "bahasa yang betul" misalnya :
BalasPadamBagaimana (baku) macam mana, lagu mana (tetap tidak rasmi/ baku)
Rumah(baku) ghumah, ghumoh (tetap tidak rasmi)
bangau (baku) bhango, banga (tetap tidak rasmi)
kerbau (baku) karabao, kerbho, kuba (tetap tidak rasmi)
Jadi, saudara jangan samakan segelintir sudut SEBUTAN akhiran [a] dan [e] dengan keseluruhan SISTEM BAHASA (standard, betul, baku ah sama saja). Alasan politis juga memang benar dalam hal ini. Sebenarnya persatuan Linguistik Malaysia yang mengajukan bahasa baku (official/standard Malay language) kepada DSAI akan hal ini kerana beliau sering membuat humor/ lucu dengan " ulor melingkor ateh pago" dalam pidatonya. Hal inilah yang menjadikan persatuan Linguistik Malaaysia mengajukan suatu bentuk standard yang meninggalkan ciri-ciri bahasa kedaerahan.
terima kasih. Penjelasan saudara sangat dihargai.
BalasPadam