بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Kuala Lumpur dihujung minggu, milik warga asing


Inilah wajah Kuala Lumpur (KL). Selain dipenuhi pelancong asing, KL dihujung minggu juga padat dengan pekerja asing yang mengambil kesempatan bersantai ditengah kota, mengisi masa cuti. Biarpun kebanjiran mereka mengundang rasa bimbang dikalangan penduduk tempatan, kedatangan mereka sebenarnya membawa nilai positif kepada perkembangan Bahasa Melayu (BM). Malah menjadi penyelamat kepada kepupusan BM dikalangan warganegara. BM dijadikan lingua franca sesama mereka biarpun datang dari negara berbeza. (tunggu sambungannya)


  
3 pendatang Indonesia ini tak sadar wajahnya dirakan.
mungkin mereka juga dari seberang.






tak usah tanya dari mana, pakaian mereka saja sudah menerangkan
wajah-wajah Asia selatan, terutama dari Bangladesh
lokasi Indon (dengan izin), Bangla, Nepal & Myanmar berkumpul
Mydin - lokasi wajib santai pendatang asing
Malaysia Truly Asia - ada yang marah?
Plaza Kotaraya - lokasi niaga pendatang Filipina (Pilak)
Pilak ini malu bila wajahnya dirakam
Pasar Seni - satu lagi lokasi wajib santai pendatang
karikatur Myanmar - ada yang faham?





24 ulasan:

  1. betul lah En. Fazli, sampai kekadang saya rasa macam diri nie berada kat negeri asing pulak! terutama kalo kita bersiar-siar hujung minggu di Bukit Bintang & sekitar Plaza Kota Raya. Bukan kita menghalang kebanjiran warga asing di Kota2 di negara kita, tetapi ada diantara meraka ini yg bersikap kurang baik. Contohnya malam merdeka yg lalu (Merdeka Eve) di sekitar Bintang Walk kabar berlaku pergaduhan tigasegi diantara pendatang dari Nepal, Myanmar dan Indonesia, kabarnya ramai yg cedera.

    BalasPadam
  2. Hehehehe...banyak TKI nih, biar BMI (Bahasa Melayu-Indonesia) tetap lestari...

    BalasPadam
  3. Pergaduhan antara pendatang ni memang biasa berlaku. Biasalah, masing-masing nak tolong rakan senegara. Sebut pasal malam merdeka, teringat sambutan kat Dataran beberu ni. Disebalik Laungan 'MERDEKA' yang penuh bersemangat tu rupa-rupanya hanya segelintir suara rakyat Malaysia. Selebihnya paduan suara antara mamat Bangla dan geng-geng Indonesia. Dalam hati berkata 'Negara siapa yang sambut merdeka malam ini' Tapi apape pun, terima kasih kerana sama-sama meraikannya.

    BalasPadam
  4. Pekerja asing di Malaysia ni terdiri dari pelbagai bangsa. Tapi penyumbang utama tetap Indonesia. Baru2 ni, kerajaan Malaysia meluluskan 100,000 orang pekerja Pakistan pula. Bagi kami tidak mengapa, Semuanya dialukan datang selagi masing-masing saling menghormati.

    BalasPadam
  5. Bermula esok, saya akan bertugas di Pekan, Pahang (kira-kira 420km dari KL). Mungkin saya jarang dapat bermultiply ketika disana. Harap maklum.

    BalasPadam
  6. Kalau dari rambut mereka yang keriting. mereka mungkin berasal dari NTT atau Florez

    BalasPadam
  7. Kalau kesana naik apa? saya tak terlalu faham KL

    BalasPadam
  8. Semua ini adalah pembantu? atau pekerja kilang?

    BalasPadam
  9. kenapa di Indonesia tak ramai warga asing? mungkin susah cari kerja disini. Tapi saya dengar banyak orang hindustan jadi G*G*L* di Jakarta

    BalasPadam
  10. Masak sih? orang Hindustan jadi 'kucing'? malah dulu pernah ketemu orang Pakistan jualan lukisan di Malang

    BalasPadam
  11. Mungkin sudah polisi (bukan police) Indonesia untuk tidak mengupah pekerja asing. Wah.... tentu ada sesuatu yang menarik sehingga ramai Hindustan jadi G*G*L* di Jakarta. Apa ya?

    polisi = aturan

    BalasPadam
  12. untuk mencapai KL, Warga asing boleh melalui jalan Darat, Laut dan udara.
    1. Dari Thailand. Masuk melalui pintu imigresen di Perlis, Kedah, Perak & Kelantan.
    2. Dari Singapore. Masuk melalui Johor
    3. Dari Kepri, Riau dan Sumut lalu laut & masuk samaada ke Johor, Melaka atau Penang.
    4. Bagian lain di Indonesia atau nagara lain: gunakan pesawat. Air Asia murah kok.....

    Di KL, untuk ke pelbagai tempat, anda boleh menggunakan kenderaan awam (public transport) seperti LRT, monorel, komuter, teksi dan bas.

    Mahukan info lanjut? silakan bertanya....

    BalasPadam
  13. Pekerja asing di Malaysia melakukan pelbagai kerjaan. Kalau dari Indonesia; semua yang boleh dilakukan, mereka akan lakukan. Kalau dari Filipina, biasanya mereka menjadi pembantu rumah. tapi ada juga yang jadi peniaga. Kalau dari Vietnam & Myanmar, mereka berkerja di kilang. kalau dari Bangladesh, mereka berkerja di kilang dan di kiosk minyak. Kalau dari Nepal, mereka menjadi pegawai keselamatan (security guard). Kalau dari pakistan, mereka menjadi pembantu kedai. Kalau dari India, mereka bekerja di restoran. Kalau dari China dan Thailand, mereka menjadi pekerja maksiat. (Awas, ini pekerjaan haram di Malaysia)

    BalasPadam
  14. Moga dak melakukan perbuatan yang memalukan nama bangsa dan negara...

    BalasPadam
  15. setakat ini, semua warga asing masih pandai menjaga tatasulila mereka. Cuma- kadang-kadang apa yang berlaku, perkara kecil yang sengaja dibesarkan oleh kedua belah pihak samaada orang tempatan ataupun pendatang.

    BalasPadam
  16. Saya pun tak faham apa ceritanya. Tapi inilah dia Malaysia. Hampir semua bangsa di dunia datang ke mari. Karikatur tu menggunakan bahasa Myanmar barangkali.

    BalasPadam
  17. hehehe..."Malaysia..Truly Asia"..mmg kene sgt lah..=)

    BalasPadam
  18. huhuwaaaa....jamu rapat ade...tak nak kasi bini gua..hahahha..dah cam pasar kat chuam prat gua negok kl ni...bile lah akan berakhir....bukan taksuke..cume care tak betul...

    BalasPadam
  19. klo lepak saje tak pe ni siap buat yg bebukan...munkin negara mereka tia da kesedaran sivic...bukan nak cakap dorang remaja kite pun ape kurang nye...bro..lu try cari gambar area bukit bintang...pastu try bezakan dgn dorang takde beza nye...bile lah ini akan berakhir

    BalasPadam
  20. sememangnya saya tidak berasa berada di bumi malaysia, hatta dikampung atau dikota.... semuanya bercampur aduk dengan pelbagai warna, bahasa, bangsa, kebudayaan..segalanya
    "Malaysia Truly Asia"

    BalasPadam
  21. bukan policy tapi di Indonesia ramai orang jadi tak payah untuk mengupah pekerja asing...
    tapi untuk profesional (pakar) masih banyak yang bekerja di Indonesia....

    BalasPadam