Start: | Nov 3, '06 5:00p |
End: | Nov 6, '06 |
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
Lawatan sosial ke Surabaya
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Deepavali
Start: | Oct 21, '06 11:00p |
End: | Oct 30, '06 |
Komik pesong akidah - Satu usaha terdesak
Kisah penyatuan sebuah keluarga dari dua negara
Bahasa Melayu mendapat nafas baru
Setelah sekian lama para pejuang bahasa merungut, membantah dan berdemonstrasi sana-sini, kini akhirnya suara mereka mendapat perhatian kerajaan. Hari ini, Buliten Utama TV3 memberitakan tentang pemberian kuasa baru kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memantau dan menegur penyalahangunaan bahasa Melayu di papan-papan iklan.
Biarpun kuasa itu disertakan dengan denda ringan terhadap mereka yang gagal akur kepada penggunaan Bahasa Melayu yang betul, namun diharap sedikit sebanyak ia mampu untuk menggerakkan pelbagai usaha besar pada masa akan datang.
Sebenarnya denda RM1000 kepada pesalah bahasa itu terlalu kecil dan tidak setimpal dengan kesalahannya mereka meremehkan bahasa rasmi tunggal negara. Kesalahan tersebut pada saya boleh dianggap menjatuhkan maruah Malaysia, satu bangsa berdaulat dan beridentiti.
Apa yang saya khuatir, selepas ini semakin ramai pihak yang sengaja tidak menggunakan Bahasa Melayu kerana takut didenda. Sebenarnya, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian adalah mewajibkan semua pihak menggunakan Bahasa Melayu dalam iklan papan tanda, risalah dan apa saja bahan yang dikeluarkan mereka. Biarpun ketika ini ada syarat menyatakan penggunaan Bahasa Melayu adalah wajib bagi setiap risalah iklan, namun syarat itu bebas dilanggar banyak pihak tanpa dikenakan sebarang hukuman. Paling aneh, bahasa lain yang tidak pernah menjadi syarat boleh digunakan dengan meluas.
Diharap selepas ini, DBP dapat juga memantau jabatan-jabatan kerajaan yang gagal melaksanakan peraturan mereka. Takkan Melayu Hilang Di Dunia .
Sejarah mungkin perlu ditulis semula
Mungkin ada orang yang bulat-bulat percaya Lightlah yang sememangnya membuka Pulau Pinang. Tapi mengikut logik akal, mustahil seorang Inggeris yang datang terkemudian boleh diiktiraf sebagai orang yang pertama meneroka pulau yang terletak di Kepulauan Melayu. Saya percaya ramai yang meragui catatan sejarah itu tapi tidak ada bukti untuk menafikannya.
Baru-baru ini seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr. Ahmad Murad Merican mendedahkan seorang kerabat raja dari Sumatera (Minangkabau), Datuk Jannaton adalah orang sebenarnya yang mengasaskan Pulau Pinang pada 1749 dan bukan Francis Light. Menurut pensyarah tersebut, ketibaan Francis Light sendiri telah disambut oleh pengikut Datuk Jannaton. Buktinya, sebelum Francis Light sampai, telah terdapat petempatan Melayu dan kubur lama di sekitar Batu Uban.
Bagaimanapun, pendapat pensyarah UiTM itu disangkal seorang pensyarah lain dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Mahani Musa. Dr. Mahani yang telah menjalankan kajian sejarah Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu menemui satu jurnal karangan seorang pengkaji Inggeris yang ditulis pada 1795, Menurut catatan jurnal itu, Pulau Pinang telah dibuka olah seorang ilmuan Islam dari Aceh bergelar Dato Keramat pada 1705 dan membuka perkampungan Melayu di Datuk Keramat yang diambil sempena nama ilmuan Aceh tersebut.
Diharap pendedahan demi pendedahan dapat dilakukan supaya kebenaran tentang ketuanan Melayu terbongkar. Saya percaya bangsa Nusantaralah sendiri yang membuka Nusantara. Bukannya bangsa lain.