بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Mainan politik semata-mata

12.00 pagi (7.Mac.2007) waktu Malaysia.
Saat saya menulis blog serba ringkas ini, sekumpulan petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang bertungkus-lumus menurap jalan-jalan utama di Pantai Dalam, di pinggir Kuala Lumpur. Suasana malam yang sedia bingit di kawasan sesak ini dibingitkan lagi dengan deruman jentolak dan segala macam jentera lain yang digunakan sejak jam 5 petang tadi hingga kini sudah lewat malam. Dan saya yakin kerja itu akan berlanjutan hingga dinihari. Bunyi bising luar biasa ini benar-benar mengganggu nikmat tidur.
Inilah keadaannya di Malaysia. Mainan politik semata-mata. Sekali pemimpin negara datang, sekali jalan diturap. Ketika itulah infrastruktur dibaiki. Semuanya baru hendak disempurnakan. Kadang saya terfikir sendiri, untuk siapakah kemudahan ini dibaiki? Untuk rakyat yang hidup dikawasan inikah atau untuk pemimpin yang baru datang pertama kali?. Sebelum itu, sebuah van yang lengkap dengan pembesar suara sudahpun mewar-warkan kedatangan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke Pantai Dalam pada 8.Mac ini bagi merasmikan Pantai Sentral Park. Oh, mengertilah saya........
Saya yakin, kalau bukan kerana kunjungan Perdana Menteri, Jalan-jalan di Pantai Dalam ini hanya akan dibaiki bila berlangsungnya pilihanraya. Selepas itu ia dibiarkan dengan seliaan yang paling minimum (kalaupun ada), sebelum dibaiki sekali lagi untuk musim pilihanraya seterusnya.
Ah..., sudahlah dengan semua ini..!!!, saya bosan dengan khidmat sementara yang bersifat sekadar mahu mengambil hati.

12 ulasan:

  1. kondisinya sama dengan di indonesia fazli.
    ada pejabat lewat, biasanya jalanan diperbaiki...

    BalasPadam
  2. *salam* :) seterusnya memandu hi-way di M'sia ni best juga eh.., wassalam.

    BalasPadam
  3. ya.. sejak ada highway panjang di Malaysia. Jalan-jalan biasa semakin kurang diberi perhatian.

    BalasPadam
  4. Oh gitu ya... :-)
    ini mungkin sudah kelaziman dunia politik.

    BalasPadam
  5. sama lah juga di sini En Fazli...kadangkala jalan yg masih elok pula diturap balik hanya kerana jalan itu AKAN dilalui menteri atau orang kenamaan...sedangkan jalan yg dah berlubang sana sini dibiarkan...*geleng kepala*...

    BalasPadam
  6. Ya, masih menganut asas ABS (Asal Bapak Senang)...heheheheheh

    BalasPadam
  7. ga di malay aja lah, bang
    di semua negara termasuk indonesia pun tak jauh beda

    apa kabarnya ? kapan ke sby lagi... :D

    BalasPadam
  8. waras....
    Hehehe.... pingin nih ke sana (Surabaya) lagi, tapi ngumpul duit dulu. Cik Lia bila nak ke Malaysia?

    BalasPadam
  9. hmmmmm.................... Dorang tu suma ada mata, tapi sebenarnya buta.

    BalasPadam
  10. ~dh jelas kan utk sape..:)
    cuma sy pelik..knp masih ade yg blm sdr..ato buat² xsdr kali yek..

    BalasPadam
  11. Jelas sejelas jelasnya. Tapi ada ramai yang mambutakan mata atau mungkin mereka sememangnya buta.

    BalasPadam
  12. Bukti yg cukup kuat mengatakan En Fazli ini dari partai opposition ....naik roket mungkin he he he.....

    BalasPadam