بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Berpetualang ke Aceh - Mencari Diri dan Erti (BKA 1)

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Other
Author:Radzi Sapiee
Buku ini menceritakan kisah seorang pemuda yang suka mengembara bagi memenuhi kecenderungan dirinya yang dianggap pelik. Telah lama dia ke sana ke mari bertujuan mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Kecenderungan itu akhirnya membawa dia mengembara ke Aceh melalui jalan laut dan darat.

Di Aceh, dia temui apa yang diinginkan selama ini. Dia merasa itulah kampung halamannya yang sejati. Dari situ, dia mula mengenal asal-usul diri dan identiti.

'Berkenalan' dengan Aceh menarik minat pemuda itu untuk membongkar sejarah ketamadunan alam Melayu-Islam sebenar yang tidak pernah ditulis secara rasmi dalam catatan sejarah Semenanjung dan Sumatera. Terbongkarlah kisah hubungan kerajaan-kerajaan lama seperti Perlak, Samudera Pasai, Melaka, Johor, Petani dan lain-lain kesultanan yang wujud antara dua kawasan yang dipisahkan oleh selat Melaka.

Pemuda itu pasti, wujud kaitan diantaranya tapi sengaja digelapkan oleh penjajah Belanda dan Inggeris lalu penjajah itu memecah-belahkan dunia Melayu-Islam sehingga menjadi Indonesia dan Malaysia. Lalu kesatuan Bangsa Melayu yang bertunjangkan semangat persaudaraan Islam yang terjalin satu masa dahulu digantikan semangat assobiyah kenegerian sehingga menyaksikan Bangsa Melayu berpecah-belah.

Hasilnya, sejarah perjuangan dan hubungan kesultanan-kesultanan di Sumatera jarang disebut di Malaysia apalagi diterbitkan secara rasmi dalam buku-buku sejarah semata-mata kerana wilayah itu berada dalam penguasaan Indonesia. Pertalian kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung juga hampir lenyap dalam catatan sejarah rasmi Indonesia kerana Semenanjung berada dalam wilayah Malaysia.

Pemuda itu percaya, semuanya perlu dirungkai supaya terisilah segala kelopongan yang ketika ini wujud dalam sejarah sebenar Nusantara. Kerana sejarah 'rasmi' Nusantara ketika ini ditulis oleh Orientalis Barat mengikut kacamata dan kepentingan mereka sehingga mereka mendakwa merekalah manusia pertama yang membuka Pulau Pinang dan Singapura.

Kata saya:
Buku ini (dan mungkin penulisnya) sealiran dengan jiwa saya. Ia sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang sejiwa dan mereka-meraka yang sayang kepada hubungan persaudaraan rumpun Melayu yang ketika ini diperjuangkan satu-satu secara keakuan. Kalau Cina idamkan kewujudan 'satu Cina', kenapa tidak kita?

11 ulasan:

  1. Ayuh... bermula dari kita, dari peringkat yang paling bawah,

    BalasPadam
  2. Tapi harus netralisir / kesampingkan dulu ego politik kita masing-masing

    BalasPadam
  3. Itu perlu. Bagi aku secara peribadi mudah aku lakukan. tapi terlalu sukar mengubah pendirian orang lain. Cuma aku harap, persaudaraan kita sebagai orang-orang diperingkat bawah lama kelamaan mekar dan membesar hingga ke peringkat atasan.

    BalasPadam
  4. setuju fazli.
    apa yang rakyat lakukan seperti kita, jika dipupuk akan menyebarkan kebajikan dalam skala lebih luas

    BalasPadam
  5. betul tu. setiap langkah bermula dengan langkah pertama

    BalasPadam
  6. waaa...hebatt,
    penulis indonesia sendiri belum ada yg menulis seperti ini
    =)

    BalasPadam
  7. Ya... penulis Malaysia juga tak ramai yang berminat menulis perkara yang sama.. Hanya sebilangan. Mereka menganggap apa yang berlaku di Malaysia, tidak penting bagi penulis Indonesia dan Apa yang berlaku di Indonesia tidak penting bagi penulis Malaysia. skop ini telah berjaya dikecilkan oleh penjajah Inggeris dan Belanda hingga tidak ramai yang tahu bahawa persaudaraan bangsa nusantara sebenarnya mempunyai erti yang lebih luas.

    BalasPadam
  8. ini buku best ni fazli..sal dah baca

    BalasPadam