Setelah kecewa dengan pembatalan projek jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor, Kerajaan Pusat cuba lagi mengambil hati rakyat Johor dengan mencetuskan idea Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), sebuah pembangunan terancang di selatan Johor yang kononnya seperti Hong Kong dan berkeluasan 2 kali ganda keluasan Singapura. Melihat kepada idea dan konsep yang diketengahkan, saya percaya semua penduduk Johor, malah seluruh Malaysia berasa bangga dengan kewujudan sebuah metropolis baru yang mungkin sehebat Dubai . Saya juga sebagai anak Johor berasa kagum kerana negeri kelahiran saya bakal menjadi tumpuan seluruh warga Malaysia malah mungkin seluruh dunia. Selatan Johor sekurang-kurangnya menyaingi Kuala Lumpur kalau pun tidak lebih hebat dari itu. Berserta dengan model skala yang bersaiz besar yang dipamerkan sana-sini, tidak ada sebab mengapa WPI dibantah. Secara teori, pembangunan sehebat ini wajar diteruskan.
Malangnya, Idea kerajaan ini seolah-olah mahukan nama dan dikenang sebagai pencetus idea sebagaimana pemimpin-pemimpin kerajaan terdahulu yang berjaya membangunkan projek mega seperti Putrajaya dan Felda. Lalu WPI dicanang tanpa memikirkan perasaan generasi bumiputra yang mewarisi Tanah Melayu sejak zaman-berzaman. Apa yang penting bagi mereka, asalkan idea itu berjaya dan namanya sebaris dengan nama pemimpin-pemimpin terdahulu, apa jua cara sekalipun dihalalkan.
Sebagai anak Johor, saya ada hak merasa bimbang dan menjadi tanggungjawab untuk menyedarkan bumiputera Johor yang menyokong membuta-tuli terhadap perancangan itu. Mereka serta merta setuju biarpun baru melihat keindahan lanskap WPI yang dibayangkan dalam model skala yang diusung sana-sini dan diwar-war dengan gah dalam akhbar sahaja. Tanpa berfikir panjang, ramai yang terpesona biarpun beberapa pihak bertangungjawab terhadap WPI telah membayangkan pembangunan tersebut tidak mengambil kira kelebihan bumiputera sebagai penduduk asal.
Lebih menyedihkan, WPI dicadang akan menjadi Zon Bebas Akses (free access zone) di mana semua bangsa seluruh dunia boleh datang dan masuk ke kawasan itu dengan bebas tanpa passport. Bukan sekadar itu, mereka juga boleh bebas memiliki hartanah dalam kawasan ini gara-gara syarat pemilikan hartanah oleh warga asing (FIC) tidak akan lagi digunapakai. Paling mendukacitakan, penduduk bumiputera dilayan samarata sebagaimana golongan pendatang termasuk dalam hal-hal pemilikan harta dan perniagaan.
Mungkin kerajaan lupa, sebahagian besar kawasan yang akan dibangunkan itu asalnya merupakan tanah milik bumiputera. Mungkin juga mereka lupa, beratus tahun dahulu orang-orang Melayu, Orang Laut dan Seletar bertungkus lumus melawan penjajah demi melepaskan tanah itu daripada jatuh ke tangan bangsa asing. Akhirnya kini senang-senang digadaikan.
Pun begitu, kerajaan masih lagi mampu menasihatkan bumiputera Johor agar tidak gentar dalam gelanggang biarpun sebenarnya mereka sendiri sedia maklum bahawa padang permainan tidak sama rata. Di saat kaum lain sudah ke depan dengan perniagaan yang berdaya maju dan mempunyai rangkaian di banyak negara, bumiputera Johor masih lagi di ceruk kampung menoreh getah dan sebahagian lagi tinggal di pinggir bandar menjadi operator kilang. Kalau ada pun yang berjaya, mereka hanya sebahagian kecil dan mungkin ada di kalangan mereka terlibat sebelah kaki dalam politik.
Yang penting bukti, bukan janji...iya toh? kapan bumiputera bisa jadi tuan rumah dinegeri sendiri?
BalasPadamya... kerana mengejar kemajuan, tanah air tergadai.
BalasPadamSudah lihat sendiri dampak (impek)nya kan?
BalasPadamya.... malangnya, mulut kami ditutup supaya tidak berkata lebih. Kalau tidak ISA menanti
BalasPadamSalam Saudara Fazli...
BalasPadamtumpang memberi pendapat...
WPI itu sendiri menurut Mantan PM seperti menjual maruah bangsa, sangat menarik bila DR M kata suatu hari nanti orang Melayu nak tinggal dimana, adakah diatas pokok. Dan Paduka Sultan Johor sendiri keberatan namanya dipahatkan di Wilayah pembangunan itu.
En. Fazli ini aneh yah! setahu saya anak Johor pendukung kuat kerajaan (pemerintah) segala apa projek kerajaan pasti didukung 100%.Yah maklumlah kubu kuat UMNO tanah jati/asli orang melayu.....tanah tumpah darah Dato Onn Jaafar.....tapi kok yg satu ini berbeda yah!!.....dari partai bulan itu mungkin....hehehe....
BalasPadamDisini kami sudah bebas, tapi kebablasan...sama sajalah...
BalasPadamHehehe... saya ni dah macam-macam parti. dulu Golkar, pastu PDI-Perjuangan... la ni partai Bulan dan Bintang.
BalasPadamKalu saya malah besok2 golput...(tidak memilih partai manapun)
BalasPadamya.. DYMM Sultan Johor pun banyak tak bersetuju dengan idea kerajaan. Apa boleh buat... kuasa Sultan semakin kurang. Pendapat mantan PM pun jarang didengar ketika ini walaupun kenyataan beliau boleh diterima.
BalasPadamSeperti kekuasaan Sultan bisa-bisa digembosi oleh pusat dong...mau dikemanakan nantinya kerajaan kalau sudah begitu
BalasPadamwah... kalo gitu jadi penonton sajalah bila pemilu...?
BalasPadamdibandingkan dgn negara2 lain, rakyat Malaysia kira beruntung, rasanya segala keperluan mencukupi ditambah dgn. subsidi, biasiswa dan segala macam prasarana lagi disediakan oleh kerajaan terutama untuk gologan bumiputera. Johor sendiri amatlah membangun dipenuhi dgn projek2 Super Mega:
BalasPadam-Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)
-DangaBay
-Tanjung Langsat Port
dan skrg Wilayah Pembangunan Iskandar, tapi seperti biasa terdengar omelan & rungutan dari pihak2 yg tidak pasti apa maunya atau tidak puas dgn apa yg ada. PTP idea dari mantan PM, menjadikan seluruh penduduk kawasan yg terbabit menjadi jutawan segera. Kaum asli (orang laut) telah tinggal di rumah yg lebih selesa & modern hasil dari projek DangaBay. Jadi marilah kita bersikap lebih positif & optimis.
http://en.wikipedia.org/wiki/Danga_Bay
BalasPadamhttp://www.ptp.com.my/
http://www.tlp.com.my/articleview.php?id=33
http://www.danga-bay.com/
http://www.ptp.com.my/
BalasPadamhttp://en.wikipedia.org/wiki/Danga_Bay
http://www.danga-bay.com/
http://www.tlp.com.my/articleview.php?id=33
;-) u ni kelakar laa En.Jim..
BalasPadamHehehe... awok nak dengar cerita tak.....? :-)
BalasPadamtakpelah... kalo cerita pun awok tak akan percaya. Pape hal pun, kita kawan-kawan tak mau lawan. Betul tak?
citer aper? citer jutawan segera! yg terkedu dapat jutaan ringgit!! sama lar citer ngan jutawan segera Labu Johnson.... ha ha ha....
BalasPadamem........ banyak lagi.....
BalasPadamSetelah menimbang pandangan pelbagai pihak (khususnya rakyat Johor). Pengerusi Bersama WPI, YAB Abdul Ghani b Othman pun mengumumkan satu dari tiga perkara kontroversi iaitu cadangan Zon Bebas Akses dibatalkan. Saya melihat Ini sebagai perkembangan sihat bagi WPI. Bagaimanapun, diharap dua lagi perkara kontroversi itu turut dikaji semula iaitu:-
BalasPadam1. Memberi kebebasan seluas-luasnya kepada warga asing untuk memiliki hartanah di WPI ekoran FIC tidak diterimapakai.
2. Keistimewaan Bumiputra sebagai penduduk asal tidak akan dipakai dalam WPI sebaliknya taraf bumiputera sama sebagaimana warga asing dan Non-bumiputera
Saya percaya, orang ramai (termasuk Encik Jimmy) yang setuju membabi-buta terhadap projek ini sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang WPI. Walaupun beritanya disiarkan dalam pelbagai akhbar aliran kerajaan mahupun pembangkang, mereka melihat berita itu sekali lalu tanpa betul-betul menghalusinya. Sebelum ini, Tan Sri Musa Hitam, Salah seorang Ahli Majlis WPI mengumumkan, dasar mengutamakan Bumputera dalam pembangunan di WPI dibatalkan supaya pembangunan WPI dapat berjalan lancar. Tidakkah pihak yang saya sebut di atas tadi berfikir, Kuota 30% bumiputra dalam DEB pun susah dicapai, inikan pula bila tiada kouta.
saya tak cakap yg saya setuju & saya tak cakap yg saya tak setuju.....ha ha ha...saya hanya cuba untuk bersikap lebih positif & optimis. Tentang WPI?? Iya mungkin benar bicara anda, mungkin saya kurang arif, kerana itu hal-hal ini saya serahkan kepada anda yg lebih memahami.......
BalasPadammambabi tu rasanya tidaklah, membuta tu barangkali ada...En Fazli rasanya saudara terlalu gerun apabila Bumi tidak lagi "berpayung" dan "bertongkat" (dilindungi) saya pun kadang rasanya malu juga dilayan seperti OKU . Kerana sepanjang hidup akademik saya tak pernah menerima biasiswa atau bantuan. yang ada hanyalah pinjaman yang perlu dibayar jadi saya rasa saya tak perlu tongkat untuk bersaing di peringkat antara bangsa. Apa kurangnya saya gene Melayu ! (cheewahh masuk bakui angkat sendiri) saya tak pernah menikmati apa itu yang di sebut "Hak Istimewa"
BalasPadammambabi tu rasanya tidaklah, membuta tu barangkali ada...En Fazli rasanya saudara terlalu gerun apabila Bumi tidak lagi "berpayung" dan "bertongkat" (dilindungi) saya pun kadang rasanaya malu juga dilayan seperti OKU . Kerana sepanjang hidup akademik saya tak pernah menerima biasiswa atau bantuan. yang ada hanyalah pinjaman yang perlu dibayar jadi saya rasa saya tak perlu tongkat untuk bersaing di peringkat antara bangsa. Apa kurangnya saya gene Melayu ! (cheewahh masuk bakui angkat sendiri) saya tak pernah menikmati apa itu yang di sebut "Hak Istimewa"
BalasPadamnie yg maleh nie!! tiap kali orang nak kasik panas! dia muncul! tiap kali orang nak kasik hot!! dia kaco daun!!... he he he....
BalasPadamApa yang saya sampaikan sebenarnya bukan setakat ‘Payung dan Tongkat’. Ia sebenarnya lebih kepada HAK. Hak sebagai penduduk asal Negeri Johor dan Tanah Melayu.
BalasPadamSaya sebenarnya berkerja dalam bidang pemasaran di syarikat pemaju hartanah milik PNB. Syarikat kami sedang membangunkan lebih kurang 10 projek di seluruh Semenanjung. Sebagaimana kenyataannya di Malaysia, pembeli hartanah kami lebih 80% daripadanya adalah Non-Bumi. Selebihnya barulah kaum Bumiputra dengan sebahagian mereka mendiami rumah kos rendah (Itupun setelah campurtangan PBT).
Mengikut syarat DEB yang diterima pakai Kementerian Perumahan, Bumiputra diperuntukkan 30% kuota dari setiap pembangunan. Tapi apa yang sebenarnya berlaku, Pemaju-pemaju perumahan berlumba-lumba memohon perlepasan syarat itu bagi mengelak kerugian. Permohonan mereka selalunya diluluskan menterinya Ong Ka Ting. Dengan pelepasan itu, Non-Bumi mendapat hak seluas-lusanya memiliki hartanah. Syarikat kami pun terpaksa melakukan perkara serupa di atas alasan yang sama. Baru-baru ini, kami melancarkan lot-lot tanah kosong untuk didirikan rumah banglo, Malangnya semua pembelinya adalah orang Cina.
Lihatlah kalian semua sejauh mana kemampuan orang Melayu. Hati kecil merasakan, pemajuan tanah di Malaysia seolah-olah untuk memenuhi impian mereka saja.
Apa yang berlaku di WPI, Warga asing kini bebas memiliki hartanah tanpa sebarang syarat tidak sebagaimana di kawasan lain. Nampaknya, untuk bersaing dengan Non-Bumi pun kita tak mampu, kini terpaksa pula berhadapan dengan warga asing.
Sekiranya rakan-rakan saya orang yang berfikir, fikirkanlah bagaimana nasib Melayu di Selatan Johor nanti dalam keadaan kita yang masih jauh tertinggal berbanding mereka.
Kini, orang Melayu baru mula hendak berjinak-jinak dalam bisnes lokal sedangkan orang bukan Melayu sudah mengorak langkah meneroka pasaran antarabangsa. Sebenarnya kita sudah tertinggal 20 tahun di belakang. Kalau kalian jalan-jalan di Pusat Bandaraya Johor Bahru, carilah berapa banyak kedai-kedai Melayu di sana?
cakap banyak pun tak guna En. Fazli... tiba masa pilihanraya....Johor BN sapu bersih!! he he he....
BalasPadamponing kapalo den...
BalasPadamjadi kepada awak lah En. Fazli kita semua bersandar harapan, menerangkan apa yg kabur! menyedarkan mereka yg tertidur ! kalo ada 10 anak Johor macam awak! pasti BN Johor & Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman gatal bontot!!!.. he he he....
BalasPadamhmmmm..hebat tul discussion nih...hot...xpe abg fazli..susah2 pindah je trengganu..kt sebelah umah sy ade lg tanah kosong..hheh..sory..gurau jek...every develpment ade pro & cont...if banyak yg -ve dr positif...same2 lah bantah dgn melalui saluran yg betul..maybe ada caranya kn...
BalasPadamUntuk membantah, pelbagai pihak perlu bersatu, untuk bersatu perlu sealiran, untuk sealiran, yang lalai perlu disedarkan....................
BalasPadam