Bahasa Melayu sekali lagi akan dikenali sebagai bahasa Malaysia sebagaimana terma yang pernah digunakan sejak merdeka hinggalah tahun 1986. Kabinet memutuskan langkah itu berkuatkuasa serta-merta dalam semua majlis rasmi, sekolah, universiti, dan media kerajaan.
Selepas 1986, Bahasa Malaysia ditukar namanya menjadi Bahasa Melayu oleh Menteri Pendidikan ketika itu kononnya untuk memelihara keaslian Bahasa Melayu. Keputusan itu mungkin merujuk kepada bahasa-bahasa lain di dunia yang tidak berubah nama walaupun dituturkan di luar 'habitatnya'. Contohnya, Amerika tidak menggelar bahasa nasional mereka sebagai bahasa Amerika sebaliknya tetap mengekalkan nama asal bahasa Inggeris. Begitu juga dengan bahasa Sepanyol, Perancis dan bahasa Belanda walaupun turut dituturkan di pelbagai negara yang berada di luar kawasan asalnya.
Secara peribadi, saya menyambut baik langkah ini memandangkan situasi di Malaysia tidak sama dengan situasi di negara-negara lain. Situasi Malaysia yang masih mengekalkan pendidikan mengikut kaum tertentu menyebabkan kaum bukan Melayu menggangap belajar bahasa Melayu bererti mereka belajar bahasa orang Melayu sedangkan Bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan yang harus dipelajari oleh setiap orang pelbagai keturunan.
ya..saya jg baru terbaca di akhbar hari ini
BalasPadamOh iya kah?
BalasPadamBahasa Jiwa Bangsa.
BalasPadampi mai pi mai tang tu juga he he ; ). Sat tukar itu sat tukar ini. Tetapi dari sudut linguistik tiada bezanya bahasa Melayu dan bahasa Malaysia.
BalasPadamItulah masalahnya di Malaysia. kerajaan tidak pernah tegas terhadap dasarnya sendiri.
BalasPadamya Carol, Perbincangan untuk menukar kembali itu dah lama, tapi baru sekarang diumumkan.
BalasPadamyupp.... tapi tak tahulah sampai bila ia akan bertahan
BalasPadamBahasa menunjukkan bangsa... Bahasa Malaysia = Bangsa Malaysia.
BalasPadamJadi inget lah waktu taun awal abad ke-20 masih disebut Bahasa Melayu, dan taun 1928 menjadi bahasa Indonesia...sedangkan bahasa Melayu di Sumatera akhirnya dikelompokkan sebagai bahasa tersendiri..
BalasPadamsal sokong kata fazli.. bahasa menunjukkan bangsa... dalam segi polemik bahasalah menunjukkan dimana asalnya pancaindera bangsa kita...kalau kita tidak sokong dan mempraktikan bahasa kita.. siapa lagi? ye tak?
BalasPadam:~))
insyaallah dengan kata dato laksamana hangtuah.. takkan melayu hilang didunia akan dimakbulkan ...
terbaca web site teman di Kelantan...
BalasPadampuak disana lebih bangga dengan bahasa tempatannya...
http://kuihmanis.blogspot.com/2006/12/bahasa-jiwa-bangsa.html
ke mana lama menyepi..?
BalasPadamSaya dah baca. Memang orang Kelantan kurang gemar menggunakan BM standard. Di KL ni, walaupun orang asal kelantan yang sudah lama berhijrah pun ramai yang masih pekat dengan dialek mereka. Walaupun bercakap dalam BM standard, mereka tetap mudah dikenali.
BalasPadamTapi ini bukan masalah besar kerana dialek Kelantan pun salah satu dialek dalam bahasa Melayu.
iya betul...kami di sabah juga masih sama...tetap ingin menggunakan dialek kami sendiri...tapi yg penting penggunaan bahasa yg betul dalam acara rasmi/formal dan juga semasa di sekolah itu tetap di pelihara..:)
BalasPadamsetuju Carol. Cuba bayangkan kalau orang kelantan bercakap dialek kelantan dengan orang Sarawak atau Sabah...?
BalasPadamYang penting masih ada satu akar toh?
BalasPadamhehehe...jadi lah perbualan ayam dan itik...
BalasPadamiya! :)
BalasPadam*ah, kok saya jadi ingin belajar aksara jawa lagi* :)
BalasPadam*ah, kok saya jadi ingin belajar aksara jawa lagi* :)
BalasPadamSilakan belajar Nono... aku pun mau belajar. Tapi aksara Jawa berbahasa Melayu.
BalasPadamhttp://tuneman.multiply.com/music/item/238
BalasPadamMelayu apa Malaysia?
BalasPadamoppsss.... sori, berbahasa Malaysia.
BalasPadam