Sekadar Pandangan.
Saya merujuk laporan sebuah akhbar hari yang melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mangambil lepasan Sekolah Swasta Cina untuk ditempatkan di sekolah-sekolah kebangsaan bagi mengajar Bahasa Mandarin. Menurut menterinya, keputusan itu diambil ekoran bantahan pelbagai pihak termasuk dari parti politik dan NGO kaum Cina yang memprotes cadangan asal kerajaan iaitu mengisi kekosongan dengan mengambil sebahagian guru dari SRJKC dan guru-guru dari China.
Kata saya: Ketika negara dikejutkan dengan tindakan biadap bekas pelajar sekolah swasta itu yang menghina Melayu dan Islam dalam lagu rap ciptaannya, dan mendakwa kerajaan tidak mengiktiraf lepasan sekolah swasta hingga menyebabkan beliau terpaksa manyambung belajar di Taiwan, kini keputusan Kementerian Pelajaran (seperti di atas) seolah-olah diambil kerana takut dengan pengaruh kaum minoriti yang menguasai ekonomi itu hingga kerajaan terpaksa mengubah dasar.
Pada saya, kelulusan itu menggambarkan bahawa kerajaan sudah mula mengiktiraf Pendidikan Swasta Cina termasuk peperiksaan UPC yang dikendalikan mereka hingga lepasannya boleh diterima menjadi kakitangan kerajaan tanpa melalui peperiksaan kebangsaan seperti SPM dan STPM. Saya bimbang, niat awal untuk memperkasakan sekolah kebangsaan bukan sekadar tidak berjaya sebaliknya semakin banyak sekolah swasta cina yang bakal muncul ekoran pengiktirafan itu.
boleh ambe dapatkan sumbernya.....
BalasPadamnak kena selidik neh...
huhuhuhu
bacalah metro
BalasPadam: )
BalasPadamfazli belum nyambung neh..
BalasPadamini masalahnya kenaperr...
aku udah ulang2 baca 5x
...not yet get the idea..
puak cina nak mintak ape lagi neeh?
Ada apa lagi nih
BalasPadamTo: Sriandalas & Bambangpriantono
BalasPadamOh... kamu berdua kurang faham ya... maaf, penyampaian saya kurang memuaskan. Sebenarnya begini: Di Malaysia, selain dari sekolah cina milik kerajaan (SRJKC), Persatuan-persatuan cina juga ada mengendalikan sekolah milik mereka sendiri (sekolah swasta Cina) yang mana kurikulumnya dikendalikan oleh mereka sendiri. peperiksaan pun mereka jalankan sendiri dengan berpandukan corak peperiksaan dari Negara China (UPC..?- saya kurang pasti namanya). Pelajar lepasan sekolah swasta cina ini tidak melalui peperiksaan nasional (SPM & STPM) sebagaimana warga yang lain.
Ketika ini, pelajar lepasan sekolah swasta cina (yang mengambil UPC) jarang diterima untuk masuk ke universiti kerajaan apalagi untuk kerja dengan kerajaan. (mungkin kerana mereka tidak tahu bercakap dalam bahasa Malaysia).
Oleh kerana hubungan kaum yang semakin renggang ketika ini, kerajaan Malaysia telah melihat sekolah kebangsaan (SK) adalah satu platform yang paling sesuai untuk mewujudkan integrasi kaum yang berkesan. jadi, untuk menarik lebih ramai orang cina belajar di SK, kerajaan telah meminta semua SK seluruh negara menyediakan subjek bahasa Mandarin kepada murid-murid. Untuk itu, guru-guru dari SRJKC telah diarah untuk mengajar bahasa Mandarin di SK. Malangnya cadangan itu dibantah oleh Parti politik dan NGO Cina. Mereka mencadangkan agar kerajaan mengambil pelajar lepasan sekolah swasta cina untuk tujuan tersebut.
Saya melihat tuntutan ini sebagai muslihat mereka supaya sekolah swasta cina yang mereka kendalikan dan peperiksaan UPC yang mereka jalankan diiktiraf. Kini tuntutan mereka telah berjaya. Selepas ini, lepasan sekolah swasta cina sudah boleh menjadi kakitangan kerajaan. Bila kerajaan telah mengiktiraf sekolah mereka, semakin bertambahlah sekolah swasta cina dibangunkan di Malaysia. maka usaha kerajaan untuk memperkasa sekolah kebangsaan pun gagallah dengan sendirinya.
Dalam masa yang sama, muncul pula seorang pemuda cina yang kini belajar di Taiwan telah mencipta lagu irama rap dengan mencampur-adukkan lirik lagu Negaraku (Malaysian national anthem) dengan lirik ciptaannya sendiri dalam bahasa Mandarin. Lagu yang disiarkan dalam internet itu mengandungi unsur hinaan terhadap agama Islam dan orang Melayu di Malaysia. Pemuda itu juga mendakwa dia terpaksa merantau ke Taiwan kerana tidak dapat menyambung pelajaran di universiti-universiti kerajaan di Malaysia hanya kerana dia lulusan sekolah swasta.
jadi saya berfikir, kelulusan kerajaan ini seolah-olah seperti takut dengan pengaruh kaum-kaum tertentu di Malaysia.
Untung disini tidak....
BalasPadamSemua sekolah dinasionalkan jadi milik pemerintah atau swasta. Kalau keturunan Cina lebih banyak memilih sekolah swasta yang berafiliasi Kristen atau Katolik, karena mayoritas Cina Indonesia menganut agama tersebut.
Saya jadi ingat juga orang2 keturunan India disini, seingat saya di Jakarta mereka memilih sekolah di Gandhi International School (India yang tetap berwarganegara India), sedangkan India yang sudah WNI pilih sekolah di Gandhi School yang berkurikulum Indonesia..
Sedang India di Medan umumnya ya sekolah di sekolah2 pemerintah ataupun swasta...
Wah, disana pelik kali ya
Sebelum anda membaca komen² saya ini, saya ingin memohon maaf. Sedikit pun tidak terniat untuk menyinggungkan perasaan mana² pihak.
BalasPadamPada pendapat saya, tindakan kerajaan Malaysia secara tidak langsung membuka minda bangsa bumiputera supaya lebih terbuka dan juga sedar agar boleh lebih bekerjasama. Cuba fikirkan suasana yang aman damai, masing² bersatu padu tidak kira apa bangsa, bahasa atau ugama daripada benci-membenci antara kaum kerana dia minoriti, dia lebih pandai, dia lebih kaya dll ... Pastinya kerajaan membuat keputusan setelah banyak penelitian dilakukan.
Sebagai bumiputra, pastinya ada kelebihan dari bangsa lain. Tentang ini, saya hormat kerajaan kerana status ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Dengan adanya status ini, semua yang digelar bumiputera patut terus berusaha untuk mempertahankannya dengan bersikap lebih rasional dan terbuka dengan memperbaiki taraf hidup dari segi apa² pun dan jangan sambil lewa.
Jika bumiputera dikeji, hina, cerca, khianat, cara menanganinya adalah bukan dengan membalas dendam. Malah, ia patut ditangani dengan cara bijaksana dan jangan terlalu ikut nafsu dan perasaan. Kadangkala, perlu ada sikap "tidak perduli" atau jangan dilayan kerana apabila dilayan, ianya lebih menyakitkan hati.
Tentang pemuda cina yang mencipta lagu rap tu, lupakan ajelah. It's just a "one off" thing. Kalau difikirkan memang menyakitkan hati, tapi kalau dilupakan insyaAllah lebih tenang. Saya yakin, kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan undang² terhadapnya.
Saya kagum dengan Malaysia yang mempunyai hasil bumi dan polisi bumiputra. Sikap terbuka ini (bumiputra) tidak boleh diiktirafkan sebagai pilih kasih kerana itu adalah hak seorang bumiputra. Kalau di Singapura ni memang lebih terbuka. Pemerintah Singapura memang benci dengan sikap² perkauman antara kaum. Secara mata kasar, memang tidak ada masalah perkauman tetapi disebaliknya, Allah saja yang tahu. Tiada polisi seperti bumiputra disini tetapi dari segi peluang pekerjaan, walaupun dibuka untuk semua, kaum minoriti selalu disekat dan telah terbukti beberapa kali jika kaum minoriti lebih berkelayakan, dia akan disekat bukan secara kasar atau terus terang. Yang nyata, bangsa majoriti dia Singapura ni tidak boleh menerima hakikat sekiranya bangsa minoriti lebih baik dari segi apa pun dari mereka.
Baiklah, itu saja buat kali ini. Sekali lagi saya memohon maaf jika ada mana² pihak yang tersinggung.
Azlan
Tidak ada satupun kata-kata anda yang menyinggung perasaan. Terima kasih kerana sudi memberi komen.
BalasPadamSebenarnya keadaan kita berbeza Azlan. Anda pun hanya melihat Malaysia dari mata burung yang semuanya nampak indah dari atas. Tentu anda merasakan 'bumiputera' adalah satu terma yang menjamin penuh hak-hak penduduk pribumi. Sejarah terma 'bumiputera' telah tercipta sejak 1930-an lagi. Kerana apa ianya tercipta? kerana ketika itu, pendatang luar yang dibawa masuk (terutamanya dari China) telah mula meminta-minta dari kolonial Inggeris yang memerintah. Sedangkan waktu itu, orang Melayu hanya menyangka para imigran ini adalah perkerja upahan British yang tidak akan kekal selamanya di Tanah Melayu. Zaman dahulu, kesetiaan orang Melayu kepada Sultan sangat menebal. Apa saja yang diputuskan sultan merupakan kalimat yang perlu dihormati. Jadi apabila British membawa Imigran China dan India dengan mendapat perkenan Sultan, keputusan itupun diterima dengan rela hati tanpa ada bantahan. Masalahnya muncul apabila imigran ini bukan saja tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulang, sebaliknya meminta itu dan ini seolah-olah mahu kekal terus berada di negeri ini. Permintaan-permintaan itu pula dibuat kepada Pemerintah Inggeris yang sememangnya tidak pernah faham dan tidak pernah sensitif dengan adat, budaya dan warisan orang Melayu yang telah ratusan tahun berdiam di bumi Semenanjung ketika itu.
Kesedaran berpolitik orang Melayu hanya muncul selepas itu bila orang Melayu merasa bahawa mereka banyak kehilangan hak untuk berwenang atas tanah dan berniaga sesama sendiri. (kerana hak itu telah diberi oleh pemerintah British kepada kaum imigran). Bermula dari situlah terma 'bumiputera' ini dipertahankan selagi mana mereka belum pulang. Ianya kekal hinggalah Tanah Melayu dimerdekakan
Masalahnya timbul disini bila terma 'bumiputera' yang dipertahankan sejak dulu rupa-rupanya menjadi senjata yang memakan tuan kepada orang Melayu. Kerana apa? kerana tidak pernah mungkin imigran dari China dan India ini akan pulang ke negara asal masing-masing. Mereka kini semuanya telah diterima menjadi warganegara yang sah disisi undang-undang.
Oleh kerana mereka bukan bumiputera, mereka berani menuntut apa saja yang mereka rasakan patut menjadi hak sebagai warganegara. Selepas satu tuntutan, tuntutan lain menyusul mahukan itu, ini dan apa saja yang mereka fikir belum menjadi milik mereka. Kemudian mereka menuntut lagi dengan alasan 'mereka bukan bumiputera'.
Manakala kaum bumiputera yang mana hak-haknya konon telah terjamin, mula terlepas satu-persatu. Hak keatas tanah (rizab bumiputera) sedikit demi-sedikit tergadai kononnya untuk pembangunan. Kuasa dalam memimpin politik, kini semakin goyah setelah diagih samarata. Hak keatas pemilikan harta, golongan bumiputera hanya diberi kuota minimum 30% (sebenarnya secara automatik menjadi maksimum 30%) sedangkan penduduk bumiputera melebihi 60%. Hak menuntut ilmu, kemasukan ke universiti sudah diubah mengikut meritokrasi. Belum lagi soal bahasa yang ketika ini hampir tidak lagi mampu dipertahankan. .
Apa yang saya nyatakan sebelum ini, merupakan satu lagi tuntutan yang entah untuk kali yang ke berapa. Dan saya yakin, macam-macam lagi tuntutan lain yang akan dirancangkan satu hari nanti.
Huruf-huruf yang digelapkan ada rinciannya. Belum masanya untuk ditulis... masih manunggu waktu
Menurut pendapat saya, Malaysia akan menjadi Singapura ke-2.
BalasPadam