بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





RAKYAT JOHOR MERAYU BANTUAN

Bacaan Khas Untuk Rakyat Malaysia!!
Hari ini, berlangsunglah pelancaran gilang gemilang Wilayah Pembangunan Pantai Timur (ECER) meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing, Johor. Ini merupakan wilayah pembangunan ke-3 yang telah dilancarkan hasil ilham Perdana Menteri Malaysia yang sangat kita kasihi. Sebelum ini, YAB Perdana Menteri telah melancarkan dua koridor pembangunan iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di kawasan Johor Selatan dan Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER). Beliau dijangka melancarkan beberapa lagi wilayah pembangunan di Sabah dan Sarawak.
Saya tertarik dengan kesemua koridor pembangunan yang dilancarkan Perdana Menteri ini dan menyokong penuh usaha memajukan wilayah tertentu mengikut kelebihan yang dimiliki. Namun agak aneh, pembangunan ECER dan NCER tidak pula dirangka dengan kerjasama warga asing, tidak sebagaimana WPI yang seolah-olah tidak mampu berdiri sendiri dengan usaha anak tempatan sebaliknya perlu mengharap tenaga luar.
Saya mewakili penduduk Johor merayu seluruh rakyat Malaysia (warga Johor khasnya) sama-sama meminta kerajaan menyemak semula pelan pembangunan WPI yang telah dirangka sebelum ini. Sayang, pelan yang begitu cantik dan teratur dengan bayangan yang serba indah rupanya hanya sedikit yang dapat dinikmati rakyat Johor, selebihnya dihadiahkan kepada warga asing seolah-olah mahu menggadai kedaulatan negara.
Di bawah ini saya senaraikan beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana pembangunan wilayah di Malaysia tapi telah berlaku di WPI:
1.      Perlantikan Singapura menganggotai jawatankuasa khas. Singapura telah ditawarkan dengan sendirinya supaya dapat sama-sama memantau pembangunan di WPI tanpa perlu mereka mengemukakan cadangan. Secara logik, tidak ada mana-mana negara yang meminta negara asing memantau perkembangan di wilayahnya. Sayangnya, selatan Johor diperlakukan sedemikian ibarat nasib seorang anak yang diserahkan kepada ibu angkat. Hasilnya kini, beberapa broker dari Singapura sedang berusaha mempromosi WPI seolah-olah WPI sebahagian dari wilayah negara itu. 
2.      Free Access Zone. Melalui cadangan ini, warga Singapura dibenarkan bebas keluar masuk ke Malaysia (WPI) tanpa mengemukakan pasport sebaliknya hanya perlu menggunakan kad pintar (laksana Mykad di Malaysia). Ini satu lagi idea pelik yang diilhamkan Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah warga Malaysia bebas keluar-masuk ke Singapura dengan hanya menunjukkan Mykad? Saya musykil, adakah Malaysia bercadang mengeluarkan Johor Bahru dari Malaysia?. Saya sebagai rakyat Johor tidak rela diperlakukan begitu.
3.      Pengecualian cukai kepada warga asing. Ini satu lagi inisiatif melampau untuk warga asing. Bayangkan, sudah diizinkan masuk tanpa dokumen, dikecualikan pula cukai korporat kepada mereka selama 10 tahun di WPI. Betul kata perumpamaan, kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.
4.      Pengambilan Pekerja Asing Tanpa Had. Melalui inisiatif ini, syarikat-syarikat yang melabur di WPI dibenarkan menggaji tenaga asing 100%  di semua peringkat perjawatan. Persoalannya, bagaimana nasib pencari kerja anak tempatan yang kononnya bakal terdedah dengan 1001 peluang pekerjaan?
5.      Pemilikan Hartanah. Inisiatif ini membenarkan warga asing memiliki sehingga 3 unit rumah berharga RM250,000 ke atas di WPI tanpa perlu mendapat kelulusan FIC. Rumah berharga RM250,000 merupakan harga rumah teres di Johor Bahru. Bayangkan sekiranya semua rumah tersebut direbut warga asing dengan mudah kerana kemampuan ekonomi mereka, rumah apa yang masih tinggal untuk Melayu Johor?
6.      Pengecualian 30% ekuiti Bumiputera. Di Malaysia, Penduduk bumiputera diperuntukkan kuota 30% pemilikan ekuiti. Tetapi, bagi menjamin kejayaan misi WPI, kerajaan sewenang-wenangnya mengecualikan syarat itu dari diaplikasikan. Ini bermakna, tidak ada sebarang kuota untuk menjaga kepentingan bumiputera di WPI sebaliknya bukan bumiputera dan warga asing berhak memiliki 100% pegangan ekuiti. Persoalannya, bagaimana inisiatif ini boleh diberikan kepada bukan bumiputera dan warga asing dan dalam masa yang sama mereka dihadiahkan lagi dengan pelbagai keistimewaan lain. Apakah yang tinggal untuk kami?
Inilah semua beberapa  perkara yang perlu diteliti semula oleh kerajaan sebelum WPI dilaksanakan sepenuhnya. Kami orang-orang Melayu Johor bukan anti pembangunan, sebaliknya kami mahukan keadilan sebagai tuan di tanah sendiri.

9 ulasan:

  1. itulah... Mungkin atas cita-cita mahu menjadikan ada satu dari wilayah Malaysia menjadi seperti Hong Kong ataupun Dubai, segala cara diguna. Yang penting cita-cita si pencetus ilham tercapai.

    BalasPadam
  2. patut pendapat rakyat dan golongan pemikir juga perlu diambil kira.
    at least pendapat golongan cendikiawan berjiwa rakyat kalau pendapat 'mentah' orang bawahan mcm kita ni tak dipandang. kalau syok sendiri buat visi atau arah tuju memang patut DITENTANG!

    BalasPadam
  3. Tuanku tahu tak perkara nie? hi hi...

    BalasPadam
  4. saya yakin Tuanku banyak tak bersetuju. Termasuklah idea pembatalan jambatan bangkok.

    BalasPadam
  5. En. Fazli apakah anda pasti??...apakah Tuanku Sultan Iskandar seperti dulu? Sultan yg tersohor dgn. ketegasan dan kekerasannya.

    Saya maklum baru2 ini Tuanku diiringi Menteri Besar telah ke Singapura dimana Tuanku telah di anugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari National University of Singapore yang disampaikan oleh Canselor NUS, SR Nathan yang juga Presiden Singapura.

    Pada fikiran saya, strategi mereka untuk menawan Johor sebahagian telah pun berjaya.

    BalasPadam
  6. tentang WPI, saya tak pasti. tapi berdasarkan komennya pada pembatalan Jambatan Bengkok, saya dapat menduga baginda pun tak bersetuju.

    BalasPadam