بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Organisasi Bahasa Melayu di Filipina

http://blueboard.rimlife.com/malay/
Ini sebahagian usaha oleh rakyat Filipina untuk mempelajari bahasa Melayu yang mereka sifatkan sebagai yang bahasa lebih sesuai digunakan oleh masyarakat berbilang etnik di negara itu selain Tagalog. Mereka juga mendakwa Bahasa Melayu pernah digunakan di Wilayah mereka pada abad ke-9.

Hairan, sedang negara lain cuba mendalami bahasa Melayu, ada negara yang berbahasa Melayu tidak yakin akan kemampuan bahasa itu.

6 ulasan:

  1. itulah.... apabila kita terlalu berkiblatkan pada english

    BalasPadam
  2. Bahasa Tagalog itu sendiri ada banyak perkataan yang sama macam bahasa Melayu. Mengapa Asean tidak gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan berbanding dengan bahasa Inggeris?

    BalasPadam
  3. usaha ke arah itu pernah diusulkan, tapi dibantah oleh2 negara-negara di Indochina yang tidak menggunakan bahasa Melayu.

    Dari bilangan penutur, mungkin BM lebih ramai digunakan, tapi mengikut jumlah negara yang menggunakna BM di Asean, hanya Malaysia, Indonesia & Brunei. hanya 3 negara dari 10 anggota. Mungkin itulah sebabnya

    BalasPadam
  4. Wah wah tambah pengetahuan nih kalo di Philipina juga ada pemakai bahasa melayu...mungkin philipina selatan yah

    BalasPadam
  5. Seluruh Filipina adalah akar umbinya Melayu. Hakikat tak dapat di nafikan akibat nasionalisme yang sempit orang-orang kita sendiri ada yang tidak mahu mengaku Melayu. Saya bangga dengan sikap bangsa Filipina dan madagascar (orang Merina) yang tidak segan mahu mengaku Melayu

    BalasPadam