Pandangan peribadi.
Sementara itu, Malaysia juga terlibat dalam perebutan hakmilik terhadap sebahagian dari Kepulauan Spratly. Kepulauan yang terdiri dari struktur tanah, terumbu karang dan beting pasir turut dituntut secara keseluruhan oleh China, Vietnam dan Taiwan dan secara sebahagian bersama Filipina. Sementara Brunei mendakwa satu dari terumbu karang di situ termasuk dalam wilayahnya. Bagaimanapun Brunei tidak membuat tuntutan secara rasmi.
Saat ini, Malaysia dan Singapura sedang dalam proses perbicaraan berhubung tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih (Singapura: Pedra Branca). Bagaimana keputusannya? Kita tunggu sehingga ia diputuskan sebelum bulan Jun tahun depan. Kedua-dua Negara sudah bersetuju menerima sebarang keputusan dan apa yang bakal diputuskan akan mengikat kedua-dua pihak
Sedikit info, Pulau tersebut terletak sejauh 12.5km diluar pantai Johor dan 64km dari Singapura. Saat ini, Pulau Batu Putih sedang ‘diperintah’ oleh Singapura kerana mewarisi kawalan yang pernah dilakukan penjajah British sejak 1844. Malaysia mendakwa, pulau tersebut selamanya menjadi milik kesultanan Johor. Kerajaan British (Singapura) hanya dibenarkan membina dan menjaga rumah api (marcu suar) saja.
Mungkin sekiranya faktor Pemilikan Efektif diambil kira dalam menentukan siapa pemilik sebenar, saya beranggapan Singapura tidak ada halangan untuk memenanginya. Ini berdasarkan penjagaan mereka sepanjang 150 tahun yang lalu semenjak negara itu dibawah kuasa British lagi. Tuntutun Malaysia bermula selepas peta terbaru Malaysia dikeluarkan pada tahun 1979.
Bagaimanapu faktor sama yang telah memenangkan Malaysia dalam kes tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan mungkin tidak boleh diterima sebagai bukti sahih pemilikan Singapura. Malaysia mendakwa, Singapura hanya diberi kuasa mengawal rumah apa, bukan menguasai kedaulatan pulau tersebut. Pulau Batu Putih bersama beberapa pulau lain telah diserahkan oleh Sultan Johor kepada British untuk pembinaan rumah api sejak 1840-an lagi. Bukti pemilikan Sultan Johor terhadap pulau itu sangat nyata berdasarkan keizinan itu.
Pada tahun 2002, Pulau Sipadan dan Ligitan disahkan milik Malaysia berdasarkan faktor Pemilikan Efektif setelah kedua-dua bukti pemilikan yang didakwa Malaysia dan Indonesia ditolak mahkamah. Malaysia mendakwa pulau-pulau tersebut merupakan sebahagian dari wilayah Sabah yang ketika itu berada di bawah kuasa kesultanan Sulu. Sabah kemudiannya dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada British. Sementara Indonesia mendakwa pulau-pulau tersebut termasuk dalam wilayah Kesultanan Bulungan yang kini menjadi Provensi Kalimantan Timur, Indonesia. Kedua-dua bukti yang dikemukan Malaysia dan Indonesia tidak jelas dan tidak diterima dalam penentuan kes itu.
Ketika ini, kesemua negara yang menuntut sedang berusaha mengukuhkan bukti pemilikan masing-masing mengikut cara yang dirasakan paling efektif. Antaranya seperti membina rumah api, membina kem tentera atau meletakkan beberapa orang tentera dan membina jeti pendaratan ikan. Malaysia bagaimanapun turut membina resort dan menjadikan beberapa struktur yang telah diduduki sebagai kawasan pelancongan.
Nampaknya masing-masing negara punya cara. Entah cara mana yang lebih efektif dan paling berkesan.
Biar Pemerintah masing2 & Mahkamah Internasional yang memutuskan...Tak nak ikut comment karena saya bukan ahli pemetaan & memahami sejarah pulau yg disengketakan.
BalasPadambegitulah yang sepatutnya... kita hanya mampu mengulas mengikut pandangan peribadi semata-mata.
BalasPadamhmmm.. rebut lagi..
BalasPadamrebut tanpa ribut takpe... buat masa ini, belum pernah kejadian buruk dilakukan baik oleh Malaysia ataupun Singapura atau pun negara-negara lain seperti China, Vietnam dan Filipina yang sama-sama berebut wilayah dengan Malaysia.
BalasPadamPindaan ke-2
Fazly...letih nak ribut2 terus sepanjang masa...tapi tak usah juga nak pancing2 keributan tuh...tak ada gunanya
BalasPadamsemasa tugas di JB saya memancing sampai ke pulai ini. Hanya batu-batuan/terumbu karang sebesar 2 tennis court...tak tau apa kepentingannya, lokasinya yg strategik itu mungkin....
BalasPadamini bukan provokasi... Saya cuma mahu menerangkan apa yang berlaku di Malaysia khususnya Johor ketika ini.
BalasPadamStrategik untuk ketenteraan sudah tentu. Galian yang mungkin ada disana juga harus diambil kira.
BalasPadamya betul tu.. rebut cara sihat. :)
BalasPadamTerserahlah berpulang pada diri kamu, saya keluar dari forum diskusi karena tak nak dengarkan kes2 seperti ini lagi, letih dan merusak hati saja...Perkara macam nih pasti menimbulkan keributan, saling celah, mencaci, menghina dan kesalahfahaman saja, karena diri pribadi merasa yang paling benar dan menunjukan keegoannya. Maafkan saya Fazly, saya cuma memberikan nasehat sebagai teman tanpa maksud mengurui, berpulang ke diri kamu sendiri nak terima atau tak nak...Tapi saya tegaskan selama ini saya tak pernah sedikitpun menyinggung keributan antar dua bangsa baik dalam Blog ataupun komentar dalam tulisan...Karena menurut saya tak ada manfaatnya
BalasPadamWassalam
Oke. saya akan sedaya upaya mengawal ruangan ini agar perbincangan berlangsung sihat. InsyaAllah.
BalasPadamsiapa hakim international court? kalo dah tau, pandai2 la..
BalasPadamjangan risau karimsh.. kami masih waras lagi. untuk menimbulkan keributan dan caci mencaci bukan cara kami menangani masalah.. betul tak tuan rumah :)
BalasPadamhakim dari Morocco.
BalasPadamHmm.. Betul tu kak. :-)
BalasPadamOK Akak Sila :-)
BalasPadamyaa...DAMAI ITU INDAH....
BalasPadamCapek dach dengar begini2 terus...
BalasPadamganti topik dong....
BalasPadamlife's too short to live like this...
Karim, Bambang & Sriandalas
BalasPadamtopik ini bukan pentas bertikam lidah. Kalau kamu baca satu persatu idea saya, kamu akan faham. ini tidak lebih dari sekadar berita dari Malaysia.
di simpang renggam ada pawagam tak? ada warung makan apa yang enak siott makanannya kat situ...terus...kira-kira jajanan pasarnya macam apa aja....
BalasPadamhehehe...fazli cerita pasal ini lebih menarik larrr....
tak pening kapala dan bikin orang pengin datang kan...
hmm... seandainya dulu tak ada penjajahan Inggris dan Belanda, pastilah Indonesia-Malaysia-Singapura adalah satu negara karena memang itulah yang disebut sebagai Nusantara...
BalasPadam**sedih
Setuju. Plus Brunei juga....
BalasPadam