بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Katakan Tidak Pada WPI

Untuk Warga Malaysia Sahaja
http://ninetnine.net/blog/no-to-wpi/
Pautan di atas merupakan hujah dari beberapa orang warga Johor yang tidak setuju dengan cadangan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (kini Iskandar Malaysia)
Mungkin segala hujah mereka perlu diperhalusi agar kita mendapat lebih pandangan tentang projek tersebut. Maklumlah... ketika ini kita hanya disajikan dengan maklumat sebelah pihak yang sudah tentu memenangkan mereka.
Jom... Say No To WPI

1 ulasan:

  1. sama mcm kes Taman Tamadun Islam

    takde sorang pung kontraktor dari terengganu

    sampai kerja2 landskap pung dapat kontraktor luar

    BalasPadam