Beberapa hari yang lalu, saya berhasrat melawat seorang kenalan warga Indonesia di kediaman sewanya di Ampang. Tapi malang, sebaik sampai di sebuah kampung yang sememangnya menjadi perkampungan satu suku warga Indonesia di situ, saya dimaklumkan kenalan yang saya cari itu kini telah selamat sampai ke kampungnya di seberang Selat Melaka. Hairan, bagaimana kenalan saya yang sebenarnya tidak memiliki sebarang dokumen untuk berada di negara ini (atau istilah kasarnya 'pendatang haram') telah selamat kembali ke negaranya melepasi kawalan keselamatan dan imigresen di sempadan? Mungkin sesuatu telah berlaku.
Saya terfikir sejenak; mudahnya sempadan negara dibolosi. Melalui rakan kepada kenalan saya itu, saya diberitahu laluan menuju pulau seberang sangat mudah dicapai. Cukup sekadar membayar sejumlah wang. Teringat saya tentang beberapa kes gadis-gadis Malaysia yang pernah dilaporkan hilang. Ada diantaranya telah berjaya dijejak berada di berbagai tempat di Indonesia. Saya tertanya-tanya bagaimana gadis-gadis mentah yang belum memiliik pasport antarabangsa boleh dibawa keluar dengan begitu mudah tanpa dapat dikesan?
Beberapa minggu yang lalu kita dikejutkan dengan penemuan Azreen di Lombok setelah 6 bulan dilaporkan hilang. Seminggu selepas itu, muncul pula kisah Nuruh Wahidah yang hilang 3 tahun dulu. Kini dia telah selamat dikembalikan dari penempatanya sementaranya juga di Lombok. Baru-baru ini, muncul pula rintihan seorang lagi wanita Malaysia yang sekarang di Riau mendakwa telah dilarikan ke sana sejak 2001. Apakah yang berlaku disebalik semua ini?
Apakah namanya semua ini kalau bukan RASUAH...
maybe dibangkinang agak nyer
BalasPadamhehehehheehhee
bangkinang?? jangan-jangan dedeq yang bawak tak? hehehe....
BalasPadamsorry yerk
BalasPadamdaydeck xsuka cari hal la
wakkakakakakaka
tapi ader gaks dengar dak johor ader kat bangkinang
xtau btul ker daks
oh yeke? apa kata kalau dedeq gi menyiasat...
BalasPadamxder kijer den nak g nyiasat
BalasPadamkena balik bangkinang dlu ler
duit pun da abis cam maner nak nyiasat
Dibolosi? emang membolos ya??
BalasPadamHuehehehehe...aku tau maksudnya, cuma sengaja aja iseng
memang jenuh dah saya dengar kes rasuah ni.tekong tekong semuanya dah bayar bulan bulan pd kastam lah polis meren lah dan juga para para malaun yang lain.
BalasPadamya.. memang. sudah ada lowong yang luas.... tidak tertutupkan. Kalau mau ke sini lagi, gak perlu repot-repot lagi ngurusin pasport... tinggal masuk aja, dijamin aman.
BalasPadambetul tu... macam-macam cerita dah saya dengar...
BalasPadamMalaysia memang trend gitu...kalau ada orang hilang! orang dilarikan!....sebulan surat kabar penuh cerita orang ilang, orang dilarikan....
BalasPadamTerus terang saya katakan, saya pernah melawat satu agensi perkerja asing yg berpangkalan di Tg. Pinang (Kepri). Taukeh agensi itu mengakuai beliau menguruskan kemasukan perkerja2 ke M'sia secara terang atau gelap, beliau berkata meraka punya agen di M'sia juga...ada pasti terkejut melihat enjin sangkut untuk bot pancung meraka....500 kuasa kuda setiap satu....
Mestinya Agen di Indo & M'sia yang melakukan tindakan ilegal inilah yang harus dibasmi...kerana inilah yang selalu menimbulkan masalah mendatangkan pekerja gelap...kalau kedua agen ini tak melakukan tindakan kecurangan, tak mungkinlah pekerja asing gelap boleh masuk ke M'sia suka melakukan Jenayah yang akhirnya merusak hubungan dua bangsa...
BalasPadammemang sudah menjadi trend.... selepas satu, satu lagi cerita sama muncul. Ini satu lagi kisah terbaru : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080512083537/Article/index_html
BalasPadammasalah penyeludupan manusia sangat kompleks di Malaysia ni. Malaysia antara negara yg mempunyai rekod terburuk di dunia yg mengalami masalah human trafficking. "Kebocoran sistem" ada di mana2, nasional dan internasional, dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. dari Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, polis, Rela, agensi2 pekerja asing negara2 yg terlibat, "runner" (orang tengah) hinggalah ke tekong2 bot. Surat khabar pulak memanas isu mementingkan sebelah pihak semata-mata hingga mewujudkan nasionalisme sempit atau dangkal. yg Malaysia heboh anak2 daranya dilarikan orang, yg Indonesia, India, Bangladesh dll. heboh pekerjanya ditangkap penguasa, ditipu majikan, hamba seks dsb. Akhirnya yg untung org2 "dalam" KDN, mafia, cukong, agensi2 kedua negara yg terlibat, org2 tengah dan surat khabar kedua2 negara.
BalasPadamOleh kerana sifatnya kompleks, cara untuk menyelesaikan masalahnya juga kompleks krn harus melibatkan semua pihak.
Tahun lalu Malaysia sudahpun menggubal Anti-Trafficking in Persons Act 2007. Setakat ini masih lagi tahap "window dressing" semata-mata dan akan membawa masalah kebocoran (loophole) lagi dan lagi dan lagi dalam penerapan atau implementasinya. Kita lihatlah perkembangannya nanti...