بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





JOHOR KINI 10

Pada tarikh 9 Jun 2008 yang lalu, satu lagi peristiwa penting telah tercipta dalam sejarah moden Negeri Johor. Bermula tarikh itu, Johor kini menyaksikan kelahiran daerah baru yang ke-10 yang diberi nama daerah Ledang (setingkat kabupaten di Indonesia). Daerah ini sebelumnya merupakan sebahagian dari daerah Muar.
Sebelum itu pada 1 April yang lalu, satu daerah baru telah berjaya dimekarkan sebagai daerah ke-9 di negeri ini hasil pemecahan sebahagian kawasan di utara daerah Johor Bahru. Daerah baru itu dinamakan Kulaijaya.
Johor hanya memiliki 5 buah daerah di awal sejarah modennya.

Di bawah ini merupakan nama-nama daerah yang terkini di negeri Johor berserta ibukota masing-masing:-
  1. 1.  Johor Bahru – Bandaraya Johor Bahru (ibu negeri)
  2. 2.  Batu Pahat – bandar batu Pahat
  3. 3.  Muar – bandar Muar
  4. 4.  Kluang – bandar Kluang
  5. 5.  Segamat – bandar Segamat
  6. 6.  Kota Tinggi – Bandar Kota Tinggi
  7. 7.  Pontian – bandar Pontian
  8. 8.  Mersing – bandar Mersing
  9. 9.  Kulaijaya – bandar Kulai
  10. 10.Ledang – bandar Tangkak

10 ulasan: