بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Mana bahasa kita?

 

Sudah habiskah perkataan Melayu untuk menerjemahkan ayat di atas?

Inilah sebenarnya pemandangan biasa di Malaysia, sebuah negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Berselindung di sebalik kelonggaran undang-undang negara yang menyebut bahasa-bahasa lain selain Melayu dibenarkan, ramai pihak mengambil kesempatan seluas mungkin menggunakan bahasa lain tanpa rasa bersalah. Tertulis dalam tulisan yang jauh lebih besar dan warna yang sangat menyerlah. Dan dipamerkan di kawasan-kawasan umum milik awam.  

Lebih buruk, tidak ada satu pun terjemahan Melayu disertakan sebagai simbul rasa hormat kepada statusnya sebagai bahasa rasmi negara. Jadi sejauh mana kekebalan bahasa kebangsaan yang kononnya terjamin dan diyakinkan penuh lantang oleh pemimpin negara?

Ini hanya satu dari jutaan contoh.  

10 ulasan:

  1. agaknya mereka tidak faham bagaimana untuk di alihkan bahasa ke bahasa melayu agaknya faz. sebenarnya sal pernah nampak lebih teruk dari ini. di t.v. terpandang waktu sedang menonton drama ( sal lupa drama apa itu ) papan tanda di belakangnya menulis sesuatu yang kurang menyenangkan dalam bahasa english. tapi drama itu pun memang drama yang tidak reti dalam bahasa melayu.. bahasa rojak..di NTV7

    BalasPadam
  2. orang Melayu tak caya Feng Sui kot Li he he he

    BalasPadam
  3. Mungkin ramai yg tidak sedar, tp kebanyakan drama-drama Melayu kita suka menggunakan bahasa rojak. Kadang2 saya berfikir, "ini drama Inggeris atau drama Melayu?". Apa taknya, bahasa Inggeris seperti dah jadi keutamaan dalam pembikinan SETIAP drama Melayu. Sedar atau tidak, perkara ini sebenarnya berpunca daripada orang Melayu itu sendiri. Sedarlah bangsaku! Kalau bukan kita yg mempertahankan bahasa kita, siapa lagi?

    BalasPadam
  4. Mungkin ramai yg tidak sedar, tp kebanyakan drama-drama Melayu kita suka menggunakan bahasa rojak. Kadang2 saya terfikir, "ini drama Inggeris atau drama Melayu?". Apa taknya, bahasa Inggeris seperti dah jadi keutamaan dalam pembikinan SETIAP drama Melayu. Sedar atau tidak, perkara ini sebenarnya berpunca daripada orang Melayu itu sendiri. Sedarlah bangsaku! Kalau bukan kita yg mempertahankan bahasa kita, siapa lagi?

    BalasPadam