بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Negeri asing bernama Chinesia?

Nampak gambar di atas?

Barangkali anda fikir, gambar itu mungkin merupakan iklan perumahan di negeri antah-berantah bernama Chinesia yang tidak jelas lokasinya. Sebenarnya tidak. Anda sudah tersilap.

Percayakah anda kalau gambar itu merupakan iklan salah satu projek perumahan di Malaysia? Sebuah negara yang di dalam perlembagaannya menyebut, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tunggal. (Nombor telefon yang tertera pada iklan di atas telah dipudarkan untuk tujuan keselamatan)

Inilah yang anehnya di Malaysia. Lesen pengiklanan yang dikeluarkan untuk iklan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris telah di salah guna. Barangkali pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah terlepas pandang sampai banyak iklan dalam bahasa-bahasa lain boleh terpamer dengan mudah di tempat awam.

Cuba lihat bahasa yang tertulis dalam iklan di atas. Fahamkah anda akan isinya? Di Malaysiakah kita ini hingga iklan yang melanggar undang-undang kementerian boleh dengan mudah terpamer, atau barangkali ada urusan bawah meja telah berlaku di dalam kementerian yang terlibat itu? 

Atau mungkin ada usaha-usaha terancang secara halus untuk menghapuskan kata 'Malay'  pada nama Malaysia telah berlaku tanpa sedar?

Ini hanya contoh kecil dari sekian banyak contoh lain tentang ketidakpatuhan kepada undang-undang di luar sana.

Saya musykil. Adakah ini disengajakan?

12 ulasan:

  1. Online x bilang2...:p

    kalau disini malah sudah keinggris2an...jangan sampai pakai bahasa Mandarin

    BalasPadam
  2. Iya bener kalo di Indonesia sih rata-rata sudah kayak perumahan di Inggris atau di Amerika aja, tapi gak apa2 lah masih dimengerti sama kita. Tapi kalo iklannya udah pakek bahasa Cina gitu yah janganlah emang itu bahasa Internasional

    BalasPadam
  3. Saya tenggok kedai di negeri semenanjung (Johor, Melaka, KL, Perlis, sampai Langkawi) ramai yang bertuliskan bahasa cina...Saya tak faham apa memang di perbolehkan pihak kerajaan atau bagaimana???

    BalasPadam
  4. ya itukan namanya demokrasi. Jadi tulisan si Tobing di Kompass itu tidak betul. Nah terbuktikan mereka berbuat apa saja....

    BalasPadam
  5. Intinya memang x dilarang kerajaan yah bang...berarti x perlu dimasalahkan lagi karena sudah tak jadi persoalan Pemerintah kerajaan...

    BalasPadam
  6. Kepelbagaian dalam negara memang sangat dihargai. Tapi jangan sampai melebihi hak yang dibenarkan. Lihat apakah bahasa yang dominan dalam banyak hal di Malaysia, Dibidang pembangunan perumahan, peruncitan, perhotelan, pelayanan, perundangan. Lihat juga di toko-toko buku di Malaysia. Bahasa tuan rumah umpama melukut ditepi gantang.

    Mana slogan, mana janji, mana keyakinan dan mana bukti bahawa bahasa kita dirmertabat?

    BalasPadam
  7. Untuk hal iklan perumahan ini memang dilarang kerajaan, Karim. Aturan mereka, iklan yang akan dipamer untuk tatapan umum sama ada dalam di jalan-jalan raya, di surat khabar, dalam risalah dan lain-lain penerbitan harus berbahasa Melayu atau berbahasa Melayu dan Inggeris.

    BalasPadam
  8. jaga-jaga, nanti anda akan di cop sebagai perkauman... (oh tanah air ku..)

    BalasPadam
  9. Itulah masalahnya, Jika Melayu menuntut, itu dikira perkaumam. Jika bukan Melayu yang menuntut, itu dikira hak asasi. Oh tanah airku... :(

    BalasPadam