بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Nantikan Laman Multiply berbahasa Melayu

Setelah hadir dengan beberapa bahasa sebelum ini, Multiply juga akan muncul dalam versi bahasa melayu tak lama lagi. Mari kita sama-sama bantu Pengurusan Multiply untuk terjemahkan frasa-frasa bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk memudahkan mereka.

Caranya mudah, pilih Multiply in Malay dan klik Trenslate Phrase.

Memajukan bahasa kita tanggungjawab bersama. SOKONG MULTIPLY

 

17 ulasan:

  1. kena tgk terjemahan DBP...kdg2 lintang pukang juga....hehehe

    BalasPadam
  2. Mungkin 1 hari nanti multiply akan dapat mengalahkan facebook..

    BalasPadam
  3. Sebenarnya terjemahan DBP pun buat kita tambah pening, tapi boleh jugalah dirujuk buat tambah-tambah.

    BalasPadam
  4. mungkin. semoga multiply dapat tarik balik pelanggannya yang dah banyak lari ke facebook

    BalasPadam
  5. hmmmmm,, baiklah.. bagus bagus.( tiru cikgu sal berbual )

    faz.. kira kira kita ni lupa ke multiply sebab ada facebook? sebenarnya facebook lebih banyak penyangak tau.. sebab orang boleh curi artikel kita suka suka dia aja selepas boleh ban bila bila masa. macam nak jitak jer. tapi tak per.. nasib baik ada multiply. tapi multiply dan facebook pun kadang kadang sal tak da masa. sampai nak tambah glossari bahasa melayu pun dah lama sal tak buat..
    manira( saya ) terlalu sibuk untuk mentelaah bahasa melayu. insyaallah akan datang ni sal kena buat metodologis sastera islam. insyaallah akan sal buat metodologis sastera islam dalam bahasa melayu.

    BalasPadam
  6. hmmmmm,, baiklah.. bagus bagus.( tiru cikgu sal berbual )

    faz.. kira kira kita ni lupa ke multiply sebab ada facebook? sebenarnya facebook lebih banyak penyangak tau.. sebab orang boleh curi artikel kita suka suka dia aja selepas itu, boleh ban bila bila masa. macam nak jitak jer. tapi tak per.. nasib baik ada multiply. tapi multiply dan facebook pun kadang kadang sal tak da masa. sampai nak tambah glossari bahasa melayu pun dah lama sal tak buat..
    manira( saya ) terlalu sibuk untuk mentelaah bahasa melayu. insyaallah akan datang ni sal kena buat metodologis sastera islam. insyaallah akan sal buat metodologis sastera islam dalam bahasa melayu. nanti sal minta awak dan bambang bantut sal ya..boleh??

    BalasPadam
  7. Manira, tinggi amat bahasanya hahahahaa

    BalasPadam
  8. manira itu maknanya saya okay.. pada zaman dahulu dimana orang tidak mengunakan saya tapi manira.. dan kerana manira itu terlalu panjang.. jadi mereka buat perubahan menjadi singkatan saya. .. kadang kadang sal pun gunakan saya sebagai manira sebab terlalu halus dan lembut hehe

    BalasPadam