Mohd Fazli bin Abdullah
(Tel : 017-7139519)
10-4-8, Taman Bukit Angkasa,
Pantai Dalam,
59200 Kuala Lumpur .
Per: Rayuan kompaun dan masalah kekurangan parkir
Salam sejahtera.
Saya seperti nama di atas ingin merayu kepada Pengurusan DBKL supaya mengecualikan kenderaan saya (kereta saya dan mungkin kenderaan-kenderaan lain) dari dikenakan kompaun atas kesalahan meletak kenderaan di bahu jalan di tempat yang bakal saya sebutkan di bawah.
Buat pengetahuan, kereta saya dengan nombor pendaftaran (dirahsiakan) telah dikompaun sebanyak 5 hingga 6 kali oleh pihak Penguatkuasa DBKL kerana meletakkan kenderaan (kononnya mengganggu lalu lintas) di jalan yang berdepan dengan Taman Bukit Angkasa menghala ke Pantai Hill Park.
Untuk makluman DBKL, saya ialah penghuni sah (bukan penyewa) di salah sebuah rumah di flat Taman Bukit Angkasa sejak saya membeli rumah di situ dua tahun yang lalu. Sepanjang pengetahuan saya, pembeli rumah kos rendah sekurang-kurangnya diperuntukkan seunit ruang parkir setiap pemilik. Malangnya saya tidak pernah menikmati kemudahan itu sejak menghuni kawasan ini. Setiap ruang parkir di taman ini telah dibolot oleh penghuni lama yang mana banyak dari mereka telah menguasai lebih dari satu parkir sekaligus termasuk untuk kegunaan kenderaan setiap satu seorang anak.
Tidak sekadar itu, bukan sedikit ruang parkir di sini yang kosong pada waktu-waktu tertentu tapi tak dapat digunakan kerana ada penghuni yang telah merasakan bahawa ruang parkir itu milik peribadi mereka, lalu mereka meletakkan halangan berupa kon, bangku malah motorsikal semata-mata tak mahu ruang itu diambil oleh orang lain.
Masalah makin bertambah dengan kehadiran peniaga jalanan yang meletakkan premis mereka di ruang parkir secara kekal dan separa kekal sampai menyesakkan lagi ruang yang telah sedia sesak di taman ini. Kesesakan ruang parkir di sini boleh DBKL lihat pada kenderaan yang diparkir berlapis-lapis.
Dan saya sebagai penghuni baru, harus berperang mulut setiap hari jika mahu meletakkan kenderaan saya di dalam kawasan taman itu. jika saya berjaya, kenderaan saya pula yang bakal jadi mangsa kemarahan dengan kesan gurisan di kiri dan kanan badan kenderaan, malah kenderaan saya pernah ditimbunkan dengan longgokan sampah oleh penghuni lama. Hal ini kerap berlaku kepada saya dan ramai lagi pendatang baru. Mujur belum ada yang mati dalam ‘peperangan’ ini. Hanya yang saya kesalkan, saya ialah penghuni sah di sini, bukan penyewa. Sebagai penghuni yang sah, dan memiliki sebuah unit rumah, saya mahukan sekurang-kurangnya satu ruang meletak kenderaan sebagaimana piawaian DBKL tentang keperluan letak kereta di kawasan kos rendah. Malangnya faktor senioriti diambil kira. Di taman ini, siapa yang lebih dulu menetap, dialah yang berhak. Adilkah begitu buat saya sedangkan penghuni lama boleh memiliki lebih dari satu ruang parkir untuk suami, isteri dan anak-anak?
Saya yakin DBKL maklum akan keadaan kami di Taman Bukit Angkasa.
Atas alasan di atas tadi, saya tiada pilihan lain selain terpaksa meletakkan kenderaan saya di mana-mana ruang kosong termasuk di sepanjang jalan yang saya sebutkan itu. Apa yang berlaku, saya berkerja pada waktu pejabat dari jam 8:00 pagi hingga jam 5:30 petang - dan saya ke pajabat menggunakan kenderaan awam kecuali jika ada berlaku hal-hal lain yang memerlukan saya berkereta. Oleh sebab itu, kereta saya selalu ada di ruang di mana saya meletakkannya kecuali jika saya menggunakan kereta itu ke pejabat pada hari-hari tertentu. Kenakanlah kompaun kepada saya setiap hari sekalipun, saya tetap tak mampu berbuat apa-apa. Kerana di situ sajalah pilihan yang ada untuk saya.
Di seberang sana , setentang dengan Taman Bukit Angkasa tersergam kawasan kuarters kakitangan DBKL. (Kuarters Kakitangan DBKL Pantai Permai). Kediaman kakitangan DBKL ini telah lengkap dipagar dan terkawal setiap hari. Penghuninya tentu tidak pernah merasakan bagaimana sukarnya kami mencari parkir saban waktu kerana setiap penghuni kuarters itu telah mendapat parkir secukupnya. Mereka tidak terganggu pula dengan kehadiran kenderaan dari luar dan mereka boleh meninggalkan kereta mereka secara tetap di situ berapa lama pun yang mereka mahu jika mereka berpergian ke mana-mana ke luar kawasan.
Bagaimana dengan kami? Di manakah ruang yang aman untuk saya? Saya tidak mengharapkan lebih, kecuali sekadar satu ruang yang aman dan terhindar dari gangguan penguasa-penguasa DBKL yang ketagih memberi kompaun dan penghuni-penghuni tamak yang buas mencederakan kenderaan yang tidak mereka inginkan.
Apa cadangan DBKL buat kami supaya kami tidak dikompaun lagi? Adakah DBKL mahu kami penghuni-penghuni miskin yang tersepit dan tinggal di kawasan sesak seperti di sini menjual kereta masing-masing sedangkan itu sajalah kenderaan yang kami ada?
Saya tidak nampak satu apa pun usaha DBKL untuk menyelesaikan masalah kami kecuali mengenakan kompaun, kompaun dan kompaun kepada pemilik kenderaan kepunyaan penduduk Taman Bukit Angkasa yang tersepit seperti saya. DBKL seolah-olah sengaja menjana untung dari masalah yang tidak pernah mampu DBKL selesaikan.
Saya mengharapkan DBKL prihatin masalah saya dan mungkin ramai lagi penghuni yang lain. Saya juga berharap agar DBKL mampu menyediakan ruang parkir alternatif kepada kami ataupun paling tidak, ambillah tindakan terhadap masalah-masalah yang saya sebutkan di atas.
Sekian.
Lha mau kamu kirim kemana nih?
BalasPadamhihihi..merayu = mengajukan = melaporkan kali ya
BalasPadamappeal
BalasPadamIya...mengajukan tuntutan kan?
BalasPadampanjangkan aduan ini pada " Aduan Rakyat " ...biar Karam Singh turun padang !
BalasPadamTurun padang?
BalasPadamooo..turun tangan maksudnya
maksudnya ..datang ke lokasi dan saksikan sendiri permasaalahannya !
BalasPadamIya, kalau disini sebutnya turun tangan
BalasPadamIdea yang bernas tu. nanti saya pertimbangkan
BalasPadammemang masalah yang biasa di hadapi bagi penduduk apartmen/kondominium di KL.
BalasPadamSudahlah dirilis ke media massa? :)
BalasPadamItulah masalahnya. Piawaian lama yang DBKL pakai sekarang tak boleh digunakan lagi. dah ketinggalan zaman. DBKL sepatutnya peka keadaan semasa
BalasPadammasih belum tegar.
BalasPadamUntuk yang belum tahu, DBKL ialah singkatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (atau di indo disebut Pemerintah Kota)
ilzaf.....bikin satu sepanduk banner.....tajuk nya yang bernas2 lah.....biar semua orang tahu.
BalasPadamtuju kepada pemilik parking yg bolot 1 parking dan pihak DBKL...
itu saja cara membongkar kisah sebenar.....dari kita menyimpan perasaan dan dendam.
atau tulis nota pada kertas A4....copy byk2 tampal pada ruang notis atau letak pada semua kenderaan.
Bagaimana dengan saluran Persatuan Penduduk disana ?..
BalasPadamboleh di manfaatkan ?
Fahaman politik membataskan hubungan sesama ahli. Itulah masalahnya
BalasPadamhuhuhuu..berat..berat...
BalasPadamalamatnya , birokrasi akan terus berleluasa ..
Instagram Takipçi Satın Al
BalasPadamToptan Telefon Kılıfı
Resimli Magnet
Silivri Çatı Ustası
Çerkezköy Çatı Ustası
AFZQ