Sering dengar persoalan di atas?
Itulah soalan yang sering saya dengar dalam media mahupun dari mulut teman-teman yang percaya sepenuh hati pada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Saya kira, ini bukanlah soalan, tapi tuduhan.
Persoalan Parti B selalu Menang dan Parti P sering kalah bukanlah pengukur pilihanraya itu BERSIH atau KOTOR. Tapi yang dipersoalkan ialah setelus mana SPR yang menjadi orang tengah dalam pilihanraya itu bersikap neutral, tidak berpihak, tidak bias dan berlaku adil.
Perhimpunan BERSIH menuntut SPR memperbaiki sistem yang dipakai dalam pilihanraya di Malaysia. Kalau tak mahu dituduh bias lagi (kalau sebenarnya satu tuduhan), cubalah sekali ini SPR turut saja tuntutan tersebut?. Andai sudah perbaiki tapi mereka tewas lagi, barulah kita tahu siapa yang sering menyalak bukit.
Saya hairan, susah benarkah SPR hapuskan undian pos/undian awal untuk kakitangan polis dan tentera? padahal undian pos inilah yang dikatakan 'talian hayat' kepada pihak yang sebenarnya kalah tiba-tiba diumumkan pemenang. Di banyak negara lain jangankan ada undi pos, polis dan tentera sendiri dituntut tidak boleh mengundi.
Saya hairan, sulitkah bagi SPR gunakan dakwat kekal untuk ditanda pada jari pengundi yang sudah selesai mengundi? Padahal sistem yang sediaada - hanya tunjuk mykad sudah boleh mengundi, sangat mudah dimanipulasi. Barangkali boleh berlaku, pembawa mykad yang sudah keluar mengundi, akan beratur sekali lagi untuk mengundi bagi pihak orang lain dengan bawa mykad milik orang yang belum tentu masih bernyawa. Di banyak negara lain, amalan mencelup dakwat hitam di jari pengundi sudah lama berlaku bagi mencegah berlakunya undi dua kali atau lebih oleh satu pengundi yang sama. Kenapa SPR tak berani terapkan cara ini?
Saya hairan, bagaimana SPR mendakwa daftar pemilih yang mereka gunakan sudah dikemaskini dan disahkan betul padahal banyak dakwaan dalam satu alamat yang sama menyimpan puluhan nama pengundi, malah berlainan bangsa.
Saya juga hairan, apa yang dituntut oleh para peserta himpunan ini lebih ditujukan kepada SPR. Tapi yang aneh, parti pemerintah dan cabang-cabangnya yang lebih banyak bersuara.
Saya tidaklah menyokong perhimpunan BERSIH, tapi saya juga tidak membantah jika jalannya betul dan apa yang dituntut ada rasional. Saya tidak percaya perhimpunan BERSIH mengundang berlakunya tragedi 13 Mei buat kali kedua. Saya tidak percaya BERSIH dipergunakan pihak-pihak yang ada hasrat meniup fahaman komunis. Lebih dari itu, saya tidak percaya BERSIH memang sengaja cipta huru-hara. Apa yang diberitakan sejauh ini dalam media, saya sifatkan keterlaluan.

Kalau tak salah knape nak takut?? he he...
BalasPadamBersih bersiiih
BalasPadamBelum bersih dari semalam???
BalasPadamSudah kotor lagi gan
BalasPadamYg terbaru SPR nak buat persempadan semula kawasan mengundi.. Nampak sangat ada udah di sebalik mee motif tersebut..
BalasPadamSebagai orang tengah, SPR harus dengar pandangan semua pihak. Itulah yang sebaiknya
BalasPadamMcm mana KL??? sdh OK ker?
BalasPadamdah ok. waktu ketika perhimpunan itu pun seharusnya tak ada apa2 yang berlaku. Hanya provokasi terlampau dari orang2 yang takut membuatkan ianya jadi kacau
BalasPadami like..
BalasPadamHai Syahrir.
BalasPadamlong time no see :)