Baru-baru ini, saya baca berita tentang meriahnya Pasar Serikin dalam sebuah akhbar terkemuka di Malaysia. Pasar minggu yang berada dalam wilayah Sarawak itu terletak hampir dengan sempadan Kalimantan Barat. Diberitakan pedagang di sana hampir semua berasal dari Indonesia dan kononnya ada pedagang yang sanggup "memandu" dari Jakarta untuk sampai ke Pontianak sebelum melanjutkan perjalanan ke sempadan.
Begitulah laporan aneh akhbar berkenaan. Tertanya-tanya saya bagaimana pedagang dari Jakarta boleh memandu sampai ke Serikin padahal kedua-dua lokasi ini terletak di dua pulau berlainan. Mungkin wartawan yang melapor tidak tahu kalau Jakarta terletak di Pulau Jawa.
Ada lagi satu berita aneh dalam sebuah televisyen Malaysia yang saya tonton sebelum ini. Berita berbahasa Melayu itu melaporkan tentang satu gempa bumi yang terjadi di sebuah pulau di Indonesia. 'Gempa Bumi berukuran X.XX skala richter telah terjadi di "Celebes"'. Begitulah menurut laporan berita yang caca merba.
Saya yakin, pemberita yang membacakan laporan itu sendiri tidak tahu di mana letaknya pulau Celebas. Malah dia juga mungkin belum pernah dengar nama itu kerana pulau itu dikenal di sini sebagai Sulawesi. Nampaknya Media Malaysia itu hanya terjemahkan bulat-bulat berita dari sumber asing.
Satu lagi berita media cetak di Malaysia yang pernah saya ingat, berita tentang pemberontakan di "Pantai Gading". Sekali lagi saya yakin, penulis laporan itu tak pernah tahu di mana letaknya negara bernama Pantai Gading kerana negara itu dikenal di Malaysia sebagai Ivory Coast. Sekali lagi media di Malaysia menyalin bulat-bulat sumber berita dari negara jiran tanpa pernah mengkaji atau sekurang-kurangnya melihat peta.
Kisah lain, beberapa minggu lepas telah berlaku satu kes kematian di asrama pelajar sebuah universiti tempatan. Si mati dikenal pasti seorang pelajar Afrika berasal dari 'Papua New Guinea'. Begitulah berita yang sempat saya baca dari sebuah akhbar yang baru muncul beberapa tahun terakhir. Lucu sekali. Apa benar Papua New Guinea ada di Afrika? Sekali lagi, wartawan media hanya ambil berita tanpa telusuri betul-betul info apa yang mereka catat. Pelajar yang mati itu sebenarnya berasal dari sebuah negara bernama Guinea di benua Afrika.

wartawan tu buta sejarah betullah....
BalasPadamWartawan harus dituntut cepat..jadi mungkin suka kelupaan
BalasPadamKalo sekali-dua bisa jadi lupa...seperti sudah berulang kali media melatah. Ini mencerminkan tahap IQ mereka : )
BalasPadamMesti banyak belajar Peta dengan Dora the explorer...hehehhehehehhehehehe:))
BalasPadamDi sini justeru sebaliknya bang, orang sini tak begitu faham negara mana atau bahkan apa itu Ivory Coast, apalagi Cote d'Ivoire (spell? cmiiw) , lol
BalasPadammedia yg mana?setahu sy x la seteruk sangat media Malaysia sampai x tau dimana papua new guinea,ivory coast.cakap je media mana,kalau ada bukti lg bagus
BalasPadamMemang kalau lokasi Papua New Guinea dan Ivory Coast, saya yakin media Malaysia tau. Tapi kalau beritanya hanya menyebut Guinea, maksudnya ialah Guniea, sebuah negara di Afrika, bukannya Papua New Guniea di Oceanea.
BalasPadamSatu lagi, Negara sebelah menyebut negara Ivory Coast sebagai Pantai Gading (sesuai keizinan negara itu yang membenarkan nama negaranya disebut dalam bahasa apapun di dunia). Dalam hal ini, media Malaysia ambil bulat2 berita dari negara jiran kita itu tanpa tahu bahawa nama negara yang mereka panggil Pantai Gading itu ialah Ivory Coast dalam sebutan kita.
Semua kejadian di atas terjadi dalam media cetak dan media elektronik. (TV3 salah satunya)
Baru2 ini, satu berita di surat khabar melaporkan konon Indonesia ambil pemain Papua New Guinea, bila mereka merujuk nama Titus Bonai, Patrich Wanggai dan Okto Maniani. Lihatlah, asal saja ada nama Papua, atau asalkan dengar nama Guniea, media Malaysia langsung fikirkan Papua New Guniea. Kesihan. Mungkin mereka harus belajar geografi lagi.
Kecuaian surat kabar tempelan ini membuat Malaysia dikertawai jiran tetangga. Sudah saya adukan kpd mereka yg berkenaa. Buktinya sila lihat disini:
BalasPadamhttp://tuneman.multiply.com/notes/item/42
kalau yang ini memang tergelak saya membacanya, hahahahahaha
BalasPadam