Bajau seperti yang pernah saya dengar sebelum ini ialah salah satu suku kaum yang tinggal di Pantai Barat Sabah. Dari pemahaman itu, saya diberi maklumat awal bahawa Bajau tidak sama dengan suku kaum Suluk/Tausug yang tinggal di Kepulauan Sulu, Filipina dan sebahagiannya hijrah ke Pantai Timur Sabah khasnya di Sandakan dan Semporna.
Namun pandangan saya jadi keliru bila maklumat dari satu suku kaum yang berasal dari selatan Filipina khasnya di Kepulauan Sulu, mengaku mereka juga Orang Bajau. Mereka mendakwa orang Bajau, Sama, Samal, dan Suluk adalah kaum yang sama dibawah nama Tausug. Lebih parah lagi mereka mengaku tidak faham bahasa Bajau yang dituturkan di Pantai Barat Sabah seperti yang saya sebut di perenggan di atas, Ditambah dengan budaya dan sosioekonomi yang berbeza, kedua suku kaum ini saling mempertikai keBajauan pihak lain. Harap ada pihak yang meluruskan kekeliruan saya ini.
Di bawah ini saya senaraikan beberapa kosakata bahasa Bajau-Sulu yang baru saya kutip untuk diri saya sendiri:
PELAJARAN PERTAMA
Bahasa Bajau Bahasa Melayu
Dikou Satu
Dua Dua
Tallue Tiga
Empat Empat
Lima Lima
Nnom Enam
Pituh Tujuh
Walu Lapan
Siam Sembilan
Sangpuh Sepuluh
Sangpuh Ka'isa Sebelas
Sangpuh Ka'dua Dua Belas
Dahatus Seratus
Dangibu Seribu
Mangan Makan
Nginum Minum
Tuli Tidur
Bilahi Ku Mangan Saya Mahu Makan
Bilahi Ku Tuli Saya Mahu Tidur
Heka Banyak
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
Survival Bahasa Melayu
Seorang lelaki kulit keruh dari ras dravida menceritakan keluh-kesah di tempat kerjanya. Satu persatu masalah dihurai bagi menagih simpati rakannya dari ras Mongoliod. Perbicaraan makin rancak dengan adanya imbauan peristiwa yang telah mereka lalui sepanjang berkerja di negara ini. Meski bunyinya memperlekehkan Malaysia dan menyentap perasaan saya, ada satu hal yang membuat saya bangga. Komunikasi mereka berlangsung dalam Bahasa Melayu. Satu bahasa yang asing buat mereka sebelumnya.
Inilah satu komunikasi antara seorang pendatang Bangladesh dengan seorang pekerja Vietnam yang baru saya dengar tengahari tadi.
Bahasa yang sangat saya sayangi ini, meski semakin dilemaskan oleh bahasa-bahasa lain yang semakin dominan di negara sendiri, ia tetap mampu bertahan, tetap dituturkan tidak formal dalam urusan sehari-hari. Situasi ini memberi keyakinan kepada saya bahawa Bahasa Melayu tidak akan pupus hingga bertahun-tahun lamanya. Satu keyakinan yang berdasar.
Tidak asing di Malaysia, Bahasa Melayu mula berkembang di kalangan pekerja rendah warga asing. Menjadi bahasa pemersatu dan satu-satunya bahasa komunikasi silang antara bangsa-bangsa kelas bawah dari luar ini. Malah tidak keterlaluan, penguasaan Bahasa Melayu di kalangan beberapa pekerja warga Nepal, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Filipina dan India lebih baik dari Warga Malaysia sendiri, khasnya dikalangan warga keturunan Cina. Malah, pendatang Indonesia sendiri perlahan-lahan mengubah dielak bahasa mereka kepada dialek Melayu yang lazim dituturkan di sini.
Tuturan Bahasa Melayu di kalangan pekerja asing di Malaysia telah membentuk satu lagi varian Bahasa Melayu yang baru. Memperbanyak dialek Melayu dari sekian banyak dialek-dialek Melayu sedia ada. Dialek baru ini hanya berkembang dari lisan dan tanpa pembelajaran formal. Penuturnya hanya merakam tiap kosakata dalam ingatan, lalu mereka tuturkan mengikut pelat lidah masing-masing. Meski kedengaran aneh di telinga kita, mereka tetap saling memahami.
Inilah kekuatan bahasa Melayu. Saya percaya, jika pada situasi sukar seperti ini pun Bahasa Melayu mampu bertahan dan berkembang perlahan-lahan, apa lagi jika ia diajarkan secara konsisten dan tegas, memakai hukum bahasa yang betul dan formal. Jika itu berlaku, Bahasa Melayu pasti bangkit dan menguasai tiap bidang kehidupan moden di negara kita. Saya percaya.
Sepanjang perjalanan saya di Vietnam dan Myanmar, dan dari pengalaman rakan yang pernah ke Bangladesh dan Filipina, kerap kali kami temui manusia-manusia yang mampu berbahasa Melayu. Semuanya hasil dari pengalaman kerja bertahun-tahun di Malaysia.

Arkeologi Sungai Batu
http://arkeosungaibatu.blogspot.com/
Ini satu laman blog yang dibina khusus untuk mengemaskini apa saja dapatan terbaru di tapak Arkeologi Sungai Batu, Sungai Petani, Kedah. Satu tapak ketamadunan manusia yang sementara ini dianggap tertua di Asia Tenggara. Hingga ke hari ini, satu demi satu monumen baru terus ditemukan, antaranya bangunan pentadbiran, relau (pelebur logam) dan pelabuhan. Proses ekskavasi masih berjalan hinggalah selesai kesemua lokasi yang dijangka terkandung khazanah silam ini digali.
Ramai tentu mengharap tapak tamadun yang lebih tua dari kerajaan Champa, Srivijaya dan Majahpahit ini yang selesai diekskavasi dan seterusnya diwartakan.
Langgan:
Catatan (Atom)