بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Arkeologi Sungai Batu


http://arkeosungaibatu.blogspot.com/
Ini satu laman blog yang dibina khusus untuk mengemaskini apa saja dapatan terbaru di tapak Arkeologi Sungai Batu, Sungai Petani, Kedah. Satu tapak ketamadunan manusia yang sementara ini dianggap tertua di Asia Tenggara. Hingga ke hari ini, satu demi satu monumen baru terus ditemukan, antaranya bangunan pentadbiran, relau (pelebur logam) dan pelabuhan. Proses ekskavasi masih berjalan hinggalah selesai kesemua lokasi yang dijangka terkandung khazanah silam ini digali.

Ramai tentu mengharap tapak tamadun yang lebih tua dari kerajaan Champa, Srivijaya dan Majahpahit ini yang selesai diekskavasi dan seterusnya diwartakan.

4 ulasan:

  1. blognya bang fazli itu?
    semoga berjaya dipublish.. hhee

    BalasPadam
  2. bukan blog saya, saya hanya bantu mempromosi. hal yang baik.

    BalasPadam
  3. Kalau perlu impor pakar dari luar negeri : )

    BalasPadam
  4. Kalau perlu, saya pun mau jadi tenaga sukarela.

    BalasPadam