Susah nak faham sebutan bahasa Inggeris orang Filipina. Puas saya sebut cafe, mereka tetap fikirkan cofee. "HARD ROCK CAFE" kata saya, "Starbuck Cofee" sangka dia. Akirnya saya taip perkataan H.a.r.d R.o.c.k C.a.f.e dalam bimbit, baru dia faham. Sebetun cafe mengikut lidah mereka jadi caRfe.
Saya sebenarnya dalam rangka cari cenderamata di kedai itu. Buat hadiah untuk rakan sepejabat. Saya naik teksi saja kerana belum yakin meredah dalam keadaan 'buta'. Teksi ditempah langsung bawa saya ke lokasi yang diminta. Hari ini, saya jelajah Makati.
Saya sebenarnya dalam rangka cari cenderamata di kedai itu. Buat hadiah untuk rakan sepejabat. Saya naik teksi saja kerana belum yakin meredah dalam keadaan 'buta'. Teksi ditempah langsung bawa saya ke lokasi yang diminta. Hari ini, saya jelajah Makati.
Makati - sisi lain dari Metro Manila |
Makati terletak di jantung bandar Manila. Jaraknya kira-kira 30
minit naik teksi dari Ermita. Ikut jadual asal, saya patutnya sudah tiba di Tagaytay. Tapi tahap kesihatan memaksa. Ada hikmahnya juga berkeadaan begini, sekurang-kurangnya saya dapat lihat sisi lain dari Metro Manila yang baru saya kenal. Semoga ada hari yang lain ke lokasi yang saya ingini.
Bersih dan Tertib |
Masuk kawasan Makati seperti melangkah ke negara asing. Suasana berubah
total. Baru tadi melepasi tamadun masa lalu, kini saya masuk ke tamadun masa depan yang baru lagi moden. Makati
dipadati bangunan tinggi mencakar langit. Semuanya terkesan eligen. Tak ada
kedai kumuh, sampah dan bau hancing seperti di Ermita. Supir teksi yang bawa saya tadi ada bilang,
tarif hotel di sini mencecah 10000 piso semalam. Penghuninya orang asing semua.
di pusat Makati City |
Makati memang dirancang jadi daerah perniagaan
utama di ibu negara Filipina. Hebatnya Makati tenggelamkan kejiranan lain
yang lebih dulu tumbuh. Makati ialah kawasan baru dalam provinsi khusus Metro
Manila - kependekan dari Metropolis
Manila. Bayangkan saja betapa luasnya bandar Manila ini. Metro Manila sebuah rangkuman kota-kota kecil termasuk bandar lama Ermita, Pasay, Quaipo dan lain-lain. Saya cuba bandingkan Kuala Lumpur (KL) dengan bandar ini. Tapi jawapannya sudah saya tahu, Kuala Lumpur hanya sebiji dari setangkai rambutan. Sebaran bisnes bandar Manila terlalu jauh. Mungkin sebaran bisnes di KL akan jadi seperti Metro Manila bila perkembangannya tak nampak sempadan sampai Putrajaya. Mungkin
Metro Manila boleh disamakan seperti Lembah Klang di Malaysia atau Jabodetabek
di Indonesia.
barisan jeepney menunggu penumpang |
Dari satu mall ke satu mall, dari satu jeepney ke
satu jeepney, saya terfikir pula Mall of Asia (MOA), sebuah mall yang
didakwa terbesar di Asia Tenggara dan ketiga besar di dunia. Dari google, baru saya tahu MOA ada di Pasay. Tapi di mana Pasay?. "Yu go 'mrt'. Stop Taff Avanue stesen" begitu menurut
warga lokal Manila yang saya temui. Rupanya masih ada sebahagian orang Filipina
yang tak fasih bahasa Inggeris.. Berlawanan dengan sangkaan saya
selama ini.
luar stesen MRT Ayala |
MRT yang saya sangka sama seperti MRT di Bangkok atau Singapura, rupanya hanya keretapi komuter. Malah jauh lebih usang dari KTM Komuter di Malaysia.
MRT Manila hanya akronim dari kepanjangan Metro Rail Transit, bukan Mass Rapid
Transit seperti yang sudah dikenal orang. Lega sikit,
sekurang-kurangnya ada sisi kalah pada metropolis Manila ini berbanding KL.
Saya naik MRT dari Stesen Ayala, tak jauh dari SM Makati Mall, setentang dengan Hard Rock Cafe.
Saya naik MRT dari Stesen Ayala, tak jauh dari SM Makati Mall, setentang dengan Hard Rock Cafe.
Melangkah masuk ke stesen MRT, setiap penumpang kena tahan untuk pemeriksaan badan
dan barang. Kalut juga pada mulanya. Sebaik turun di Taff Avanue, saya masih tak lihat Mall of Asia. Rupanya mall itu masih setengah jam
jalan kaki dari sini. Kalau malas berjalan, boleh naik jeepney dengan tambang 7.50 piso. Jepneey memang ada di mana-mana.
Ruang dalam Stesen Ayala |
sistem tiket masih pakai kad |
'MRT' mereka sebetulnya hanya keretapi komuter |
Mall off Asia gah berdiri di pesisir Teluk Manila. Kelebihan ini diguna sebaik mungkin untuk tarik pengunjung. Eleman pelancongan laut
dan belanja dipadu jadi satu. Di luar bangunan MOA ada legaran siarkaki yang panjang, lengkap dengan alat permainan luar
ala fun-fair. Tapi saya tak tertarik pada semua itu. Saya mau bersiar sepanjang pesisir tebing sambil hirup udara laut.
Saya terpandang iklan Pakej 2jam keliling Teluk Manila yang menggiurkan, lalu beranikan diri naik seorang diri. Penumpang lain terdiri orang bercinta yang datang bawa pasangan masing-masing. Apapun, Manila memang lebih cantik dipandang dari laut.
Saya terpandang iklan Pakej 2jam keliling Teluk Manila yang menggiurkan, lalu beranikan diri naik seorang diri. Penumpang lain terdiri orang bercinta yang datang bawa pasangan masing-masing. Apapun, Manila memang lebih cantik dipandang dari laut.
Mall terbesar seAsia Tenggara |
'Melancong' tak sampai separuh bandar Manila dah habis separuh hari. Manila sudah senja, sebentar lagi masuk maghrib, padahal jarum jam baru pukul 5
petang. Saya tak punya banyak waktu selain harus kembali ke hotel. Sebakul ubat yang tertinggal di hotel perlu dihabiskan.
Cari jalan pulang ke Ermita masih satu cabaran yang harus saya tempuh. Apalagi ketika bimbit sudah habis bateri.
Cari jalan pulang ke Ermita masih satu cabaran yang harus saya tempuh. Apalagi ketika bimbit sudah habis bateri.
ruang legar Mall of Asia |
Manila lebih cantik dilihat dari laut |
Mall of Asia menghadap Teluk Manila |
Rizal Memorial Park satu-satunya lokasi yang mudah dikenal orang ketika
saya tanyakan arah untuk pulang ke Ermita. Dalam payah berkomunikasi, mujur masih ada orang baik yang sudi tunjukkan arah. Saya ke Stesen LRT EDSA yang bersambung dalam jarak 50 meter dari stesen MRT Taff
Avanue tadi. "Untuk ke Rizal Park, anda harus turun di United Nation" begitu menurut info dari penjual tiket. Tambang ke sana 15 piso.
LRT Manila lebih moden dari 'MRT' |
(Bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan