بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





ANTARA ISTILAH MELAYU YANG BAKAL PUPUS

Istilah Sains:

  1. Pendebungaan
  2. Pensenyawaan
  3. Penapaian
  4. Sebatian

 Istilah matematik

  1. Kebarangkalian
  2. Pengkamilan
  3. Penaakulan

Istilah lain yang berkaitan sains dan matematik

  1. Kemasan
  2. pemiutang
  3. dan banyak lagi......

Inilah sebahagian musibah bahasa yang bakal berlaku hasil peminggiran Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tunggu saja

 

Berkata Munshi Abdullah pada abad ke-19, Melayulah satu-satunya bangsa dalam dunia ini yang tak sayang pada bahasanya.....

6 ulasan:

  1. hihihihi....pendebungaan tu bahasa Inggrisnya apa? kali aja aku nangkep bahasa Indonesia langsung...soalnya istilah2 itu x akrab ditelinga kami saat ini

    BalasPadam
  2. sbenarnya memang banyak lagi bahasa melayu yang akan pupus. sebab itu sal cuba cari dan praktikan...bermula pada kita.. insyaallah ia tak akan pupus...

    BalasPadam
  3. Saya setuju, dimulai dari kita aja yang berusaha tetap memakai istilah-istilah melayu. Di Indonesia istilah-istilah bahasa Inggris juga banyak diserap tapi kita lebih suka menggunakan istilah Indonesia kok

    BalasPadam
  4. Pendebungaan itu Inggerisnya "POLLINATION"

    BalasPadam
  5. Pendebungaan itu Inggerisnya "POLLINATION"

    BalasPadam
  6. sya memeng tidak bersetuju dengan penghakisan istilah s&m dalam BAHASA MELAYU,sebenarnya bukan orang MELAYU yang melupakan bahasa ibunda mereka tetapi KERAJAAN MALAYSIA sendiri yang membunuh bahasa kebangsaan ini yang rata-rata para pemimpin ini berbangsa MELAYU. Mungkin suatu hari nanti,negara ini pula yang akan tergadai,juga di tangan pemimpin MELAYU.. (tgu dan lihat shj)

    BalasPadam