Syair itu merupakan kesinambungan dari kisah Sejarah Johor sebagaimana posting saya sebelum ini. Ia menceritakan bagaimana bermulanya sejarah Pahang hasil kemusnahan empayar Johor akibat permainan Belanda dan Inggeris. Syair ini telah disusun semula oleh Tun Haji Omar, cicit bendahara Pahang yang pernah menjadi wakil kerajaan Johor di Jajahan Pahang satu masa dahulu.
Mari kita hayati
Mari kita hayati
Syair ‘Perang Bendahara’
Johor Lingga penuh gelora
Raja ditabal tiada adatnya
Kanda yang tua patutnya bertahta
Yam Tuan Muda melantik dindanya
Bendahara siap nak betulkan adat,
Inggeris durjana pergi menyekat
Dihasut dengan kata yang kesat
Supaya raja bertukar kerabat
Johor Lingga melanggar adatnya
Pecah berderai jadilah ia
Inggeris datang ambil Singapura
Lingga pula dirampas Belanda
Johor Lingga pernah bersatu
Seorang rajanya sudahlah tentu
Adat dilanggar siasah berlaku
Menjadi dua rajanya itu
Pecahlah sudah Johor dan Lingga
Remuklah sudah hati bendahara
Maka bicara memutus kata
Muafakat semua, orang kaya
Wahai ‘rang kaya semua yang ada
Dengarlah ini pertanyaan kita
Kepada siapakah kita beraja
Inggeris, Belanda punya angkara
Patik sekelian pacal yang hina
Kepada tuanku patik beraja
Inggris, Belanda punya angkara
Biar tuanku galang gantinya
Maka sabda, Raja Bendahara
Wahai anakanda Bendahara Muda
Isytihar semua pada semua
Negeri Pahang sudah Merdeka
Perebutan kuasa juga terjedi di Pahang, diantara Tun Mutahir yang (disokong kuat Temenggong Ibrahim) dan Tun Ahmad.
BalasPadamhmmm..wah tuneman tahu je ye bab bab tentang sejarah ni......ye
BalasPadamya... peristiwa itu berlaku selepas Pahang merdeka dari Johor ketika Bendahara Pahang meninggal dunia. Tindakan Tun Ahmad ini menjadi punca Lahirnya peta Johor seperti apa yang kita lihat pada hari ini.
BalasPadamBelajar sejarah memang menarik....
BalasPadamSehingga kini tahta Pahang masih dituntut oleh waris keturunan Tun Mutahir....saya kenal beberapa orang, jika berpeluang saya kenalkan Fazli pada meraka...kite bersembang panjang...
BalasPadamcikit2 cik yulia...he he...
BalasPadamwah menariknya...
BalasPadamSoalan peribadi: Siapakah keturunan Sultan-sultan Pahang sekarang? adakah keturunan Tun Ahmad? bahaya ni kalau dibahaskan....
Hisssshh...isu sensitive oooo...cakap siang pandang2, cakap malam dengar2...
BalasPadamnantilah kalau meraka ke KL saya akan hubungi Fazli...boleh kite berbual-bual...
Saya ikut yah nanti...he he he....
BalasPadamboleh... call je bila saya free.
BalasPadamboleh... call je bila saya free.
BalasPadamsebenarnya banyak sejarah yang termashur tentang johor ni.. trmasuk syair yang faz muatkan... teringat sal pada buku buku hikayat indera nata dan lain lainnya. mereka lebih suka mengunakan syair sebagai menceritakan sejarah... inilah namanya melayu penuh dengan bahasa dan pujangga.. cara penyampaiannya juga berkias dan beralas walaupun ada yang boleh di anggap sensitif untuk menyampaikan tetapi tetap menjaga beradaban dan kesopanan. terima kasih faz.
BalasPadamSepi amat neh!!! isi dong ah..
BalasPadamPanjang sungguh he he..
BalasPadam01Shah: Terima kasih di atas sambungan pantun sejarahnya
BalasPadamsyair di atas diubah sedikit terutamanya rangkap pertama syair asal menjadi rangkap kelima syair shah itu.rangkap pertama syair asal di atas bukanlah mengenai wan mutahir mau pun wan ahmad.ianya mengkisahkan tentang pengganti bendahara tun koris.sepatutnya tun pedah yusuf@tun da dilantik menjadi bendahara.tetapi yam tuan muda yang bersemayam di daik telah termakan hasutan permaisurinya untuk melantik tun ali menjadi bendahara pahang.allah maha berkuasa.kifarah menimpa keluarga tun ali kerana merampas hak tun pedah yusuf@tun da yang membuat baginda merajuk membawa diri ke tembeling.bila susah minta pula bantuan waris tun da untuk merampas takhta.
BalasPadamTun Da ada keluarga di Pedah?
PadamTun Da ada keluarga di Pedah?
PadamAssalamualaikum Tuan
BalasPadamAdakah blog ini masih aktif?
Terimakasih.
W M Naim
Susur galur Tun Da. ..