بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Kuching - Pontianak (Bahagian 1)

"ketika ada dua rumah panjang dibina di tebing sungai di Kuching, sudah berkembang pelabuhan dikunjungi kapal-kapal China dan pedagang Arab di Pontianak" (Pengembara Belanda, 1921)

Begitulah pandangan tentang Kuching dan Pontianak kira-kira 80 tahun yang lalu. Barangkali album ini dapat menerangkan perbezaan terkini kedua buah bandar berjiran beza negara di Pulau Borneo ini.

Semua foto dalam album ini adalah hasil yang jujur dari lensa kamera saya sendiri ketika kembara dari Kuching ke Pontianak tempoh hari. Tidak ada niat lain selain mempersembahkan apa yang saya peroleh sepanjang perjalanan. (Ceritanya di sini)

Bahagian ini menumpukan foto-foto yang saya dapat di sisi Malaysia dari Kuching menuju sempadan Tebedu. Bahagian kedua bakal menampilkan foto-foto di sepanjang laluan di Kalimantan barat dan kota Pontianak.

Kuching dan tugunya

berbilang bangsa

pemandangan seberang Sungai Sarawak

Masjid Bandar Kuching

di suatu sudut

Sungai Sarawak

pangangkutan alternatif


Perkampungan Melayu pinggir bandar

mewah

dan tersusun

santai di tebingan Sungai Sarawak

Indahnya bandar Kuching

redup dan santai

di satu sudut lain

Dewan Undangan Negeri

penginapan mampu?

bersih

berkembang di atas laluan

gedung menjulang

pengangkutan awam moden

ikut aturan

lanskap menarik

tanda sudah sampai di Kuching

cari arah ke Pontianak

inilah kenderaannya

membelah hutan

dan gunung ganang yang masih asli


juga kampung dan kebun


melewati bandar Serian

dilanjutkan menuju Tebedu, jalannya mulus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan