بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Kuching - Pontianak (Bahagian 2)

"ketika ada dua rumah panjang dibina di tebing sungai di Kuching, sudah berkembang pelabuhan dikunjungi kapal-kapal China dan pedagang Arab di Pontianak" (Pengembara Belanda, 1921)

Begitulah pandangan tentang Kuching dan Pontianak kira-kira 80 tahun yang lalu. Barangkali album ini dapat menerangkan perbezaan terkini kedua buah bandar berjiran beza negara di Pulau Borneo ini.

Semua foto dalam album ini adalah hasil yang jujur dari lensa kamera saya sendiri ketika kembara dari Kuching ke Pontianak tempoh hari. Tidak ada niat lain selain mempersembahkan apa yang saya peroleh sepanjang perjalanan. Kisahnya boleh dibaca di sini.

Bahagian ini menampilkan foto-foto sepanjang perjalanan di Kalimantan Barat menuju Pontianak dan sekitar kota Pontianak itu sendiri. Foto-foto di bahagian Kuching dan Sarawak, Malaysia boleh dilihat di sini

Sampai sempadan Indonesia


Entikong menyambut
pengangkutan awam mereka


kedainya dibangun sendiri


perjalanan diteruskan

sampai di pekan bernama Sosok
Syurga bagi mereka

oppss, hati-hati, takut tergelincir.

suatu sudut lain
melewati perkampungan Melayu

hampir sampai

membelah sungai lebar

masih juga belum sampai

Akhirnya. Pontianak, aku datang

susunannya

Menginap di sini

suatu sudut kota

Hospital di Kuching dipromosikan?

sisi Pontianak yang lain

Sungai Kapuas

sedia untuk menyeberang

berlepas ke Siantan

permukaan air sungai hanya 1 inci

sampai Siantan, salah satu sudut di Pontianak

menuju Tugu Khalistiwa

Inilah tugunya

namanya Desa Parit Makmur

Suasana di tebing sungai Kapuas

mendarat

ada yang mandi di sungai di tengah kota

ada yang nyebrang pakai RORO

Istana Kadriah

Keterangannya

senibinanya

sudut lain di Kota Pontianak

kurang lanskap hijau

eh, ini bank dari Malaysia.

kedai cenderamata di Jalan Pattimura



Tiada ulasan:

Catat Ulasan