Peta Perjalanan Kota Kinabalu - Bandar Seri Begawan |
Perjalanan Kota Kinabalu (KK) – Brunei bukan perjalanan asing buat pengembara
rentas sempadan dari Malaysia. Jaraknya taklah jauh, tapi kesannya
beza. Prestijnya tetap tinggi kerana harus pakai pasport. Buat saya sendiri, ini
bukan kembara rentas sempadan yang pertama. Saya pernah rentas sempadan yang lebih
jauh dari ini dan melibatkan lebih banyak negara. Cuma baru kali ini terfikir
buat kembara seperti ini di sini.
Bas KK - BSB beroperasi sehari sekali |
Saya mulakan kembara ini dengan bas Jesselton Ekspress. Perjalanan melewati
Sipitang – Lawas – Temburong – Limbang dan Bandar Sri Begawan. Jaraknya kurang
500KM, tapi tambangnya luar biasa mahal. Harganya RM100 seorang. Lebih mahal
dari perjalanan Kota Kinabalu ke Miri yang sebenarnya jauh lebih panjang dari ini. Tapi
berapa pun harganya, saya nekad teruskan perjalanan ini.
Jauh manapun kita melangkah, sudahkah kita kenal
negara kita sendiri? Terinspirasi dari sindiran itu, saya tempuh juga laluan ini. Melihat satu lagi sisi sempadan darat antara Malaysia dengan negara lain di pulau Borneo.
Jam 8.00 pagi. Bas penuh penumpang, semuanya bumiputra. Saya tak tahu siapa mereka. Semuanya bicara dalam satu bahasa yang sama - bahasa Melayu dialek campuran Sabah/Sarawak
dan mungkin Brunei. Dari perbualan mereka, saya yakin perjalanan KK – Brunei hanyalah perjalanan biasa. Tak lebih sekadar perjalanan ziarah keluarga. Melihat barang
bawaan, percakapan dan cara pakai mereka, semuanya telah beri petunjuk bahawa sempadan
antarabangsa Malaysia – Brunei, termasuk garisan bodoh yang memisahkan Sabah
dan Sarawak ini, tak sikit pun beri kesan pada ukhuwah yang telah berlangsung
lama. Jauh lebih lama dari kewujudan garis batas ciptaan penjajah itu sendiri.
Suasana kampung sepanjang jalan di sebelah Sabah |
Laluan KK – Brunei melewati jalan persekutuan yang pada pandangan saya
tak ada beza dengan jalan persekutuan di Semenanjung. Panorama kampung-kampung tak menggambarkan ada jurang sosial antara Semenanjung dan Malaysia Timur. Kereta persendirian nampak elok diparkir depan rumah, termasuk
antaranya jenis mewah. Rumah penduduk jenis sesebuah juga, sama saiznya dengan
rumah kampung di Kelantan, Kedah, Johor dan lain-lain. Ada rumah panggung, ada
rumah papan, ada rumah dua lantai. Pokoknya ia sama. Hanya yang beza, kampung yang
dihuni penduduk muslim dan Kristian di sini berselang-seli. Beza di Semenanjung
yang hampir seluruhnya bernuansa Islam-Melayu. Ketika lihat ini, saya jadi
hairan apa sebenarnya terjadi hingga orang Sabah dan Sarawak berapi-api laungkan slogan 'Keluar Malaysia'. Padahal dari pandangan mata kasar
saya, sosio-ekonomi penduduk di tiga wilayah Malaysia ini tak ada bezanya.
Pekan Sipitang, di selatan Sabah |
Cuma mungkin khidmat perbandaran yang disalurkan kerajaan pusat tak
sepenuhnya sampai ke masyarakat. Mungkin kerana banyak lapis harus dilalui
untuk sampai ke peringkat terkecil. Di Semenanjung,
sudahlah dekat dengan pemerintah pusat, protokol yang harus dilalui juga lebih
sedikit. Negeri di Semenanjung tak ada sub-negeri (Residensi/Bahagian) seperti
di Sabah dan Sarawak. Jadi bukankah sub-negeri di Sabah dan Sarawak yang maha luas itu
patut dinaiktaraf menjadi beberapa negeri? Dan kedua-dua negeri ini patut diangkat taraf
sama seperti Semenanjung? Hanya pandangan peribadi. Saya terfikirkan hal ini ketika turun
di Sipitang. Pekan yang agak besar tapi khidmat perbandaran kelihatan terhad.
Ketika sampai Sindumin, bas berhenti di depan bangunan Imigresen yang pertama. Sudah
masuk Brunei? Tunggu dulu, ini hanya pemeriksaan imegresen antara
dua bahagian Malaysia. Antara Sindumin, Sabah dan Merapok, Sarawak. Bunyinya
kelihatan bodoh. Saya benci fikirkan bagaimana penduduk yang datang dari satu
bahagian menuju ke satu lagi bahagian yang lain dalam satu negara yang sama di seberang sana, harus
pakai pasport. Bukankah ini pincang? Bukankah aturan bodoh ini bakal mengundang
lebih banyak perpecahan? Persetankan dengan perkara 20 dan 21 dalam Perjanjian
Pembentukan Malaysia dulu. Ia hanya perjanjian yang sebenarnya mahu menggugat
perpaduan negara. Sama seperti kontrak sosial antara tiga wakil kaum ketika
kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu dulu. Perjanjian yang sebenarnya dirangka
untuk akhirnya memecahkan.
Sempadan Sabah/Sarawak di Sindumin/Merapok |
Imigresen Malaysia, Sabah dan Sarawak terhimpun dalam satu bangunan yang
sama. Betul-betul berada ditengah garis pemisah kedua-dua negeri. Tak ada
signal selular di kawasan sempadan. Telefon bimbit jadi bahan perhiasan sebelum
berfungsi semula dua kilometer kemudian. Mungkin ini untuk tujuan keselamatan. Pasport
dicop dua kali. Satu untuk keluar Sabah, dan satu untuk masuk Sarawak. Sepanjang
perjalanan dari Merapok menuju Limbang, air banjir separas bukulali menggenangi
beberapa kampung.
Bas berhenti di Lawas. Ramai penumpang turun. Saya ambil kesempatan keluar
ke Pasar Tamu Lawas untuk makan. Sekali
lagi, saya tak nampak beza bahasa pertuturan penduduk di sini dengan di Sabah.
Ia bahasa Melayu dengan dialek khusus, campuran Sabah/Sarawak dan mungkin
Brunei.
Pasar Lawas, Sarawak |
Sungai Lawas |
Tebing Sungai Lawas |
Baru setengah jam yang lalu masuk Sarawak, kini kami keluar Sarawak semula. Bas berhenti di depan pimtu Imigresen Mengkalap untuk pemeriksaan keluar Malaysia. Pasport dicop
untuk kali ketiga. Bas bergerak lagi
selang beberapa minit di ke depan sebelum berhenti lagi di sempadan daerah Temburong, Brunei.
Imigresen Malaysia - Mengkalap, Sarawak |
Masuk Imigresen Labu, Temburong, kad
kebenaran Imigresen Brunei diserah dan pasport dicop buat kali keempat. Signal
bimbit tertukar automatik dari Maxis jadi DST. Aturan caj-rayau berkali-kali
masuk ke bimbit saya dan menyampaikan SMS berbunyi. "welcome to
Brunei".
Imigresen Brunei - Labu, Temburong |
Kalau tak lihat kereta-kereta yang dipakai orang Brunei, tak terasa
langsung sudah di luar Malaysia. Sepanjang di Temburong, dan melihat kampung-kampung
di sepanjang jalan, suasananya sungguh Malaysia. Jalanrayanya sama, kampungnya
sama, rumah-rumahnya sama. Cuma warna papantanda bertukar warna hijau dan teks
zikir huruf Arab bertulis Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar terpampang
di mana-mana.
Jalan di sebelah Brunei, menghampiri Bangar, Temburong |
Pemandangan sama seperti di sebelah Malaysia |
Setengah jam berlepas, bas berhenti menurunkan penumpang di pekan Bangar, Temburong. Sekali lagi ia beri bukti bahawa sempadan bukan pemisah hubungan darah.
Pekan Bangar, Temburong |
Stesen Bas Pekan Bangar, Temburong |
Dua puluh minit berjalan, Sampailah kami di depan pintu keluar Brunei. Bas berhenti di Imigresen Puni. Pasport bercop kali kelima. Baru tadi
di kami keluar Malaysia, sekarang masuk
Malaysia semula dari pintu yang lain pula. Beginilah sempadan aneh antara Malaysia
dan Brunei. Kadang saya fikir bukankah pembuat sempadan itu patut tukarkan
Limbang kepada Brunei dan gantikan ia dengan Temburong? Kalau itu sampai terjadi,
tidaklah sempadan ini sesulit begini.
Imigresen Brunei, Puni. |
Perjalanan dilanjut membelah Sungai Pandaruan melalui Jambatan Persahabatan Malaysia-Brunei sebelum berhenti lagi di Imigresen Malaysia, Pandaruan. Pasport bercop kali
keenam. Signal bimbit kembali tertulis 'Maxis'. Perjalanan diteruskan. Sampai di bandar Limbang, lebih ramai penumpang turun meninggalkan tak lebih dari sepuluh orang
yang masih tersisa. Kesemuanya akan ke Bandar Seri Begawan termasuk saya.
Jambatan Persahabatan Brunei (Temburong) - Malaysia (Limbang) |
Bas berjalan perlahan sebelum berhenti semula di Pintu Imigresen Malaysia,
Tedungan untuk pemeriksaan keluar. Pasport dicop buat kali ketujuh sebelum gerak semula. Kemudian berhenti lagi di depan Imigresen Brunei, Kuala Lurah.
Pasport dicop kali kelapan dan kad kebenaran Imigresen diserah sekali
lagi. Kini kami sampai di Brunei besar, setengah jam sebelum sampai di Bandar
Seri Begawan. Signal Maxis berganti semula jadi DST sambil kiriman SMS tak
henti-henti masuk mengucapkan Selamat Datang.
Pintu Keluar Imigresen Malaysia menuju Brunei di Tedungan, Limbang |
Penat naik turun bas, keluar masuk Malaysia dan brunei, akhirnya saya sampai destinasi. Penatnya menulis kisah ini sama penatnya seperti kaki
melangkah keluar masuk sempadan untuk pastikan pasport bercop lapan kali. Jika dilanjutkan sampai
ke Miri, nescaya bakal lebih penat lagi. Mukasurat pasport saya pun bakal lebih
cepat penuh dengan tambahan dua lagi cop imigresen.
Sekian. Selamat Datang ke Brunei – Dunia ajaib di tengah Borneo.
berharganya perjalanan.
BalasPadamterima kasih berkongsi...
andai kita boleh putar masa untuk ke masa lalu, jadikan ia tanpa sempadan?
alangkah lebih molek?
wallahualam.
entry yang menarik, syabas saya ucapkan..sebenarnya sabah dan sarawak adalah sebuah negara yang diturunkan status kepada sebuah negeri pada tahun 1976. perkara 18/20 semasa pembantukan persekutuan malaysia terdiri dari negara sarawak, negara sabah (north borneo), negara singapura dan persekutuan tanah melayu (malaya). apabila kita pergi sesebuah negara, mestilah memakai passport, begitu juga apabila dr semenanjung ke sabah atau pun sarawak...anda perlulah menggunakan passport.
BalasPadamAnehnya penduduk Sabah & Sarawak yang datang ke Semenanjung tak pula pakai pasport. Orang Sabah/Sarawak begitu bimbang haknya di ambil orang Semenanjung, tapi tak pernah fikir pun bagaimana kebimbangan orang Semenanjung jika haknya diambil orang SS. Mereka boleh masuk sesuka hati. Adilkah?
Padammaafkan saya mencelah, ini kerana saya orang sabah. bagi saya benda ini sangat adil. sebab, yang pada asalnya mengajak sabah dan sarawak masuk ke tanah melayu adalah tanah melayu sendiri. cuba bayangkan kalau ada negara lain yang ajak tanah melayu join mereka. pasti kamu sendiri akan tetapkan syarat bukan? jadi adillah bagi sabah/sarawak jika kami mengenakan syarat sedemikian. ini kerana sabahjuga ingin melindungi rakyatnya. maafkan saya jika bahasa saya kurang sesuai.
PadamTerima kasih didulukan atas komen tersebut. Cuma saya ada pandangan saya sendiri. Sudah lebih 50 tahun Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung bersatu, membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia. Dalam usia setua itu jika disamakan dengan usia perkahwinan manusia, pasangan itu sudah matang, sudah miliki cucu, dan cucunya tak akan peduli lagi berapa hantaran perkahwinan datuk neneknya. Begitulah persekutuan Malaysia yang seharusnya sudah mulai menanam satu sifat yang sama antara wilayah. Di negara lain juga begitu. Sayangnya hal ini tak terjadi di Malaysia, masih ada manusia dalam wilayah Malaysia yang mahu sampai mati hidup terpisah, dan mahu dipandang beza dari wilayah yang lain. Jadi saya ingin bertanya, ikhlaskah ingin bersatu dalam satu negara yang sama? Bukankah sudah sampai masanya kita bina negara kita kearah yang lebih baik, berkungsi satu hak dan tanggungjawab?
BalasPadamSalam sejahtera. Niat En. Fazli ni baik dan pandangan itu pun sangat baik. Tetapi,soalan berkenaan ikhlas itu sangat lah tidak sesuai ditimbulkan dan sangat lah tidak bijak. Jika Seluruh penduduk di Malaysia ini adalah bernama En. Fazli maka keinginan itu bisa terjadi. Sebelum bercerita mengenai wilayah dan negara yang skopnya terlalu besar, yang perlu kita persoalakan adalah asasnya terdahulu. Manusia-manusia yang ada didalam negara itu dulu yang perlu dipersoalkan. Tanpa manusia-manusia ini maka perkataan MALAYSIA itu tidak akan tercipta. Sedangkan manusia senegeri mati hidup terpisah apatah lagi wilayah. Sedangkan daratan semenanjung terpisah dengan borneo selama 50 tahun apatah lagi manusia(kecuali dengan kehendakNYA).Jadi bagaimanakah kita bina negara ke arah yang lebih baik, berkongsi satu hak dan tanggungjawab jika asas itu pun tidak sempurna? Bagaimanakah soalan ikhlas itu dijadikan satu aras untuk bersatu dalam satu negara yang sama? Kehidupan didunia ini memang tidak ada kesempurnaan. Apa yang telah ditetapkn oleh pemimpin kita sebelum ini sehingga terbinanya tidak perlulah dipersoalkan. Ada perkara yang perlu dipersoalkan dan ada perkara yang tidak persoalkan yang hanya mengakibat kan kebinasaan. Dunia ini memang tidak sempurna jika kesempurnaan yang dicari. Alhamdulliah Malaysia aman dan damai dimana penduduknya bebas bergerak kemana saja tanpa rasa takut. Saya mohon maaf jika ada tersilap atau terkasar bahasa. sekian.
PadamSalam, boleh saya tahu bagaimana nak dptkan tiket bas dari kk ke brunei? Beli di terminal ke macam mana?
BalasPadamSalam, boleh saya tahu bagaimana nak dptkan tiket bas dari kk ke brunei? Beli di terminal ke macam mana?
BalasPadamgood reference, terima kasih
BalasPadamterima kasih atas perkongsian anda, amat membantu tetapi ada istila tidak sopan (bodoh).. alangkabaiknya kalau menggunkan istila lebih baik. bahasa melambangkan budaya kita. salam damai.
BalasPadamBagus juga jika setiap bahagian atau daerah di sabah n swak masing2 di naik taraf menjadi sebuah negeri, mempunyai DUN, EXCO dan budget yg tersendiri. Sabah n sarawak pula di naik taraf menjadi negara gabungan dlm persekutuan Malaysia. Jika perlis pon boleh jadi sebuah negeri, apakan lg daerah sandakan yg lg luas dr sesetengah negeri di semenanjung..
BalasPadamPerkongsian menarik. Terdapat juga pertikaian kecil. Teras pembentukan Malaysia amat baik. Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pemimpin dahulu berjuang bermati-matian. Pemimpin sekarang apakah sama? Umpama memberi Tiga lada kpd anak berumur 20tahun,13tahun dan 6bulan.Adalah adil? Sekadar perkongsian.
BalasPadamTesting
BalasPadam