Padang untuk acara sambutan Maulidur Rasul. |
Ketika sampai terminal, lelaki kutu rayau tadi minta sepuluh ringgit untuk beli
tiket. Lama juga saya tunggu sambil mengharap dia muncul semula bawakan dua tiket untuk kami, tapi sia-sia. Baru sedar rupanya saya dah ditipu. Saya lihat dia sudah naik bas seorang diri ke Kuala Belait. Kopak sudah sepuluh ringgit duat saya dalam situasi habis bekalan. Apapun, ini sebuah lagi pengalaman berharga dapat saya kutip di negara yang
ajaib ini. Siapa kata Brunei tidak ada kutu rayau yang kerjanya mengemas sedekah?
"itu mas, bas ke Kiarong" kata warga Indonesia ini. |
Saya fikir, kalau orang luar di Brunei tak tahu bezakan siapa pendatang, siapa warga Brunei asli, mungkin pandangan orang luar yang datang ke Malaysia pun begitu, semuanya disangka warga Malaysia. Padahal ramai pendatang asing.
Istimewa naik bas di Bandar Seri Begawan ini, semua destinasi di daerah Bandar Brunei cuma bertarif seringgit sehala. Penumpang dihantar
betul-betul di depan lokasi yang nak dituju, termasuklah ke lorong-lorong
kecil jika diminta. Saya hanya sebut Maybank Kiarong tanpa tahu dimana
lokasinya, bas siap bawa saya ke sana. Begitu mudah. Dijamin takkan sesat.
Di seberang lebuhraya setentang Maybank Kiarong itu, ada sebuah masjid besar yang
cantik iaitu Masjid Jame' 'Asr Hassanal Bolkiah. Ramai pengunjung
luar dibawa melawat oleh agen-agen pelancongan Brunei. Seperti juga di Malaysia, pengujung bukan Islam, diizin
masuk hingga ke ruang solat jika memakai tutup kepala. Alhamdulillah saya
sempat solat zohor sambil nikmati indahnya senibina. Di satu sudut
kecil, dalam dewan solat ada ruang khusus untuk simpan barang-barang pengunjung yang
ditemui - akan dipulangkan jika dituntut. Mungkin ini hal baru yang boleh kita
terapkan di masjid-masjid seluruh Malaysia.
Maybank Kiarong - satu-satunya di Brunei |
Di depannya masjid ini |
Siapa Punya? jam, cincin, malah tasbih yang ditemui di sekitar masjid, |
Pemilik kereta ini tinggal di kampung air di seberang sana |
"dulu mana ada negara Malaysia" sergah dia, "Singapura, Brunei, Johor, Kelantan itu semuanya sama, milik British". Pakcik Kadir menyambung cerita. Menurutnya, dia pernah kerja di Singapura dan Pulau Pinang sebelum dikembalikan ke
Brunei ketika Tanah Melayu merdeka 1957. Menyentuh tentang Brunei, Pakcik Kadir tekun sekali ceritakan
riwayat sultan dan undang-undang hudud yang sedang dilaksanakan. "banjir besar di Kelantan sekarang, kan satu musibah" perli Pakcik Kadir. Tanpa dijelaskan lanjut pun, saya dah faham maksud Pakcik Kadir. 'Malaysia juga patut Hudud'
Sungai Kianggeh, waktu subuh |
Jumaat 2hb Jaunari 2015. Hari terakhir saya habiskan sekali lagi dengan meneliti cara hidup sosial masyarakat Melayu Brunei - yang sebetulnya gabungan suku Kedayan - Dayak dan Bajau. Pagi ini, saya ke kampung air sekali
lagi. Tujuan saya ialah lokasi rumah air moden yang dibangunkan kerajaan Brunei.
Di Sungai Kianggeh, sudah sedia menunggu perahu yang saya tempah sejak subuh. Pengemudinya bernama Sidek. Harga upah 7 ringgit sudah saya lunaskan siang-siang. Meski terasa mahal, saya relakan saja bila mendengar keluh kesah Sidek yang katanya hidup susah. Sampai waktu, saya di bawa lihat kampung air yang berjejeran di sepanjang Sungai Brunei, Sungai Kedayan dan Sungai Limbang sebelum diusir Polis Marin Malaysia.
Menurut Sidek, dia sebetulnya keturunan Bajau warga Malaysia kelahiran Sandakan. Tapi berpindah ke Brunei bila dibawa keluarganya. Sampai sekarang, Sidek belum pernah balik ke Sandakan, malah Sandakan ada di bahagian mana dalam Malaysia pun dia tak pernah tahu. "best kan tinggal di Malaysia, negaranya luas. Brunei ani kecil bah, satu jam saja sudah sampai hujung negara"

Sidek lahir di Sandakan |
Sidek juga bekas tentera. Sebelum ditawarkan jadi tentera, Sidek ialah atlit Brunei ke Sukan
Sea tahun 90an untuk acara perahu layar. Atas jasanya sebagai atlit negara, Sidek dikurniakan Kad Pengenalan Kuning. "jadi tentera di Brunei ani bosan bah" keluh Sidek, "kalau dalam Malaysia, bolehlah di hantar jauh sampai Kelantan" sambung dia. Bosan jadi tentera, Sidek
berhenti awal, sekaligus terlepas bantuan latihan dibawah Kementerian Belia dan
Sukan Brunei.
Sidek sekarang hanya sambung usaha orang
tuanya jadi nelayan dan kadang-kadang bawa perahu tambang. "kalau kau
fikir orang Brunei kaya, itu sultannya saja, rakyatnya banyak yang susah"
tambah dia."lebih susah lagi bila ramai orang Indon" Kata Sidek geram. "Orang Indon rampas semua sumber rezeki yang sebelumnya diusahakan orang Brunei" sambung Sidek dalam nada kesal. Saya hanya mengiyakan.
Rumah batu terapung di bina di atas air |
Istimewa kampung air di Brunei, ia berperingkat dimodenkan. Wajah rumah air yang kotor dengan najis dan sampai yang terampai tak diurai, hampir tiada lagi. Sedikit demi sedikit perumahan air moden dibina melalui konsep
sewa beli. Kampung air Brunei mungkin sesuai jadi contoh. Saya kagum.
ASEAN kini 10 |
Kembara saya di Brunei tamat di rumah Sidek selepas dijamu makan
tengahari hidangan Cina oleh isterinya keturunan Cina Brunei. Sama seperti Sidek, Isterinya juga sudah dapat Kad Pengenalann Kuning.
Serasa dekat pula dengan Sidek dan keluarganya. Momen ini mengabadikan kenangan saya, titik terakhir dari semua 10 negara Asean. Sempat juga saya minta Sidek rakamkan gambar saya bersama nota "ASEAN KINI 10" Tahniah untuk diri saya sendiri.
Selepas dari ini, insyaAllah Eropah, atau Asia Selatan menyusul