بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
:::::Anak Tokmacan::::: Perjuangan Bangsa Melayu Patani
Ini satu wadah perjuangan Bangsa Melayu Patani untuk membebaskan wilayahnya dari kekuasaan Orang Thai. Mungkin sesuai untuk dikunjung oleh mereka-mereka yang menyokong perjuangan mereka
Artis Malaysia tidak dilayan adil di sebuah negara tetangga
Laporan itu juga menyebut, ini merupakan kali kedua artis Malaysia dimalukan oleh beberapa pihak di negara berkenaan. Pada kali pertama dulu, kunjungan Mawi dan Jac terpaksa pulang awal kerana beberapa pengendali media disana membatalkan temuramah mereka pada saat akhir. Tindakan pihak terbabit seolah-olah mahu menyekat peluang artis Malaysia untuk diterima di negara itu sebagaimana peminat di Malaysia menerima penyanyi dari negara berkenaan.
Pada akhir perenggan, penulis laporan itu menuntut mana-mana penyanyi popular Malaysia agar melupakan hasrat untuk ke negara berkenaan kerana menurutnya industri hiburan di negara itu pun tidaklah sehebat mana.
Kata saya: Sebagaimana Malaysia memberi peluang yang luas untuk penyanyi dari negara terbabit hinggakan mereka begitu popular dan lagu mereka dinyanyikan dimana-mana di Malaysia, negara berkenaan pun sepatutnya memberi peluang serupa untuk penyanyi dari Malaysia. Saya fikir; jika kita dilayan seperti itu, sudah sampai masanya kita berbuat perkara serupa untuk penyanyi mereka. Mungkin mereka takut, nanti ramai yang akan sepopular Siti Nurhaliza.
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tak Kenal Maka Tak Cinta (atau kata sahabat lama saya: Tak Kenal Maka Tak Kawan).
Hari ini 07.07.07, kira-kira jam 12.30 tengahari ketika saya di tempat kerja, saya menerima panggilan telefon dari kenalan saya, Kak Fatimah dan anaknya Alisdi yang baru saja mendarat di pelabuhan Melaka setelah lebih kurang 3 jam menempuh perjalanan laut dari Dumai, Indonesia. Dalam perbualan telefon itu, saya dimaklumkan bahawa mereka kini sedang menunggu bas untuk pulang ke pangkuan komuniti mereka di Kampung Kemensah, Ulu Klang.
Jiranku Mati Dibunuh
INDON ASINGKAN DIRI
Maafkan saya kiranya judul di atas mengundang rasa marah beberapa sahabat. Judul di atas sebenarnya merupakan tajuk utama sebuah artikal dalam akhbar (koran) Harian Metro bertarikh 2 Julai 2007. Saya tertarik untuk mengulas artikal ini berkisar tentang pendatang Indonesia yang telah menetap lama di Malaysia tetapi masih tidak mahu bercampur-gaul dengan masyarakat tempatan (warga Malaysia). Artikal ini ditulis berdasarkan pengamatan wartawan akhbar tersebut di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Antara lain, wartawan itu melaporkan biarpun ada di kalangan pendatang Indonesia itu telah mendapat taraf penduduk tetap (PR) dan sebahagian lagi telah menjadi warganegara, mereka tetap tinggal dalam kelompok komuniti mereka yang 'terasing' walaupun sebenarnya tinggal sekampung dengan masyarakat melayu tempatan (lokal). Mereka itu telah disifatkan sebagai 'sombong' oleh penduduk setempat kerana keengganan mereka untuk turutserta dalam kegiatan sosial yang dianjurkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) kampung tersebut. Sebaliknya, mereka lebih gemar berkumpul sesama sendiri.
Menurut seorang penduduk; Masyarakat di Malaysia, orang Melayu khasnya tidak pernah memencilkan pendatang Indonesia, sebaliknya pendatang Indonesia itu sendirilah yang tidak suka bergaul dengan orang Melayu. Menurutnya lagi, sikap seperti itu menimbulkan rasa kurang selesa dan curiga pada penduduk tempatan.
Dari tinjauan Harian Metro, pendatang Indonesia ini dilihat hidup dalam komuniti mereka, memilih jiran di kalangan komuniti mereka dan membuka perniagaan seperti warong dan kedai runcit untuk komuniti mereka sehingga ada beberapa tempat berkembang menjadi pekan (small town) sebagaimana petempatan mereka di negara asal (little Indonesia).
Ulasan saya: Secara peribadi, saya bersetuju dengan apa yang dilaporkan Harian Metro ini. Selama bersahabat dengan beberapa pendatang Indonesia, saya sendiri menyaksikan perkara serupa. Mereka bukan sekadar tinggal terasing dalam komuniti Indonesia, sebaliknya turut terpecah mengikut kumpulan etnik - Lombok sesama Lombok, Kerinci sesama Kerinci, Acheh sesama Acheh dan Madura sesama Madura. Pernah satu ketika semasa melawat rakan asal Kerinci di Ulu Klang, saya lihat ketika sembahyang berjemaah pun mereka lakukan sesama mereka di surau yang dikelolakan komuniti mereka sedangkan tidak sampai 50 meter di hadapan wujud sebuah masjid milik JKKK kampung yang turut sembahyang berjemaah.
Saya pernah bertanya kepada rakan asal Kerinci itu tentang soalan - Mengapa komunitinya mengasingkan diri dengan penduduk kampung?. Jawapannya: Kerana orang kampung bersikap prajudis kepada pendatang. Pada saya, sebenarnya semua pihak saling tidak percaya. Sebenarnya; tak kenal maka tak cinta.