بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Jiranku Mati Dibunuh

Malam ini, sementara tiada rancangan menarik di TV, saya membelek beberapa buah naskah lama akhbar Harian Metro (naskah langganan saya setiap hari). Memang biasa, saya jarang membaca habis setiap berita yang tersiar dalam akhbar pada hari yang sama. Ketika meneliti akhbar itu yang bertarikh 3.Julai.2007, mata saya tertumpu ada satu berita bertajuk  Mati Dihentak Joran dan mencatatkan nama Simpang Renggam sebagai tampat dari mana berita itu berlaku. Disisi teksnya, terpampang wajah seseorang yang sangat saya kenali.  Teruja dengan itu, saya amati tajuknya dan mambaca isinya satu-persatu.
Astagafirullah..... perasaan bangga pada mulanya kerana berita dari kampung saya, Kampung Macap, Simpang Renggam, Johor tersiar di akhbar tiba-tiba bertukar sedih setelah mengetahui jiran sekampung saya mati dibunuh oleh 4 penjenayah asal Lombok dalam satu kejadian rompakan. Salam takziah untuk rakan saya Hairi Shah (wajahnya tersiar disisi berita) atas pemergian bapanya Ishak Mingon (lebih dikenali sebagai Wak Sekak di kalangan penduduk kampung) pada hari isnin yang lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang tidur di rumahnya tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan 4 penjenayah warga asing yang bertindak ganas menghentak kepala mangsa dengan besi joran beberapa kali sebelum melarikan diri bersama hasil rompakan. Mangsa bagaimanapun sempat mengejar penjenayah terbabit kira-kira 100 meter sebelum dia tersungkur dan tidak sedarkan diri. Menyedari bunyi bising diluar rumahnya, anak mangsa, Hairi Shah yang tinggal dirumah bersebelahan cuba meminta bantuan beberapa penduduk kampung sehinggalah 3 daripada 4 penjenayah terbabit dapat ditangkap. Penjenayah Asing dari Lombok yang dikenali sebagai Amin, Jukri dan Mesah dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Simpang Renggam dan Kluang.
Sebaik membaca berita itu, saya segera menelefon keluarga di kampung untuk bertanya khabar mereka sambil mendapatkan kisah sebenar kejadian. Alhamdullilah, kedua orang tua saya selamat. Semoga Allah selamatkan kedua mereka dari musibah, Amien.
Salam takziah buat keluarga mangsa. Harap bersabar dengan ujian Tuhan

9 ulasan:

  1. Sering kita membaca berita sebegini, tindakan nekad & kejam para penjenayah, justru kerana inilah pemerintah M'sia memperkenalkan sistem Biometrik Kartu Pengenalan Tenaga Kerja Asing. Takziah kepada keluarga teman awak En. Fazli.

    BalasPadam
  2. akan saya sampaikan salam takziah itu. InsyaAllah

    BalasPadam
  3. Turut belasungkawa...
    semoga arwahnya dirahmati Allah

    BalasPadam
  4. Inaillahi wainaillahiroziun...Ini lagi yg suka merosak nama bangsa, moga pelaku tertangkap dan diadili seadil2nya, kalau boleh hukum mati saja sekalian...

    BalasPadam
  5. Ya, sudah ditangkap. Menurut ibuku dikampung, penjenayah itu tinggal tak jauh dari kawasan kampung kami. Sebenarnya, perangai manusia sama saja. Pesalah dari mana sekalipun patut dihukum. Cuma dikhuatiri, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  6. Pastilah itu...nama baik orang Indonesia pasti rosak karena segelintir orang-orang biadab macam nih..Terutama keluarga yg ditinggalkan pastinya akan trauma dan membenci apapun yang berhubungan dgn Indonesia. Kalau perkara kejahatan macam ini saya pun tak mendukung walau di orang manapun, terserah Pemerintah Malaysia nak diapakan, Hukum matipun boleh biar pelaku kejahatan yg lainnya jerah.

    BalasPadam
  7. dengo2 ibunda 'kurang suka' dengan apahal dari Indonesia ya?
    dengan masalah2 jinayah ini ibu tambah tak suka ya?
    harap fazli jelaskan dengan bijak ke ibu bahwa kita tue ada 250 juta...tak semua macam tue...

    BalasPadam
  8. Emak saya tu keturunan Jawa. tapi dia tak pernah merasa yang dia keturunan Indonesia kerana dia lahir di Malaysia. Semasa kecilnya, dia sangat takut dengan tentera Indonesia yang pernah menceroboh Johor semasa konfrantasi. Mungkin kerana itu, sampai sekarang dia fobia dengan Indonesia. lebih-lebih lagi sekarang ni banyak pendatang indonesia yang kurang baik masuk ke Malaysia. Saya akan berusaha yakinkan dia bahawa Indonesia itu tak jahat. yang melakukan jenayah itu hanya sebilangan kecil warganya. Harap, kalau setiap kali saya pergi ke Indonesia dan saya pulang dengan selamat, persepsinya akan berubah.

    BalasPadam