بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Mereka kini semakin terdesak

Tak sudah-sudah orang Islam di Malaysia menjadi mangsa sasaran sebuah pertubuhan agama tertentu dalam usaha mereka menarik orang Islam khususnya Melayu meninggalkan Islam dan mengikut agama mereka secara beramai-ramai. Kalau dulu, usaha golongan itu sekadar menyelitkan simbol agama dalam permainan kanak-kanak, ataupun menyebarkan risalah tentang agama mereka dari rumah ke rumah, atau memberi  VCD dakwah tentang agama mereka secara percuma kepada orang Islam dan lain-lain, kini mereka menggunakan taktik paling keji dan tidak bermaruah. 

Beberapa kawasan penduduk Melayu di Damansara sejak seminggu lalu telah menerima beberapa risalah yang mengandungi terjemahan Al-Quran dan Hadis yang dipalsukan. Taktik pertubuhan agama itu kali ini, menggunakan peti surat sebagai alat untuk menyampaikan dakyah jahat mereka kepada golongan sasaran. Dipercayai, usaha meletakkan risalah dalam peti surat ini dilakukan atas faktor keselamatan bagi mengelak mereka dari dikenali.

Risalah mengandungi terjemahan palsu itu dilakukan bertujuan untuk menimbulkan rasa sangsi dikalangan umat islam terhadap Al-Quran. Mereka juga cuba menyelitkan fahaman mereka melalui terjemahan-terjemahan yang dipalsukan itu melalui ayat-ayat seperti 'Bapa berkata..' 'anak Tuhan.. ' dan lain-lain.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

9 ulasan:

  1. saya pikir hanya di Indonesia saja taktik serupa dijalankan kaum kafir.
    semoga muslim malaysia tetap tabah menghadapi semua cobaan...

    BalasPadam
  2. Kalo boleh En. Fazli nyatakan dgn lebih tepat, Damansara yg mana dimaksudkan? kerana saya tinggal disekitar sana. Tidak pernah pula kami apa2 risalah tentang isu keagamaan atau perkauman.

    BalasPadam
  3. ini adalah petikan berita yang disiarkan dalam Berita Harian semalam. Sumber kedua dipetik daripada beberapa orang kenalan yang tinggal di Damansara Damai.

    BalasPadam
  4. Aduh, kok begitu sih? Agama kan hak pribadi setiap individu, ya sudahlah kenapa mesti melakukan hal-hal semacam itu?

    BalasPadam
  5. Kalau kasus Lina Joy, tahulah saya...
    Begitulah jadinya

    BalasPadam
  6. Ohhh.. Damansara Damai. Pada fikiran saya saat ini umat Islam di M'sia mampu berpikir mana yg salah mana yg benar. Walau begitu tindakan pihak ini yg cuba memecah-belahkan keharmonian rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama amat lah merbahaya. Jika memang benar perkara ini terjadi iyanya harus dibendung diawalnya.

    BalasPadam
  7. Kalau En. Jim sering baca mana-mana akhbar berbahasa Melayu, beberapa hari lalu hangat diperkatakan tentang amaran kerajaan kepada penulis blog, pengarang risalah dan sesiapa saja penerbit bahan-bahan lain sekiranya mereka cuba memainkan sensitiviti agama dan perkauman seperti cubaan memburukkan Islam dengan menghina Nabi Muhammad dan memburukkan orang Melayu dengan menghina Yang Dipertuan Agong. Isu yang saya ketengahkan merupakan sebahagian daripada tindakan 'pelampau' yang menerima amaran itu

    BalasPadam
  8. Iya saya ada mendengar apa yg diperkatakan oleh Datuk Seri Nazri di Parlimen tentang penulis2 blog yg cuba menyebarkan fitnah bertujuan untuk memecah-belahkan keharmonian rakyat.

    BalasPadam
  9. Berarti sudah x bebas berekspresi ya...duh, dialam mayapun dilema menyerang juga...

    BalasPadam