Sekadar Pandangan.
Saya merujuk laporan sebuah akhbar hari yang melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mangambil lepasan Sekolah Swasta Cina untuk ditempatkan di sekolah-sekolah kebangsaan bagi mengajar Bahasa Mandarin. Menurut menterinya, keputusan itu diambil ekoran bantahan pelbagai pihak termasuk dari parti politik dan NGO kaum Cina yang memprotes cadangan asal kerajaan iaitu mengisi kekosongan dengan mengambil sebahagian guru dari SRJKC dan guru-guru dari China.
Kata saya: Ketika negara dikejutkan dengan tindakan biadap bekas pelajar sekolah swasta itu yang menghina Melayu dan Islam dalam lagu rap ciptaannya, dan mendakwa kerajaan tidak mengiktiraf lepasan sekolah swasta hingga menyebabkan beliau terpaksa manyambung belajar di Taiwan, kini keputusan Kementerian Pelajaran (seperti di atas) seolah-olah diambil kerana takut dengan pengaruh kaum minoriti yang menguasai ekonomi itu hingga kerajaan terpaksa mengubah dasar.
Pada saya, kelulusan itu menggambarkan bahawa kerajaan sudah mula mengiktiraf Pendidikan Swasta Cina termasuk peperiksaan UPC yang dikendalikan mereka hingga lepasannya boleh diterima menjadi kakitangan kerajaan tanpa melalui peperiksaan kebangsaan seperti SPM dan STPM. Saya bimbang, niat awal untuk memperkasakan sekolah kebangsaan bukan sekadar tidak berjaya sebaliknya semakin banyak sekolah swasta cina yang bakal muncul ekoran pengiktirafan itu.













