Pandangan peribadi.
Sementara itu, Malaysia juga terlibat dalam perebutan hakmilik terhadap sebahagian dari Kepulauan Spratly. Kepulauan yang terdiri dari struktur tanah, terumbu karang dan beting pasir turut dituntut secara keseluruhan oleh China, Vietnam dan Taiwan dan secara sebahagian bersama Filipina. Sementara Brunei mendakwa satu dari terumbu karang di situ termasuk dalam wilayahnya. Bagaimanapun Brunei tidak membuat tuntutan secara rasmi.
Saat ini, Malaysia dan Singapura sedang dalam proses perbicaraan berhubung tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih (Singapura: Pedra Branca). Bagaimana keputusannya? Kita tunggu sehingga ia diputuskan sebelum bulan Jun tahun depan. Kedua-dua Negara sudah bersetuju menerima sebarang keputusan dan apa yang bakal diputuskan akan mengikat kedua-dua pihak
Sedikit info, Pulau tersebut terletak sejauh 12.5km diluar pantai Johor dan 64km dari Singapura. Saat ini, Pulau Batu Putih sedang ‘diperintah’ oleh Singapura kerana mewarisi kawalan yang pernah dilakukan penjajah British sejak 1844. Malaysia mendakwa, pulau tersebut selamanya menjadi milik kesultanan Johor. Kerajaan British (Singapura) hanya dibenarkan membina dan menjaga rumah api (marcu suar) saja.
Mungkin sekiranya faktor Pemilikan Efektif diambil kira dalam menentukan siapa pemilik sebenar, saya beranggapan Singapura tidak ada halangan untuk memenanginya. Ini berdasarkan penjagaan mereka sepanjang 150 tahun yang lalu semenjak negara itu dibawah kuasa British lagi. Tuntutun Malaysia bermula selepas peta terbaru Malaysia dikeluarkan pada tahun 1979.
Bagaimanapu faktor sama yang telah memenangkan Malaysia dalam kes tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan mungkin tidak boleh diterima sebagai bukti sahih pemilikan Singapura. Malaysia mendakwa, Singapura hanya diberi kuasa mengawal rumah apa, bukan menguasai kedaulatan pulau tersebut. Pulau Batu Putih bersama beberapa pulau lain telah diserahkan oleh Sultan Johor kepada British untuk pembinaan rumah api sejak 1840-an lagi. Bukti pemilikan Sultan Johor terhadap pulau itu sangat nyata berdasarkan keizinan itu.
Pada tahun 2002, Pulau Sipadan dan Ligitan disahkan milik Malaysia berdasarkan faktor Pemilikan Efektif setelah kedua-dua bukti pemilikan yang didakwa Malaysia dan Indonesia ditolak mahkamah. Malaysia mendakwa pulau-pulau tersebut merupakan sebahagian dari wilayah Sabah yang ketika itu berada di bawah kuasa kesultanan Sulu. Sabah kemudiannya dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada British. Sementara Indonesia mendakwa pulau-pulau tersebut termasuk dalam wilayah Kesultanan Bulungan yang kini menjadi Provensi Kalimantan Timur, Indonesia. Kedua-dua bukti yang dikemukan Malaysia dan Indonesia tidak jelas dan tidak diterima dalam penentuan kes itu.
Ketika ini, kesemua negara yang menuntut sedang berusaha mengukuhkan bukti pemilikan masing-masing mengikut cara yang dirasakan paling efektif. Antaranya seperti membina rumah api, membina kem tentera atau meletakkan beberapa orang tentera dan membina jeti pendaratan ikan. Malaysia bagaimanapun turut membina resort dan menjadikan beberapa struktur yang telah diduduki sebagai kawasan pelancongan.
Nampaknya masing-masing negara punya cara. Entah cara mana yang lebih efektif dan paling berkesan.








.jpg)
.jpg)














