بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Bendera ini masih berkibar..?


Baru beberapa hari yang lalu, akhbar (koran) Malaysia menyiarkan isu Warga Indonesia asal Aceh  yang memonopoli premis perniagaan bumiputera di sekitar pasar-pasar utama di pusat bandaraya Kuala Lumpur (KL). Kini terbuka lagi mata ini apabila aku menyedari rangkaian perniagaan mereka sebenarnya bukan sekadar di KL, malah berselerakan hingga ke Subang Jaya, Petaling Jaya, Selayang dan malah di kawasan tempat tinggal ku sendiri, Pantai Dalam.

Petang tadi sementara menanti kunjungan seseorang di sebuah kedai di Subang Jaya, aku terpandang sebuah bendera bersaiz sederhana yang ditampal di dalam premis tersebut. Aku kenal bendera itu. Aku selalu melihatnya di kaca TV saat operasi militer Tentera Nasional Indonesia melawan tentera pemisah Aceh, GAM yang sedang memuncak pada tahun 2004. Dalam kebingungan, aku bertanya kepada pemilik premis tersebut kenapa bendera itu yang ditampal pada dinding kedainya, “Saya warga Acheh” jawabnya dalam loghat Melayu sebagaimana orang Malaysia yang lain. “Oooh, orang Indonesia...” jawab ku setelah mendengar penerangan darinya. “Saya orang Acheh” tegasnya lagi seolah-olah membantah jawapan ku.

Akhirnya aku mengalah dan berhenti bertanya. Lalu aku membuat kesimpulan sendiri bahawa dia mungkin adalah penyokong gerakan Hassan Tiro dan Malik Mahmud yang terpaksa melarikan diri ke tanah seberang. Oleh sebab itu juga, maka dia kibarkan bendera ‘negaranya’ dikawasan yang lebih aman kerana bendera itu tidak lagi boleh berkibar di tempat asalnya.

13 ulasan:

  1. fazli, mungkin kawan aceh itu tak mengikuti perkembangan di indo, gam sudah dikubur dan dilupakan. kini mereka bersatu membangun aceh kembali.

    BalasPadam
  2. Saya harap begitu. Cuma orang itu mungkin masih teguh dengan perjuangannya biarpun didalam hati.

    BalasPadam
  3. as i know, GAM belum dikubur dan dilupakan. GAM masih exist. Walaupun sudah ada perjanjian Helsinki. Malah, sekarang, seolah-olah GAM adalah institusi yang sah, yang diakui oleh pemerintah RI. Banyak pihak yang mengusulkan, seharusnya GAM dibubarkan pasca perjanjian Helsinki. But they are still exist...!!!!!

    BalasPadam
  4. gue juga nggak ngerti loh apa maunya tuch... lihat aja nanti di pilihan raya gubernur Aceh dimana wakil dari anak negeri vs bekas GAM, mana satu yang berjaya???
    Setahu gue mereka (GAM) inginnya se-Sumatra pisah aja dari RI...
    mana mau (nak) puak2 Minangkabau, Palembang belum lagi Batak dan Mandailing yang nasionalisme-nya sangat kuat..
    Tapi yang penting tu memang sekarang bersatu membangun Aceh...nggak bosan apa perang melulu?

    BalasPadam
  5. iya...mungkin truma masa lalu yg dialami org aceh belum hilang tuh. kita berdoa aja, semoga bisa melupakan masa lalu yang kelam dan menatap masa depan yg lebih baik..amien..

    BalasPadam
  6. ya, saya setuju. Harap semua pihak bersatu demi mewujudkan kedamaian di seluruh Nusantara. Amin

    BalasPadam
  7. Harap maklum, kadang pemberitaan di Aceh sering dipelintir-pelintir...yah, semoga saja Aceh damai apalagi menyongsong Pilkada kali ini

    BalasPadam
  8. Sekarang sih sedang dilacak siapa2 penurun bendera merah putih, utamanya di kawasan Aceh utara, timur dan pidie
    Tapi secara umum keadaan aceh aman dan tetap rayakan hari proklamasi dengan khidmat (tenang). Tadi di Jawa Pos aku baca ada wawancara dengan pelarian GAM di Malaysia, mereka ini yang termasuk menolak perjanjian Helsinki dan tetap ngotot aceh merdeka.
    Status mereka saat ini 'stateless', karena pemerintah Malaysia hanya memperpanjang ijin tinggal satu tahun lagi.

    BalasPadam
  9. Tapi aku fikir, mereka akan tetap dengan kemahuan asal mereka, jika cita-cita tidak tercapai, mungkin mereka tidak mahu pulang. lebih-lebih lagi jaringan sesama rakan seAcheh sangat kuat disini terutama dalam membangun bisnes. Kalau pulang, mungkin sulit untuk mereka membangun bisnes itu kembali.

    BalasPadam
  10. Entahlah kalau itu, yang jelas toh pemerintah tidak tinggal diam mengetahui hal ini, terlebih mereka statusnya tidak lagi berkewarganegaraan.

    BalasPadam