Biarpun pek antaramuka Windows Xp dalam Bahasa Melayu telah dilancarkan sejak 2004, tapi baru kali ini saya berkesempatan memasangnya (install) dalam komputer sendiri. Wah, Bangga rasanya bila sesuatu yang sebelum ini asing kini telah dapat disaksikan. Syabas buat Microsoft dan Dewan Bahasa & Pustaka.
Sebelum ini, banyak rungutan terdengar dari pihak-pihak yang pernah memasang pek ini. Kononnya, ia adalah satu perlaksanaan yang 'tangkap muat', banyak menyusahkan dan keliru. Bagaimanapun, setelah saya mencubanya sendiri, saya selesa dan semakin dapat menyesuaikan diri. Biarpun ada beberapa perkataan yang belum pernah didengar, tapi melalui padanan dalam versi Bahasa Inggeris, masalah ketidakfahaman itu selesai. Usaha mempopularkan perkataan yang jarang didengar ini sebenarnya baik kerana dapat memperkayakan bahasa.
Diharap, mutu bahasa dalam pek ini dapat dipertingkatkan lagi kerana banyak terdapat terjemahan langsung yang sepatutnya boleh ditulis lebih ringkas dalam bahasa Melayu tanpa menjejaskan maksudnya. Alhamdullillah, setelah selesa menggunakan fonbit (handphone) dalam Bahasa Melayu, kini saya mulai selesa menggunakannya dalam komputer pula. Insya Allah saya tidak akan pandang belakang.
Diharap Microsoft Malaysia dengan kerjasama DBP tidak melayan kerenah manusia-manusia yang sebenarnya dengki melihat pemerkasaan Bahasa Melayu. Ayuh teruskan usaha. Setiap langkah seterusnya bermula dengan langkah pertama.
wah asyik dong fazli sudah punya windows melayu, di jakarta meski sudah lama ada, windows bahasa indonesia kurang diminati
BalasPadamsometimes, terasa aneh mendapati istilah komputer dlm bahasa melayu. tapi nanti akan terbiasa pulak...
BalasPadamLumayan dech...windows bahasa Indonesia seyogyanya juga perlu digalakkan
BalasPadamtidak diminati kerana wujud persepsi pertama yang buruk. Yang penting, lupakan persepsi itu, mencuba dan belajar memahami. Akhirnya minat itu pasti datang.
BalasPadammulanya memang aneh.... sama rasanya saat pertama kali menukar bahasa dalam hp dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.
BalasPadamMemang perlu digalakkan. Mulakan dari individu dan dibantu dengan promosi dari pemerintah.
BalasPadam