بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Mendulang EMAS Mersing

Susulan penemuan emas di pesisir pantai Mersing, Johor sebulan yang lalu, saya bersama dua saudara lelaki serta seorang abang ipar tidak ketinggalan mencuba nasib mendulang di sekitar Kampung Sri Pantai, Teluk Iskandar dekat sini pada cuti Aidiladha baru-baru ini. Kebetulan abang ipar saya punya saudara di kampung tersebut, jadi kelebihan itu kami gunakan sebaik mungkin untuk menuai emas. Alhamdullillah, selama 3 jam mendulang, butir-butir emas dapat kami kumpulkan sehingga menjadi sebesar guli. Tapi sayang, pantai putih yang landai kian dalam digali orang. Para pendulang terdiri dari warga Johor dan ramai juga yang datang dari kawasan sejauh Pekan dan Rompin di Pahang. Saksikan aktiviti kami.

tunjuk bakat

gadis Emas

jalan terendam banjr

hasilnya

meneliti

gali pasir pantai

butir-butir Emas

Berdepan ombak Laut China Selatan

jadi tumpuan

cuba nasib

ini pasir...

sampai senja

dapat

tapis pasir

akirnya, berhasil

cuba lagi

Bandung Kota Damai

Ini hanya sebahagian gambar kenangan sewaktu di Bandung. Gambar-gambar selanjutnya akan menyusul.. Tunggu...
Ceritanya...? Jom klik di catatan Bandung atau lanjutkan ke Jom Jakarta... untuk gambar-gambar di Jakarta



















Jom Jakarta...

Ini sebahagian gambar-gambar kami ketika bercuti di Jakarta, tempohari. Pada kesempatan itu, saya sempat hubungi Karim, seorang rakan bloger Indonesia yang akhirnya jadi antara teman antarabangsa terbaik saya hingga hari ini. Ada ceritanya di catatan Jom Jakarta.... Banyak lagi gambar lain akan dimasukkan dalam ruangan ini.

Saksikan