بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





LAGI KECUAIAN POLIS: Abang saya dibelasah tanpa periksa.

Ini sebuah berita yang saya petik dari akhbar Harian Metro, Rabu, 5 Disember 2007. Setelah dibaca, barulah saya sedar rupanya mangsa yang diceritakan dalam laporan itu adalah abang kandung saya sendiri, Mohd Sani bin Abdullah. Malang sungguh nasibnya apabila niat baik untuk menolong wanita mangsa ragut telah disalah ertikan malah dibelasah oleh polis tanpa usul periksa. Sungguh memalukan bagi Pasukan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang kononnya bangga dengan slogan Cekap dan Betul . Kejadian ini merupakan satu lagi bukti sejauh mana cekapnya mereka.

 

Tabur budi dapat bala

Oleh Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Dua sahabat mendakwa cedera dibelasah sekumpulan anggota polis ketika ditahan kerana disangka penjenayah apabila cuba menolong seorang wanita mangsa ragut di Skudai.

Mohd Sani Abdullah, 36, seorang juruteknik berkata, kejadian berlaku pada jam 7.30 malam 24 November lalu apabila dia dalam perjalanan pulang ke kediamannya dari Taman Universiti ke Pasir Gudang bersama dua rakan.

Katanya, nasibnya malang apabila kenderaannya kehabisan minyak di Jalan Syahbandar, Skudai, menyebabkan dia dan Yusri Jumain, 25, terpaksa berjalan ke stesen minyak kira-kira 100 meter, manakala seorang lagi rakannya, Nor Kamal Mohamad, menunggu dalam kereta.

Menurutnya, dalam perjalanan pulang daripada stesen minyak berkenaan, dia dan Yusri terlihat seorang wanita yang turun dari sebuah bas ekspres terjatuh apabila begnya diragut.

Katanya, akibat keadaan gelap ketika itu, mereka tidak dapat mengejar peragut berkenaan tetapi malangnya ketika cuba membantu wanita itu sebuah kereta menghampiri dan menyangka mereka peragut.

"Lelaki yang bersikap terburu-buru itu bukan saja menuduh kami sebagai peragut, malah menghubungi polis biarpun kami cuba menerangkan situasi sebenar.

"Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis yang dinaiki dua anggota trafik datang ke tempat kejadian dan membawa kami ke Balai Polis Skudai," katanya.

Sani berkata, ketika dalam tahanan mereka berdua dituduh sebagai peragut menyebabkan empat anggota polis membelasah mereka menggunakan getap paip.

Lebih mengecewakan apabila ketika ditanya apakah sebab mereka dibelasah biarpun siasatan masih belum dijalankan, salah seorang daripada anggota itu menyatakan bahawa ia adalah rezeki mereka untuk dibelasah oleh polis.

Akibat perbuatan anggota polis terbabit, Mohd Sani mendakwa mengalami bengkak di pipi dan kepala, manakala Yusri cedera di muka.

"Kami menerima layanan buruk seperti penjenayah biarpun sebelum ini saya pernah membantu dua mangsa ragut beberapa tahun lalu, malah sehingga kini kami berdua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Sehingga kini, mereka masih tidak meminta maaf di atas perbuatan itu biarpun menyedari tersilap sangka kami sebagai peragut," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Pasir Gudang pada 26 November lalu.

Mereka juga berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat perbuatan sekumpulan polis berkenaan dan mengambil tindakan sesuai bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, dan kertas siasatan sudah dibuka.

Polis sudah menghubungi kedua-dua lelaki itu untuk datang ke balai polis supaya keterangannya dapat direkodkan selain menjalankan sesi pengecaman untuk menentukan pegawai dan anggota yang didakwa memukulnya.

"Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, Yusri gagal memberikan kerjasama untuk membantu siasatan," katanya.

Mohd Akhir berkata, PDRM tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk kekerasan yang dilakukan anggota serta pegawainya dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terbabit jika ia terbukti benar.

sila lihat pautan ini: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/81525/Article/index_html

28 ulasan:

  1. ini kah masalah keluargamu yg sempat buat kamu tak jadi bertandang???

    BalasPadam
  2. Kes berat nie Fazli, trus apa tindakan abang awak? hal semacam ini tidak boleh dibiarkan. Anggota Polis (terutama yg muda2 & baru berkhidmat) memang agak pnas baran...

    BalasPadam
  3. Moga diberi kesabaran dlm menghadapi cubaan yah Fazly

    BalasPadam
  4. Abang saya sempat ditahan dalam lokap beberapa hari... Menurutnya, dia kini sedang dapatkan khidmat peguam untuk saman malu.

    BalasPadam
  5. ya.. makasih.. ada sebahagian Polis Malaysia memang begitu. Jangankan warga asing, warga sendiri pun dibelasah.

    BalasPadam
  6. Cuai??...anggota itu harus diambil tindakan tatatertib krn tindakannya juga adalah satu jenayah.....

    BalasPadam
  7. Harus itu!!....saya yg mendengar ini turut menggelegak!!...

    BalasPadam
  8. ya.. Diharap, pegawai polis yang menyiasat kejadian ini bertindak telus dan tidak memihak pasukannya.

    BalasPadam
  9. makasih ya Nono. Emm..., kamu kelihatannya sedang senyap saat ini ya..

    BalasPadam
  10. abang ilzaf ke....?

    polis malaysia kan terbaik di dunia....

    cepat tetapi tak betul....

    BalasPadam
  11. ya.. abang kandung saya.
    Oppss, Fazli = ilzaF

    BalasPadam
  12. Saman aje Li, kasik "kow2" punya..jgn bagi muka kat diorang ni..terutama polis yang suka ambil kesempatan dan salah guna kuasa yang ada pada mereka.. walaupun x sume polis mcm tu, tp kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. tindakan yang amat keras harus diambil kerana mereka ini memang tidak layak utk berada dalam pasukan polis malaysia..

    BalasPadam
  13. kitaorang tengah dalam proses nak menyaman... harap dapat laaa beri pengajaran pada dorang tu

    BalasPadam
  14. wajah abang awak galak ke? apsal pompuan tue teriak plak?
    nalar sihatku sih jika wajah abang awak hensem macam awak, tu pompuan pasti teriak terus lari..
    lari ke dalam pelukan..heheh..
    nggak-nggak...gurau aja loh..jangan marah...
    btw..so sorry 2 hear that faz...to sue is the only reasonable thing to do I guess...

    BalasPadam
  15. Wajah abang saya sih biasa-biasa aja.... tapi menurut ibu, saya hensemnya lebih dikit. Hehehe.... :-)
    InsyaAllah polis yang melakukan kekasaran akan disaman (sue)

    BalasPadam
  16. maap ler baru baca.. pompuan tu tak cakap apa2 ke bila abang awak kena tahan..?
    huish... patut pun mereka (polis2) tu kena belasah dari orang2 Hindraf tempoh hari.. dengan Melayu boleh la dema buat sesukat hati kena ngan India atau Cina alamat mereka yang teruk kena belasah.. geram betul akak baca nye..

    BalasPadam