بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Mendulang EMAS Mersing

Susulan penemuan emas di pesisir pantai Mersing, Johor sebulan yang lalu, saya bersama dua saudara lelaki serta seorang abang ipar tidak ketinggalan mencuba nasib mendulang di sekitar Kampung Sri Pantai, Teluk Iskandar dekat sini pada cuti Aidiladha baru-baru ini. Kebetulan abang ipar saya punya saudara di kampung tersebut, jadi kelebihan itu kami gunakan sebaik mungkin untuk menuai emas. Alhamdullillah, selama 3 jam mendulang, butir-butir emas dapat kami kumpulkan sehingga menjadi sebesar guli. Tapi sayang, pantai putih yang landai kian dalam digali orang. Para pendulang terdiri dari warga Johor dan ramai juga yang datang dari kawasan sejauh Pekan dan Rompin di Pahang. Saksikan aktiviti kami.

tunjuk bakat

gadis Emas

jalan terendam banjr

hasilnya

meneliti

gali pasir pantai

butir-butir Emas

Berdepan ombak Laut China Selatan

jadi tumpuan

cuba nasib

ini pasir...

sampai senja

dapat

tapis pasir

akirnya, berhasil

cuba lagi

35 ulasan:

  1. wuahh...kalau besar nie agak2 dapat brape Faz?....

    BalasPadam
  2. kalau akak la yang jumpa emas tu, akak diam2 kumpul banyak2 dulu, pastu baru heboh kat orang..

    BalasPadam
  3. alah kak..., orang kat Mersing tu sebenarnya dah lama kutip emas. dorang senyap jer... selepas bocor je kat media, barulah orang luar amek bahagian. Orang luar tu dapat sisa jer... emas yang besar--besar, semua orang Mersing dah sapu dulu.

    BalasPadam
  4. oooh.. dorang lagi bijak dari akak.. cisss.. tak boleh jadi nie..

    BalasPadam
  5. Apeslah (x tuah) kalau dah diketahui media

    BalasPadam
  6. iya kan...
    pasti nanti tempat tu ditutup..

    BalasPadam
  7. tulah pasal.... Tapi yang saya syukur sangat, emas tu banyak dijumpai di atas tanah-tanah orang Melayu (selain di kawasan rizab pantai). Alhamdulillah, dorangtak kedekut kalau orang luar masuk mendulang kat tanah dorang asalkan mintak izin dulu. Saya rasa, kalau emas tu ada kat tanah 'cha ya nun aliff' tanah dia, dengan pantai-pantai tu sekali dorang pagar. Mungkin....

    BalasPadam
  8. Pergi dah...aku cukup di Pacitan saja...nyari uranium..

    BalasPadam
  9. fuiyo. berape banyak nih Fazli?
    dah jual ke atau sendiri simpan?

    BalasPadam
  10. Emas tu kitorang jual... Harganya RM92/- segram

    BalasPadam
  11. kumpul-kumpul dapatlah lebihkurang 3gram. Oklah, kerja 2jam. Bukan senang nak mendulang, ada teknik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kerja 2 jam dapat 3 gram - 1 gram RM280 alhamdulillah...

      Padam
  12. fuhhhhhh. banyak tuhhhhh. gile ah. kena try nih

    BalasPadam
  13. trylah... pengalaman berharga. :)
    tapi kene tekun.

    BalasPadam
  14. tahun depan kita gi mau?
    bleh ajar:-)

    BalasPadam
  15. bestnye...mersing dekat sangat dah tu..kite orang kota tinggi je...memang dah lama ke benda ni? tak penah dengar pun.. baru la arini tau...

    BalasPadam
  16. la...!! tertinggal bas rupanya.. (gurau yer). Kat area tu dah sebulan kecoh orang jumpe emas. Bebaru ni dah masuk Majalah 3 pun.

    Orang kota ke? tak jauh sangat la kalo dari kota. Lokasi Kampung Sri Pantai kat jalan Mersing-Kota Tinggi. Lebih kurang 5km sebelum sampai Mersing town.

    BalasPadam
  17. Mintak ajar? La.. saya pun tak pas lagi.. sekali mendulang, pasir je yang banyak sangkut,

    BalasPadam
  18. heran jugak! baru skrg jumpa emas....kalo dulu tak larr susah2 Pak Malau turun ke laut...hi hi...

    BalasPadam
  19. Taun depan boleh gi... no hal. tak berapa ari je lagi... tapi saya taklah pandai mendulangt... niru orang jer...

    BalasPadam
  20. Kajang Pak Malau mengkuang berlipat
    kajang saya mengkuang layu
    dagang Pak Malau dagang bertempat
    dagang saya muka tak malu (versi asal musafir lalu)

    huh mari emak kita balik Pahang! apa kau ingat aku takut dengan anak Mersing. Ini Damak anak Pahang!

    BalasPadam
  21. salam..sudah 2016...masih ade yg mendulang ?

    BalasPadam
  22. Masih mendulang lagi ker

    BalasPadam
  23. sekarang org dah tak mendulang emas, org dah mendulang bitcoin..

    BalasPadam
  24. lagi satu, kalau nak mendulang emas cara cepat, jangan gune kuali, cuba gune ''sluice box''...buat yang kecik je, kalau nak tau lebih cuba cari kat you tube ''mini sluice box'' taruk pam elektrik 12v, mudah dan senang..

    BalasPadam